Prihatinya Tabung Haji kepada Jemaah

Alhamdulillah, selamat mendarat di Airport Jeddah tadi, sekitar 6am waktu sini (Makkah). Sebaik sahaja mendarat, kami terus dibawa ke tempat khas untuk naik bas. Imgresen Arab Saudi dah selesai di KLIA 1 lagi.

Tak sama macam pergi trip oversea yang lain. Kena sidai di imigresen sangatlah lama. Belum lagi kira waktu untuk menunggu ambil bag.

TH lantik saya jadi ketua bas

Kebetulan, saya dan wife orang paling depan untuk bas yang ke 6. Staff tabung Haji tegur saya " Encik dah ON roaming?"

Saya pun agak blur. Kenapa nak tahu saya dah on roaming ke belum?. Dan dia tambah lagi "Boleh minta nama dan nombor phone, untuk keselamatan".

"Ohh Boleh", saya terus setuju saja.

Sebab saya tahu, staff Tabung Haji nak jaga betul-betul jemaah Haji Malaysia disini. Kami ini ibarat anak emas kepada Tabung Haji.

"Ok kemudian, Encik scan QR, dan masuk dalam group ni. Kemudian, Encik share live location, supaya kami boleh track, adalah bas ni selamat sampai di lokasi atau belum", explain petugas TH dekat saya tadi.

Prihatinya pihak TH kepada kami

Hari pertama sewaktu lapor diri di Movenpick KLIA. Kami diberikan 3 kad untuk dipakai di landyard & satu gelang. Kad ini mesti dibawa kemana-mana sahaja.

1. Kad Nusuk

Kad Nusuk ni dari kerajaan Arab Saudi. Ini ibarat lesen besar untuk berada di sini sewaktu musim haji. Seluruh jemaah haji seluruh dunia, mesti ada kad nusuk. Polis akan cek setiap masa.

Dari Jeddah ke Makkah, 2 check point yang kami lalui. Polis scan setiap jemaah yang berada dalam bas dalam menuju ke Makkah.

2. Kad Tabung Haji

Ini petanda kita sebagai jemaah haji Malaysia. Sewaktu saya sampai di Makkah, saya jarang nampak rakyat negara lain pakai kad negara mereka. Mereka cuma ada kad nusuk.

3. Kad PJH Jay Ibrahim

Ini untuk memudahkan kita minta bantuan sesiapa, kalau kita tersesat. Di kad PJH saya, Jay Ibrahim, tertulis nama hotel yang kami akan menginap.

4. Gelang tangan

Gelang tangan ni ada nombor badan. Khas untuk rakyat Malaysia sahaja. Saya sentiasa perhati jemaah negara lain, banyak yang tiada gelang nombor badan. Dan kalau ada pun, macam gelang masuk yang masuk taman tema sahaja. 

Bersyukur Jadi Orang Malaysia

Fuhh. Dalam hati saya. Sangat bersyukur jadi rakyat Malaysia, ada Tabung Haji, yang sangatlah prihatin dengan urusan keselamatan jemaah di tanah suci.

Dalam saya jadi ketua bas, ada cerita menarik. Bas kami tersesat sampai 7 jam berada dalam bas. Petugas TH sentiasa minta saya update dari saya.

Sekarang sekitar 13.30, baru sampai Makkah. Dalam process untuk check in hotel dekat Makkah dulu.

Hafiz Shafie
Makkah Al Muqarramah
15 Mei 2026

Artikel Berkaitan

Nak pergi Haji dengan PJH atau Muasasah?

Syukur kepada Allah, saya dijemput oleh Allah untuk tunaikan haji untuk tahun 1447H atau 2026M. Waktu saya dapat surat jemputan dari pihak Tabung Haji, hati terus rasa berdebar-debar.  Macam-macam dalam fikiran. Saving cukup ke? Tanah nak kena jual ke? Berapa banyak emas nak kena gadai atau jual? Persoalan yang juga bermain dalam fikiran saya, nak pergi dengan

Read More

2 perkara penting untuk bakal Haji

Tak kira apa level kita. B40, M40 atau T20, apabila dapat surat tawaran Haji (P1), untuk terima surat tawaran tersebut, kita mesti lulus ujian kesihatan, dan sediakan duit secukupnya dengan segera. Itulah realiti sebenar, bagi semua jemaah haji. Jadi, yang muslim, perlu ingat tentang dua perkara ini.ASB, Emas dan Tanah?Saya nak cerita pengalaman saya tahun lepas.

Read More

Hajimoon, feeling macam baru kahwin dulu

Gelak besar satu bilik…. ” Malam ni kita ada brisk walk lepas isyak, jadi kena makan siap-siap lepas magrib”, kata seorang rakan sebilik, Abg K. ” Oh yeke, nak kena bagitau wife siap-siap ni kalau nak makan awal, nanti tak pasal-pasal muncung mulut time night walk”, jawab Abg N. ” Ya, betul. Kena bagitau….Kalau tak….Habis”, tambah Abg K. Haa?

Read More

Aziziyah, bandar yang meriah cuma setahun sekali

Pejam celik pejam celik, sudah masuk hari ke 3 kami di Aziziyah. Setiap hari penuh dengan aktiviti, dari PJH Jay Ibrahim. Setakat rutin sekarang, sekitar 9AM dan lepas solat Asar (4.15PM), kami ada ceramah agama. Ikut modul dari Tabung Haji.Study week, sebelum hari kemuncakAktiviti dekat sini ibarat “study week”. Minggu depan kami bakal menempuh hari

Read More

Berangkat ke Aziziyah, persiapan manasik Haji

Semalam 1 Zulhijjah, kami semua mula berangkat ke Aziziyah. Dan majoriti, jemaah PJH akan berada di sini selama 15 hari, dari 1 Zulhijjah sampailah 15 Zulhijjah. Aziziyah masih tanah haram. Maksudnya, setiap amalan yang kita buat dekat sini, pahalanya 100,000 kali ganda. Sama juga dengan pahala di Masjidil Haram.Tinggal sekejap Masjdil HaramHari terakhir di Masjidil Haram

Read More

Terima kad jemputan sebagai tetamu VVIP Allah (Throwback)

29 Oktober 2025, saya dapat SMS dari Tabung Haji, minta saya semak THijari untuk surat tawaran haji. Hati saya bercampur gembira, dapat surat panggilan haji, dan juga timbul sedikit ketidakselesaan. Dalam masa sama, otak saya terus fikir tentang macam mana nak  buat rayuan untuk wife, macam mana nak tinggalkan keluarga, mana duit saya cari untuk buat

Read More