Public Gold Syarikat Emas No 1 di Malaysia

Public Gold ialah syarikat jual beli emas No 1 di Malaysia. Itu sahaja yang saya boleh katakan.

Sama macam kedai emas, cuma Public Gold ni fokusnya untuk emas pelaburan seperti goldbar dan dinar, manakala kedai kemas ialah mereka jual barang kemas.

Siapa Pesaing Terdekat?

Setakat tahun 2022, masih tidak ada pesaing terdekat Public Gold (PG). Yang ada cuma follower (pengikut).

PG satu-satunya syarikat emas yang masih bertahan sejak lebih 15 tahun yang lama.

Banyak syarikat emas datang dan pergi, terutamanya selepas kerajaan wujudkan cukai GST pada 1 April 2015, yang mana setiap jual beli emas akan dikenakan cukai sebanyak 6%.

Saya berpeluang breakfast bersama Founder Public Gold di Burj Al Arab, Dubai, UAE pada PGLS Jun 2022 lalu.

Sejujurnya, saya pernah ikuti seminar dari beberapa syarikat emas lain selain PG.

Antara syarikat emas yang wujud lebih awal dari PG 15 tahun dulu, tapi dah tutup sekarang :

  • Gold Silver Resource (GSR)
  • Harimau Mint Gold

Namun, PG kekal gah sampai sekarang.

Public Gold Price

Harga emas PG bukanlah paling murah di pasaran, tapi harga emas PG antara yang termurah.

Namun, sebelum beli mana-mana emas, periksa dulu 5 kritiria emas untuk mendapat keuntungan maksimum dalam simpanan atau pelaburan emas.

Bukan hanya fokus kepada harga emas murah semata-mata.

Sebagai contoh,

Jika harga emas murah tak bermakna kalau ia adalah masalah bila nak jual nanti.

Lokasi Public Gold di Malaysia

Saya berada di Menara PG di TRX, Kuala Lumpur

Setakat hari ini, PG ada 18 cawangan di Malaysia, dan 4 cawangan di Indonesia. 

Ini antara cawangan di Malaysia :

  • Alor Setar, Kedah
  • Sungai Petani, Kedah
  • Relau, Penang
  • Ipoh, Perak
  • Kota Bharu, Kelantan
  • Kuala Terengganu, Ter
  • Kuantan, Pahang
  • Sunway, Selangor
  • Bangi, Selangor
  • Ampang, KL
  • Seremban, Negeri Sembilan
  • Melaka
  • Johor Baharu
  • Kuching, Sarawak
  • Miri, Sarawak
  • Kota Kinabalu, Sabah

Ini pula cawangan PG di Indonesia :

  • Jakarta
  • Surabaya
  • Yogyakarta
  • Banjarbaru

Jadi, ia mudah untuk kita buat urusan jual beli emas nanti.

Boleh beli emas di Malaysia, jual di Indonesia. Tiada masalah.

Sebab, antara ciri emas terbaik untuk pelaburan atau simpanan ialah, syarikat emas tersebut mestilah mempunyai banyak cawangan untuk jual beli.

Public Gold Login

Seperti yang saya bagitahu sebelum ini, PG ia seperti juga kedai emas, tapi kedai emas zaman moden.

Bagi yang nak mula simpan emas, boleh download dulu apps PG seperti yang saya tunjuk di atas.

Boleh juga download di sini :

Nak mula simpan emas, kalau item bawah RM5,000. 

Boleh buat secara online sahaja. Download apps, order, dan PG hantar emas kita sampai depan pintu rumah.

Tak perlu habiskan masa untuk ke cawangan. Semua postage emas PG berinsuran. Tiada risiko hilang.

Public Gold GAP

"Kawan saya selalu sebut tentang PG GAP? Apa tu?"

Baiklah, nak simpan emas PG ni ada banyak cara. Salah satunya, melalui akaun emas fizikal GAP.

Kalau ada bajet bawah RM1,000 sebagai permulaan.

Saya memang sarankan penyimpan-penyimpan emas dibawah bimbingan saya menabung menggunkan akaun emas fizikal GAP.

Sebab apa akaun emas fizikal GAP?

  • Tiada komitmen bulanan
  • Boleh mula dengan bajet serendah RM100
  • Tiada risiko emas hilang, PG tolong simpankan
  • Tiada kos upah

Public Gold Penipu?

Ohh. Sangat mustahil. Setakat saya menjadi penyimpan emas PG dari tahun 2010. 

Semua yang beli emas PG dapat emas. Tiada satu pun kes dimana, kita bayar duit untuk beli emas, tapi tak dapat emas.

Saya berani jamin.

Kalau anda beli emas PG, tapi tak dapat emas. Saya akan bagi goldbar 10gram percuma kepada anda, dan saya ganti balik emas yang anda tak dapat tu.

Itu lah tahap keyakinan saya dengan PG.

Hafiz
Kota Bharu
8 December 2022

Artikel Berkaitan

Budapest! Ubah minda saya 360 darjah

Mula-mula saya ingat negara Eropah ni sama saja semua, sebab sebelum ni saya ke Italy. Orangnya bengis, kaki lima kotor, dan banyak pencuri profesional yang biasa kita dengar, pick pocket. Dan saya nekad tak nak ke sana lagi selepas trip PGLS Italy pada tahun 2022 tempoh hari. Kawan saya sendiri, hampir nak kena ragut oleh budak.

Read More

Saya speechless dengan reward ini

Saya masih speechless. Syukur, tahun ni adalah tahun yg ke-6 saya dapat nikmati percutian VVIP dari Public Gold. Cuma tahun ni sedikit berbeza, Public Gold menganugerahkan saya tiket bisnes class Emirate untuk penerbangan pergi dan balik dari KL ke Budapest, dan Munch ke KL. Saya agak jakunSaya orang biasa-biasa saja. Dulu gaji kecil, cuma RM3k sebulan.

Read More

“Beli emas Public Gold, mengkayakan dealer sahaja..”

Saya pernah tanya coach, apa rutin harian coach dari sudut fizikal training, dan apa makanan harian yang coach ambil? Katanya, Breakfast telur minimum 5 biji, makanan berkuah dia tak ambil, kalau ayam makan bahagian isi je. Dah ulang-ulang selama lebih 3 tahun. Pendek kata, saya dengar pun dah nak muntah. Haha. Tak sanggup. Sebab tulah, saya berat kekal

Read More

Kelebihan beli emas Public Gold berbanding Maybank MIGA i

Kelebihan beli emas Public Gold berbanding emas Maybank adalah…? Sejujurnya, saya tidak tahu banyak perkara tentang emas Maybank MIGA i, tapi untuk artikel kali ini, saya akan berkongsi, apa kelebihan jika anda menabung emas Public Gold berbanding bank. Tak kesah bank mana. Tapi saya percaya, 5 kelebihan ni anda tidak akan dapat seperti apa yang anda dapat

Read More

9 Checklist Kaya Dengan Emas. Follow Sahaja Senarai Ini

Tahniah untuk diri anda sendiri sebab sudah mulakan tabungan emas yang pertama melalui platform Public Gold. Yang belum mulakan tabungan emas, boleh terus ke cara mula menabung emas. Dengan Public Gold, khususnya melalui dealer Team G100 Network (saya salah seorangnya) kami akan bimbing Tuanpuan hingga menjadi kaya dengan emas. Kami tak jual emas, yang jual emas adalah Public Gold, kami

Read More

Emas Digital Syariah GAP atau Emas Fizikal?

Walaupun Public Gold menyediakan kemudahan akaun simpanan emas fizikal iaitu Gold Accumulation Program (GAP), adakah kita sekadar menabung dalam akaun tanpa keluarkan fizikal. Yang mana lebih baik? Keluarkan emas secara fizikal? Atau simpan dalam akaun emas GAP sahaja? Sejujurnya, walaupun saya seorang dealer Public Gold, saya memang sarankan masyarakat untuk menabung emas melalui akaun emas fizikal GAP.

Read More