Kadang-kadang saya rasa sedih. Saya pernah jumpa, orang yang dah nak pencen pun masih kena kejar Along. Ini kisah benar. Staff tempat saya bekerja sendiri.
Saya cuba korek-korek dari rakan-rakan terdekat. Dia ada hutang persendirian dengan Along rupanya. Sejak dari 10tahun lepas lagi. Bergolok bergadai kereta pun tak habis bayar jugak.
Itulah akibatnya. Masa mula berhutang dulu tak fikir panjang. Akibatnya, makin lama bekerja, makin banyak hutang. Sepatutnya, makin lama kerja, makin banyak simpanan.
Pendek kata, saya rasa dia sekarang walau sampai umur pencen pun belum boleh pencen.
Penghujung syawal baru-baru ini. Diadakan open house di rumhnya. Saya juga dijemputnya. Bila saya datang beraya di rumahnya.
Fuhh. Hiasan rumah macam dalam istana (walaupun tak pernah masuk istana. HEHE). Sofa baru (saya rasa paling murah pun RM2000 kalau di Tawau ni)
Hiasan kaca sana sini.
Saya pun naik risau, takut Fayyadh (anak saya) sentuh sana sini. Kalaulah Pannggg pecah kaca. Barulah garu kepala saya. Kalau rumah hiasan kaca macam ni. Saya tak berani nak duduk lama sejak ada Fayyadh ni. Huhu.
Eh..terpesong cerita pulak.
Okey. Sambung cerita balik. Dari sudut kewangan. Saya tahu dia banyak hutang. Saya ingatkan hutang biasa2. Tapi, hutang Along wehh. Boleh huru hara satu keluarga.
Patutlah.
Kadang-kadang tak datang kerja tanpa sebab. MC pun macam MC beli. Saya pun naik pening kepala. Sebab dia dibawah jagaan saya. Rupa-rupanya saya baru saya tahu, sebenarnya. Dia dikejar Along.
Bila sampai tahap macam tu. Saya rasa beliau tak layak ada sofa baru sempena raya.
Lebih baik duit sofa tu buat bayar hutang dulu. Baru la nak berhias rumah untuk raya. Buat apa rumah bagai istana, tapi hakikatnya kita papa kedana kan?
Betullah mentor saya En Mohd Zulkifli Shafie cakap, belajarlah hidup dibawah keperluan. Belanja ikut apa yang benar2 perlu sahaja. Bukan sahaja ikut "keperluan". Apatahlah ikut kemahuan.
Kalau nak diikutkan.
Hanya pakaian, makanan dan tempat tinggal sahaja perkara benar-benar keperluan kita untuk hidup. Yang lain tu sebenarnya sampingan sahaja.
Ikut level jawatan kerja, saya lebih tinggi dari dia, saya seorang executive, dia staff.
Rumah saya kosong je. Hiasan dalaman langsung tiada. Hanya berbekalkan perabot yang syarikat sudah bagi pinjam free sahaja.
Pakai kereta kancil yang umur dah hampir 20tahun.
Bukan saya tak mampu nak beli kereta baru, tapi buat masa ni, saya rasa ia bukan benar-benar perlu lagi kereta baru untuk kami sekeluarga.
Kalau setakat nak ulang-ulang alik bandar Tawau ke ladang sawit ni. Kancil dah cukup bagi saya.
Bukan setakat ke bandar Tawau, satu Sabah (Tawau KK pergi jalan depan, balik jalan belakang) pun kancil ni pernah bawak saya dan keluarga jalan-jalan. HEHE
Bagi saya, masa baru-baru kerja.
Banyakkan simpanan. Kurang-kurang perbelanjaan. Sebab kekayaan bukan soal banyaknya income, tapi soal berapanya yang kita boleh simpan. So, pilihan antara nak cari extra income atau nak kurang perbelanjaan.
Jadi, sudah pasti kurangkan komitmen bulanan lebih mudahkan?
Alhamdulillah, sekarang saya dah hampir 4 tahun di alam pekerjaan. Macam-macam masalah orang yang ada masalah kewangan saya dah jumpa.
Ada yang baru je start kerja. Dah buat hutang kereta paling mampu.
Ada yang dah kerja lebih 5 tahun, simpanan langsung tiada, hutang pulak semakin banyak.
Ada yang stress kerja, terjoin pulak skim cepat kaya. Sebab nak kaya tanpa berusaha, akhir sekali kena tipu dengan kepala scam. Bertambah lagi stress.
Tapi, itulah.
Memang itu yang biasa. Kita selalu amalkan yang salah. Sebabnya, kebanyakan dari kita terpengaruh dengan "kekayaan" palsu yang di tayangkan dalam media massa.
Baru saja kerja, kita dah sibuk nak melancong satu dunia.
Nampak syoklah snap foto duduk oversea kan? Tapi, nak membayar kos melancong tu sakit juga kepala.
Jadi, cara yang betul nak betulkan yang biasa mudah je.
Banyakkan baca buku-buku kewangan.
Hadir seminar-seminar kewangan yang percuma atau yang bayar.
Dan paling mudah.
Follow je di facebook sesiapa sahaja yang share tips kewangan tu. Ramai je. Carilah sendiri nanti.
Lepas dah betul-betul kaya. Nak pergi melancong sampai ke bulan pun takpelah. Sebab dah ada banyak duit dan tak habis makan kan. HEHE
Wallahuaallam
Dekat dalam kilang, dia lah antara orang nombor 1. Nak gunakan duit syarikat, kena lalu dia dulu. Pendek kata, kalau dia tak sign, bajet syarikat tak boleh keluar. Baru grad, terus beli kereta paling mampu. Kereta jenama H. Belum apa-apa, beli rumah dengan hutang maksimum. Walau nampak hidup “mewah”, kalau tengok gaji, kira golongan T20, tapi
Read More
Saya sangat benci sekiranya pempengaruh sangat mengambil kesempatan terhadap pengikut mereka disebabkan oleh pengaruhnya. Bagi saya, ini adalah golongan yang tak jujur dengan ilmu. Disaat saya menulis ni, saya baru terima saya jemputan oleh satu jenama sifu saham untuk ikuti kelasnya tentang emas. Saya baru nak cuba daftar, saya ingatkan ia percuma. Rupa-rupanya berbayar hingga hampir
Read More
Baru landing dari KL selepas leaders forum untuk December 2024, saya luangkan masa sekejap mengopi dengan rakan-rakan gym saya. Sad but true, kawan saya kehilangan RM1000 disebabkan oleh satu pelaburan yang beliau join. Hint : pernah jadi penaja pasukan Terengganu FC sebelum ni, tapi di tarik balik. Aduih. ” Patut tanya Hafiz dulu sebelum labur”. Dalam hati saya,
Read More
Bila kewangan dah cukup stabil, sebagai seorang dealer Public Gold, mereka ada banyak pilihan nak tinggal dekat mana, samaada duduk kampung atau bandar. Yang penting, ada access internet yang laju, dan senang untuk bergerak ke public transport, yang paling senang kalau dekat dengan airport. So, nak tinggal dekat mana?Kampung atau BandarSaya hari ni duduk di kampung. Tapi
Read More
Gaji T20 atau income sebagai CEO bulan ni, bulan depan mungkin boleh jadi kosong. Itulah ciri-ciri gaji kita dari pendapatan aktif. Kita kena aktif, baru boleh jana income. Kita kena aktif, baru duit masuk dalam poket. Jadi, selagi mana ia bersifat aktif, banykkan tabungan, bersedia jika berlaku apa-apa musibah kepada kita. Bila kita sudah tidak mampu bekerja, ada pelbagai
Read More
Menabung, kita simpan duit. Bekerja, melabur, berniaga adalah aktiviti kita yang menghasilkan duit masuk poket. Tapi kena ingat, melabur ada risiko. Berniaga pun ada risiko rugi dan lingkup. Malah, makan gaji, ada risiko kita tidak akan dibayar lagi pada bulan-bulan akan datang. Minggu ni, penjawat awam bersorak disebabkan oleh kenaikan gaji. Naiknya gaji, bermakna naik lah juga
Read More