Dinar Terbaru Keluaran Tempatan Public Gold
Dinar keluaran tempatan dari Public Gold sudah dibuka untuk tempahan
Read More"Gold Premium tu cas tambahan lagi?"
Ini soalan biasa yang saya terima daripada pembeli emas yang baru kali pertama membeli emas Public Gold, terutama melalui GAP - Gold Accumualation Programme.
Caj 'gold premium' ini dikenakan kepada semua pembelian emas (dan perak) Public Gold.
Rujuk jadualnya dibawah.
Jadual caj Gold Premium di Malaysia
Caj ini sebenarnya kos untuk Public Gold menghantar emas-emas Public Gold ke seluruh cawangan Public Gold di seluruh Malaysia, Singapore, dan juga Indonesia.
Kalau dulu, gold premium ini dipanggil 'transportation cost'.
Ia bertujuan memudahkan pembeli-pembeli emas dapatkan emas masing-masing di cawangan Public Gold yang berdekatan.
Kalau tengok pada jadual dekat atas.
Caj Gold Premium di Sabah dan Sarawak lebih mahal berbanding di semenanjung Malaysia kan?
Ya, betul. Sebab ia transport cost!
Info tambahan : Harga emas Public Gold berdasarkan harga emas dunia secara real time.
Harga emas di www.publicgold.com.my tu tidak termasuk kos logistik (menggerakkan produk) ke cawangan berhampiran dengan kita.
Ada beberapa soalan yang biasa pembeli emas yang baru tanyakan saya. Saya akan terangkan satu per satu dekat sini.
Bukan. Gold premium bukan caj penghantaran kepada pembeli. Ia hanya caj penghantaran emas ke cawangan Public Gold berdekatan dengan anda.
Baiklah, mungkin ada yang belum tahu tentang servis GIT Public Gold. GIT ialah servis menghantar emas ke rumah/pejabat anda dengan berinsuran.
Bagi yang menggunakan servis GIT, anda perlu menambah bayaran untuk meminta staff Public Gold pos ke rumah anda.
Kos GIT Bagi Semenanjung Malaysia
RM10 untuk 1gram pertama, dan tambahan RM2 untuk 1gram seterusnya.
Kos GIT Bagi Sabah dan Sarawak
RM15 untuk 1gram pertama, dan tambahan RM2 untuk 1gram seterusnya.
Maksudnya. Bagi saya yang tinggal di Tawau untuk meminta staff poskan jongkong emas 5gram sampai ke rumah saya di Tawau.
Gold Premium 5 gram : RM15 & GIT 5gram : RM15+RM8. TOTAL RM38
Ya, ia lebih jimat dan berbaloi jika saya ambil bas ke KK semata-mata untuk dapatkan jongkong emas 5gram tersebut.
Tak sama. Bagi yang belum faham apa itu EPP, boleh terus ke artikel saya yang ini, Easy Payment Purchase.
Untuk jadual epp premium. Rujuk jadual yang saya share dekat bawah ni.
Public Gold tidak menyimpan emas yang banyak di setiap cawangan. Emas-emas Public Gold disimpan di Public Safe yang terletak di Bayan Lepas, Penang.
Cawangan-cawangan Public Gold hanyalah tempat persinggahan emas-emas mengikut order yang diterima oleh pembeli emas di cawangan-cawangan tersebut.
Ini saya semasa ke PG Golden Tour di Penang. Emas GAP dan stock emas Public Gold semua disimpan dekat sini.
Boleh tengok video dekat bawah ni juga untuk tahu lebih lanjut tentang Public Safe Public Gold.
Ini saya nak share satu tips.
Untuk jimatkan gold premium caj. Korang keluarkan emas yang lebih besar dari akaun emas GAP.
Contohnya :
Keluarkan 5 keping emas 1gram :
Gold Premium RM10/sekeping. 5 keping RM50
Keluarkan 1 keping emas 5gram :
Gold Premium RM10/sekeping. 1 keping hanya RM10
Nampakkan?
Gold premium ini caj mengikut berapa keping yang kita ambil, bukan ikut berapa gram yang kita keluarkan dari GAP.
Semoga tulisan saya kali ini memberi pencerahan kepada sahabat-sahabat pembeli emas Public Gold semua.
Sekian. Semoga bermanfaat.
Dinar keluaran tempatan dari Public Gold sudah dibuka untuk tempahan
Read MoreIni peluang terbaik untuk menyimpan emas dengan bajet serendah RM90 je sebulan sudah boleh miliki 1 Dinar emas (4.25gram)
Read MoreApa yang saya nampak, servis GIT ini sangat bermanfaat kepada 3 kelompok penyimpan emas ini.
Read More150gram GAP untuk menjadi Normal Dealer manakala, 200gm GAP terus menjadi Priority Dealer.
Read MoreKempen ini sama seperti arahan tetap dari akaun gaji anda untuk masuk menyimpan ke Tabung Haji atau ASB.
Tetapi, ia tukarkan daripada RM kepada emas! Wow, menarikkan.
Read MoreApa promosi menarik dari Public Gold untuk bulan Febuari 2019?
Jom saya tunjuk satu per satu. Biasanya, promosi ini khas untuk yang ingin menjadi dealer Public Gold.
Read More