LBMA ( London Bullion Market Association) merupakan satu persatuan perdagangan antarabangsa yang mewakili pasaran emas dan perak London. Mereka menjaga standard emas dan perak antarabangsa dan mengekalkan ‘Good Delevery’ list antarabangsa.
Dalam erti kata lain, LBMA ini umpama cop SIRIM bagi barang-barang elektrik yang terjual di Malaysia, yang menjaga kualiti barangan elektrik yang terjual di Malaysia. Namun, LBMA menjaga kualiti emas dan perak diperingkat antarabangsa.
Jadi, kalau barang elektrik yang tiada cop SIRIM, berbaloikah kita beli? Sama juga emas yang tiada pengiktirafan LBMA, kalau kita betul-betul faham tentang kenapa pentingnya LBMA, semestinya ramai gold saver akan beralih kepada syarikat emas yang menjual emas LBMA.
Emas LBMA Bebas GST 6%
Pada 1 April 2015, secara rasminya kerajaan Malaysia telah melaksanakan GST. Kerajaan juga telah senaraikan barangan yang bebas GST, antaranya adalah emas perdagangan. Emas yang berketulinan 99.5% keatas dan mendapat pengiktirafan LBMA dikecualikan GST. Namun, ramai pengeluar emas salah faham tentang ini, mereka ingat, semua emas 99.5% keatas adalah bebas GST.
Syarikat pengeluar emas tempatan yang satu-satunya mengeluar emas LBMA adalah Public Gold. Oleh itu, hampir semua emas Public Gold dikecualikan cukai GST kecuali Bunga Emas dan Taifook.
Kenapa pentingnya emas bebas GST? Sedangkan dealer Public Gold pun hanya menerima komisyen sebanyak 1-2% diatas setiap pembelian emas mereka, inikan pula GST sebanyak 6%.
Jadi, mana-mana pembeli emas, perlu faham bahawa jika susut nilai emas sebanyak 8% ditambahkan lagi GST 6%, justeru, pembeli emas perlu menunggu harga emas naik sebanyak 14% baru boleh mendapatkan balik modal asal ketika membeli emas.
Walaubagaimanapun, jika membeli emas yang bebas GST, masa yang diambil untuk mendapat keuntungan akan menjadi lebih singkat.
Kelebihan dan Kekurangan Emas Public Gold LBMA
Justeru, apa yang dapat disimpulkan ini adalah, terdapat beberapa kelebihan dan kekurangan emas LBMA seperti yang saya senaraikan seperti berikut:
Kelebihan Emas LBMA
- Pembeli emas jimat daripada membayar GST sebanyak 6%
- Emas LBMA mendapat pengiktirafan antarabangsa, jadi ia akan dapat jual di luar negara dengan harga yang lebih tinggi berbanding non LBMA
- Pembeli akan lebih yakin ketulinan emas LBMA kerana sudah ditapis di peringkat antarabangsa.
Kekurangan Emas LBMA
- Gold Premium lebih tinggi berbanding sebelum ini. Jika dulu mana-mana emas Public Gold yang dibeli di Penang Branch tiada Gold Premium, sekarang semua branch dikenakan Gold Premium kerana emas ini ditempah khas dari Turkey (Nadir Metal Association) yang merupakan pengeluar emas LBMA.
- Untuk pajak di Ar Rahnu, perlu buka seal dan menyebabkan susut nilai berkurang kepada 8%. Kecuali pajak emas di Pos Ar Rahnu, mereka menerima emas Public Gold tanpa dibuka seal.
- Emas LBMA berseal, kecuali 100gram Cast Bar, 200gram dan 1kg. Jadi, pembeli perlu buka seal untuk merasa feel sebenar pegang emas.
Kesimpulannya, inilah antara kelebihan dan kekurangan emas LBMA yang semua pembeli emas patut ambil tahu. Jadi, sebelum membeli emas untuk pelaburan, pilih yang terbaik kerana tersilap pilih jenama emas kita boleh rugi walau emas ada dalam tangan.
Wallhuaalam.
Hafiz
Tawau, Sabah
9 November 2016