Emas Digital Syariah GAP atau Emas Fizikal?

Emas Digital Syariah GAP atau Emas Fizikal?

Walaupun Public Gold menyediakan kemudahan akaun simpanan emas fizikal iaitu Gold Accumulation Program (GAP), adakah kita sekadar menabung dalam akaun tanpa keluarkan fizikal.

Yang mana lebih baik? Keluarkan emas secara fizikal? Atau simpan dalam akaun emas GAP sahaja?

Sejujurnya, walaupun saya seorang dealer Public Gold, saya memang sarankan masyarakat untuk menabung emas melalui akaun emas fizikal GAP. Lebih mudah.

Tetapi, apabila sudah capai target simpanan. Keluarkan dalam bentuk fizikal, dan simpan sendiri di tangan. Itu lebih baik.

Emas yang terbaik adalah emas yang kita pegang fizikalnya di tangan. Barulah simpanan emas kita dapat mencapai fungsi emas yang sebenar, iaitu pelindung kekayaan.

Ini bukan sekadar teori, tapi ini berdasarkan pengalaman hidup dan kisah benar pernah belaku sendiri seperti kisah dibawah

Point 1 : Ketika Dipenjara

Mentor saya pernah dipenjara selama 2 tahun, diatas sebab yang beliau tidak maksudkan. Boleh baca kisah beliau tentang Mohd Zulkifli Sosma.

Di saat beliau di tangkap. Akaun bank dibekukan, card credit kena block, duit dalam dompet pun kena rampas atas tujuan siasatan.

Walhal, bagi tujuan siasatan juga, akaun emas beliau juga disekat! 

Dengan anak 8 orang, bagaimana isteri. beliau ingin meneruskan kehidupan? Pada ketika itu, duit yang banyak dalam akaun bank Tuan Mohd Zulkifli pun dah tak bernilai.

Yang cuma bernilai ketika itu ialah emas-emas fizikal yang ada di tangan beliau, di dalam peti besi simpanan rumah beliau.

Dengan emas fizikal itulah, isteri beliau gunakan, tukarkan kepada duit kertas sikit-sikit untuk menyara kehidupan anak 8 orang.

Point 2 : Terdesak Duit di Makkasar

Saya aktif turun ke Indonesia bermula dari Mei 2023. Dari Mei 2023 hingga ke Julai 2023, mungkin sudah 3 kali saya ke Indonesia.

Dan..Saya tak pernah tukarkan duit RM kepada Rupiah. Saya memang menggunakan kad kredit 100%.

Trip bisnes terakhir saya selama 7 hari, saya dan sahabat saya Tuan Syarif Jamil, kami berdua memang hanya harapkan kad kredit untuk urusan di Indonesia.

Nak dijadikan cerita, kad kredit kami kedua-keduanya sudah habit limti. Fuhh. Bila kad kredit habis limit, ia ibarat kami hilang oxygen sementara nak clear spending guna kad kredit.

Sewaktu di Makkasar, kami keluarkan emas 1 Dinar 916 Public Gold, untuk cuba menjualnya kepada peraih emas. Dan, mereka terima untuk ditukarkan 1 Dinar tersebut kepada cash rupiah.

Yang menariknya, meraka sanggup bayar  dengan bayaran hampir sama dengan Public Gold bayar, kalau saya jual semula emas tersebut kepada Public Gold, bezanya cuma sekitar IDR100,000 sahaja. Sekitar RM30.

Conclusion

Jadi, apa pengajaran yang boleh diambil dari dua pengalaman hidup ini ialah, emas yang terbaik emas yang fizikalnya berada di tangan kita.

Ada yang tanya saya, ok tak emas jenama X, ok tak emas jenama Y. Ok tak kalau saya menabung dalam akaun emas XYZ?

Jawapanya, kalau boleh keluarkan secara fizikal dengan mudah. Semuanya ok. Soal berapa kos nak keluarkan secara fizikal tu soal yang kedua. Yang penting, adakah kita boleh keluarkan secara fizikal?

Kalau dah boleh keluarkan secara fizikal, buat kira-kira dari sudut kos pulak. Adakah berbaloi beli emas jenama tersebut.

Kalau rakan terdekat dan ahli keluarga, saya terus je cakap, kalau di Malaysia. Beli emas Public Gold adalah yang terbaik setakat ni. Dan tidak ada lagi option yang kedua.

Itu adalah kelebihan emas Public Gold secara pakej. Mudah beli, mudah menabung dan yang penting, mudah untuk dicairkan.

Hafiz Shafie
Awan biru, menuju ke KLIA2
2021 Julai 2023

Artikel Berkaitan

>