Cara Beli Emas Public Gold EPP

Cara Beli Emas Public Gold EPP

Mudah je cara beli emas Public Gold EPP. Namun, EPP tu apa?

EPP itu macam orang buat kutu emas.

Ada yang suka main kutu emas, terutamanya kakak-kakak atau cik puan cik puan. Namun, ada juga abang-abang main kutu emas.

Ya betul, saya selalu jumpa.

Hot Item PG Outright Purchase

Tak pelik pun kalau abang-abang yang main kutu emas.

Sebab, dengan main kutu emas, akhir sekali kakak-kakak boleh bergaya dengan rantai dan gelang emas macam mami jarum. Haha.

Pendapat peribadi saya, main kutu emas tu bagus.

Sebab akhir sekali, kita boleh dapat barang yang mahal, dengan hanya keluarkan modal bulanan sikit-sikit.

Risiko Beli Emas EPP (Main Kutu Emas) Dengan Kawan

Namun, ada juga beberapa risiko main kutu emas ni iaitu,

Risiko (1) Bergantung Kepada Individu 

Kutu emas bergantung kepada kepala kutunya dan peserta-pesertanya sahaja.

Risiko (2) Duit Dibawa Lari

Kepala kutu ni orang perseorangan, silap haribulan duit dia boleh bawa lari. Risiko kena tipu, duit habis bayar, tapi emas tak dapat.

Risiko (3) Masalah Peserta Culas

Peserta yang culas lain juga menyembabkan masalah juga kepada kita. Andai sudah tiba giliran kita.

Risiko (4) Tiada Dokumen Yang Jelas

Perlu jelas dari segi pembayaran dan penerimaan emas dari sudut syarak. Sebab tiada sebarang dokumen bertulis main kutu ni.

Hampir semua boleh dikatakan main atas dasar saling percaya.

Atas risiko ini, lebih baik guna kaedah belian emas Easy Payment Purchase (EPP) Public Gold

Ia sudah mendapat pengiktirafan patuh shariah oleh Dr Mohd Daud Bakar.

Kelebihan EPP Public Gold

Sijil Patuh Syariah Public Gold EPP

Ini sedikit info dan kelebihan  EPP (Easy Payment Purchase Public Gold) berbanding kita main kutu emas dengan kawan-kawan diluar sana:

(1) EPP ialah satu kaedah belian emas Public Gold dengan cara bayaran secara ansuran 4kali (tempoh 4 bulan) atau 10 kali (tempoh 10 bulan) bayar.  Sama macam main kutu emas.

(2) EPP tidak melibatkan orang lain, hanya tuan badan dan Public Gold sahaja. (Kelebihan EPP)

(3) Kaedah beli EPP sudah mendapat sijil patuh shariah. Boleh rujuk di website Public Gold. Atau boleh klik DISINI untuk dapatkan copy sijil Patuh Shariah tersebut. (Kelebihan EPP)

(4) Setiap pelanggan yang buat ansuran akan disediakan jadual pembayaran khas. (Lebih Sistematik)

(5) Habis bayar, boleh ambil emas di mana-mana cawangan Public Gold seluruh Malaysia, atau boleh request untuk emas tu di Pos guna servis GIT (Kelebihan PG)

Siapa Yang Bermanfaat Dengan EPP Public Gold?

Bungamas 10gram Public Gold

Setakat pemerhatian saya, ada 3 kategori penyimpan emas yang sangat bermanfaat dengan kaedah EPP ni.

(1) Yang Suka Main Kutu Emas

Pertama ialah, sudah pastilah kaki main kutu emas. Dengan EPP, boleh menyimpan emas secara paksa, sama macam main kutu, tapi kita boleh elakkan risiko daripada peserta-peserta kutu emas yang culas atau kepala kutu yang tak jujur.

(2) Bajet Kecil, Tapi Nak Beli Item Besar

Yang kedua ialah, EPP sesuai bagi orang yang ada bajet lebih kecil, tapi nak beli emas item yang lebih besar.

Contohnya, hanya ada bajet RM200 sebulan, tapi nak beli emas 1 Dinar (4.25gram). Orang macam ni sesuai beli cara EPP.

Contoh lain ialah, peniaga atau pekerja yang ada income konsisten RM2k sebulan, nak dapatkan jongkong emas 10gram seketul. Guna cara EPP, bayar sekitar RM1800 sahaja sebulan. Bulan ke 10 dah boleh dapat emas 100gram seketul.

Nak tunggu ada RM18k baru nak beli emas, biasanya tak tercapai. Risiko duit tu habis lebih tinggi

(3) Beli Emas Masa Depan, Dengan Harga Sekarang

Yang ketiga, EPP juga bermanfaat bagi kita yang nak beli emas masa depan dengan harga sekarang.

Contoh sekarang harga emas tengah murah, boleh booking dulu harga emas sekarang dan mula bayaran pertama dalam masa 4 hari bekerja.

Walaupun 10bulan akan datang harga emas telah meningkat, namun kita hanya perlu bayar dengan harga sekarang yang kita booking.

Cara Beli Emas Public Gold Secara EPP

Untuk belian emas Public Gold secara EPP, boleh terus rujuk tutorial yang saya sediakan dibawah ini :

Sebaik sahaja kita order emas secara EPP, kita boleh cek balik jadual pembayaran seperti dibawah, caranya Login > My Order > Klik nombor order EPP.

Pembayaran EPP Public Gold

Akan keluar contoh jadual pembayaran seperti ini. 

Senang sangat, kita boleh track pembayaran kita setiap bulan.

Jika ada apa-apa persoalan tentang EPP, boleh terus hubungi saya bila-bila masa sahaja.

Hafiz
9 Julai 2019
(Artikel Ini dikemaskini pada 28 Julai 2021)

Artikel Berkaitan

>