Hidup Dibawah Kemampuan, Fikiran Tenang dan Elakkan Kesempitan Wang

  Kadang-kadang saya rasa sedih. Saya pernah jumpa, orang yang dah nak pencen pun masih kena kejar Along. Ini kisah benar. Staff tempat saya bekerja sendiri. Saya cuba korek-korek dari rakan-rakan terdekat. Dia ada hutang persendirian dengan Along rupanya. Sejak dari 10tahun lepas lagi. Bergolok bergadai kereta pun tak habis bayar jugak. Itulah akibatnya. Masa mula berhutang dulu tak fikir panjang. Akibatnya, makin lama bekerja, makin banyak hutang. Sepatutnya, makin lama kerja, makin banyak simpanan. Pendek kata, saya rasa dia sekarang walau sampai umur pencen pun belum boleh pencen.  

Belanja Ikut Keperluan, Bukan Ikut Kata Orang

Penghujung syawal baru-baru ini. Diadakan open house di rumhnya. Saya juga dijemputnya. Bila saya datang beraya di rumahnya. Fuhh. Hiasan rumah macam dalam istana (walaupun tak pernah masuk istana. HEHE). Sofa baru (saya rasa paling murah pun RM2000 kalau di Tawau ni) Hiasan kaca sana sini. Saya pun naik risau, takut Fayyadh (anak saya) sentuh sana sini. Kalaulah Pannggg pecah kaca. Barulah garu kepala saya. Kalau rumah hiasan kaca macam ni. Saya tak berani nak duduk lama sejak ada Fayyadh ni. Huhu. Eh..terpesong cerita pulak. Okey. Sambung cerita balik. Dari sudut kewangan. Saya tahu dia banyak hutang. Saya ingatkan hutang biasa2. Tapi, hutang Along wehh. Boleh huru hara satu keluarga. Patutlah. Kadang-kadang tak datang kerja tanpa sebab. MC pun macam MC beli. Saya pun naik pening kepala. Sebab dia dibawah jagaan saya. Rupa-rupanya saya baru saya tahu, sebenarnya. Dia dikejar Along. Bila sampai tahap macam tu. Saya rasa beliau tak layak ada sofa baru sempena raya. Lebih baik duit sofa tu buat bayar hutang dulu. Baru la nak berhias rumah untuk raya. Buat apa rumah bagai istana, tapi hakikatnya kita papa kedana kan? Betullah mentor saya En Mohd Zulkifli Shafie cakap, belajarlah hidup dibawah keperluan. Belanja ikut apa yang benar2 perlu sahaja. Bukan sahaja ikut "keperluan". Apatahlah ikut kemahuan. Kalau nak diikutkan. Hanya pakaian, makanan dan tempat tinggal sahaja perkara benar-benar keperluan kita untuk hidup. Yang lain tu sebenarnya sampingan sahaja.  

Minimumkan Kos Hidup, InsyaAllah Hati Sentiasa Aman

Ikut level jawatan kerja, saya lebih tinggi dari dia, saya seorang executive, dia staff. Rumah saya kosong je. Hiasan dalaman langsung tiada. Hanya berbekalkan perabot yang syarikat sudah bagi pinjam free sahaja. Pakai kereta kancil yang umur dah hampir 20tahun. Bukan saya tak mampu nak beli kereta baru, tapi buat masa ni, saya rasa ia bukan benar-benar perlu lagi kereta baru untuk kami sekeluarga. Kalau setakat nak ulang-ulang alik bandar Tawau ke ladang sawit ni. Kancil dah cukup bagi saya. Bukan setakat ke bandar Tawau, satu Sabah (Tawau KK pergi jalan depan, balik jalan belakang) pun kancil ni pernah bawak saya dan keluarga jalan-jalan. HEHE Bagi saya, masa baru-baru kerja. Banyakkan simpanan. Kurang-kurang perbelanjaan. Sebab kekayaan bukan soal banyaknya income, tapi soal berapanya yang kita boleh simpan. So, pilihan antara nak cari extra income atau nak kurang perbelanjaan. Jadi, sudah pasti kurangkan komitmen bulanan lebih mudahkan?  

Betulkan Yang Biasa, Biasakan Yang Betul

Alhamdulillah, sekarang saya dah hampir 4 tahun di alam pekerjaan. Macam-macam masalah orang yang ada masalah kewangan saya dah jumpa. Ada yang baru je start kerja. Dah buat hutang kereta paling mampu. Ada yang dah kerja lebih 5 tahun, simpanan langsung tiada, hutang pulak semakin banyak. Ada yang stress kerja, terjoin pulak skim cepat kaya. Sebab nak kaya tanpa berusaha, akhir sekali kena tipu dengan kepala scam. Bertambah lagi stress. Tapi, itulah. Memang itu yang biasa. Kita selalu amalkan yang salah. Sebabnya, kebanyakan dari kita terpengaruh dengan "kekayaan" palsu yang di tayangkan dalam media massa. Baru saja kerja, kita dah sibuk nak melancong satu dunia. Nampak syoklah snap foto duduk oversea kan? Tapi, nak membayar kos melancong tu sakit juga kepala. Jadi, cara yang betul nak betulkan yang biasa mudah je. Banyakkan baca buku-buku kewangan. Hadir seminar-seminar kewangan yang percuma atau yang bayar. Dan paling mudah. Follow je di facebook sesiapa sahaja yang share tips kewangan tu. Ramai je. Carilah sendiri nanti. Lepas dah betul-betul kaya. Nak pergi melancong sampai ke bulan pun takpelah. Sebab dah ada banyak duit dan tak habis makan kan. HEHE   Wallahuaallam   Hafiz Tawau, Sabah 18 Julai 2018 5 Zulkaedah 1439H    

Artikel Berkaitan

Pasca PRU 15, Ekonomi Kita Semakin Meningkat?

Setakat 2022, saya telah 3 kali menjadi pengundi dalam plihan raya umum Malaysia (PRU). Namun, setakat ini. Belum ada lagi mana-mana parti (kerajaan) yang memerintah membuatkan rakyat menjadi lebih kaya disebabkan dasar baru dari meraka berbanding kerajaan sebelum. Jadi, pada Pasca PRU15 ini, persoalannya adakah ekonomi kita semakin baik? Kalau ekonomi negara semakin baik, adakah ia juga menyebabkan ekonomi

Read More

Kesalahan Persediaan Kewangan Sebelum Berkahwin

Adakah anda membuat kesalahan seperti ini dalam persediaan kewangan untuk berkahwin? Artikel ini khas untuk anda yang berniat melangsungkan perkahwinan dalam tempoh kurang 2 tahun dari sekarang. Yang dah kahwin dan nak kahwin lagi. Tak perlu sibuk nak baca. 🙂Tiada Matlamat Yang BetulTidak membuat keputusan bersungguh-sungguh untuk berkahwin. Sekadar berniat “tunggu ada duit lah, baru nak kahwin” Dalam

Read More

Cara Tukar Nama Kereta Tanpa Ejen. Jimat dan Mudah

Cara tukar nama kereta ni mudah je sebenarnya. Sekarang dah tahun 2022, tak perlu beratur panjang macam dulu lagi.  Dengan syarat anda ada sedikit kerajinan untuk isi form secara online. Dan terus pergi buat urusan di JPJ dan Puspakom. Nak jimat? Buat sendiri je. Kalau pakai ejen. Mungkin anda ada kos upah yang boleh cecah beratus ringgit.Cara

Read More

RM13k Duit Hilang Dalam CIMB, PIDM Tak Cover?

Kecoh sekarang ini, beberapa individu yang kehilangan wang berpuluh ribu ringgit, malah ada yang hilang sehingga ratus ribu ringgit disebabkan oleh account bank mereka di hack oleh scammers. Dah buat report polis, dah bagitau CIMB. Tapi akhirnya, duit yang lesap tidak juga dapat dikembalikan. Boleh baca facebook posting penuh di sini.Persoalannya sekarang. Kan simpanan duit

Read More

Tak Salah Boros Berbelanja, Namun

Nak boros berbelanja? Silakan. Sampai bila nak berjimat cermat ikat perut kan? Ini prinsip yang saya pegang. Dan sebelum tu. Kalau dalam fikiran anda, bahawa  “Duit aku, suka hati aku lah nak simpan ke nak boros. Tak menyusahkan orang lain pun” Maaf. Blog saya ini bukan tempat anda. Saya menulis disini adalah disebabkan rasa bertanggungjawab untuk berkongsi ilmu

Read More

Financial Freedom. Apa Dan Bagaimana?

Financial freedom atau bebas kewangan. Mesti kalian selalu dengar istilah ini dari sifu bisnes atau sifu kewangan. Saya percaya, bila dengar saja perkataan ini.  Mesti dalam kepala kalian ialah tentang kekayaan, jutawan atau duit berkepuk-kepuk dalam bank. Nak tak saya bagitau satu perkara. Yang mungkin membuatkan dahi kalian berkerut.Orang jutawan, tidak semestinya financial freedom. Dan orang financial freedom, tidak

Read More