Riviu Buku : Rich Dad Poor Dad

Tajuk Buku : Rich Dad Poor Dad

Penulis : Robert T. Kiyosaki

Riviu Buku

Mempunyai dua orang ayah memberi peluang kepada Robert Kiyosaki membuka minda samaada untuk mengikuti jejak langkah ayah yang kaya (Rich Dad) ataupun yang tersepit dalam masalah kewangan (Poor Dad).  Apa yang menariknya, PoorDadnya merupakan seorang ayah yang hebat dalam kerjaya beliau dan menghabiskan pembelajaran sehingga PhD berbanding Rich Dad beliau yang mempunyai kelayakan pembelajaran jauh lebih rendah. Seronoknya saya baca buku ini apabila dapat tahu  perbezaan perwatakan  antara Rich Dad dan Poor Dad  yang mungkin saya juga akan terikut dengan Poor Dad jika saya tidak membaca buku ni. Hampir 100% apa yang beliau kongsikan berkaitan PoorDadnya itu, ialah memang apa yang ada dalam fikiran saya sebelum ni.  

Pengajaran Yang Boleh Dapat Dari Buku Ni

  Ada bebebrapa perkara penting apa yang belajar dari buku ini dan saya rasa bagus jika semua sahabat saya pun tahu ialah :

#1 Orang kaya menyimpan dan melabur, orang biasa-biasa hanya menyimpan duit.

Robert Kiyosaki selalu bagitahu "Savers are losers", bukan tak perlu menyimpan duit, sebenarnya yang tak menyimpan langsung itu lagi losers. Maksudnya yang sebenar ialah siapa yang hanya fokus menyimpan kekayaan dalam bentuk wang kertas, mereka sebenarnya semakin hari semakin miskin kerana wang kertas tu sikit-sikit dimakan inflasi. Sebaiknya, tukarkan kekayaan dalam bentuk aset yang kalis inflasi samada dalam bentuk hartanah atau emas.  

#2 Orang kaya fokus kepada pendapatan pasif, orang biasa-biasa hanya tahu pendapatan aktif

Pendapatan pasif ialah pendapatan yang masuk tanpa kita perlu bekerja. Pendek kata, tidur sebulan pun duit masuk dalam akaun. Pendapatan aktif ialah pendapatan yang kita perlu pergi dan pulang dari kerja, tak pergi kerja tak dapat duit, pergi kerja baru dapat duit. Orang kaya mereka bekerja keras kearah pendapatan pasif, seperti berbisnes dan melabur. Manakala, orang biasa-biasa mereka bekerja untuk kenaikan pangkat dengan harapan gaji pun turut sama-sama naik. Hakikatnya, kenaikan gaji dalam 'cooporate level' ia datang bersama beban kerja yang perlu kita pikul. Jadi, memang kita ada gaji yang tinggi, tapi mungkin kita terpaksa korban masa dengan family.  

#3 Dalam bab kewangan, orang kaya selalu bermuhasabah diri

Bila ada apa-apa masalah kewangan dalam keluarga, orang kaya kerap berbincang dengan keluarga perihal masa depan kewangan mereka. Manakala, orang biasa-biasa sering kali mengagap masalah kewangan tak bagus dibincangkan, nanti hati akan menjadi 'gila harta'. Dalam bab muhasabah kewangan keluarga ni, saya sering teringat pesana sifu kewangan Tuan Zaidi Ismail yang lebih kurang macam ni ;
" Kebanyakan suami isteri dalam bab 'buat anak', boleh buat sama-sama. Tapi, kalau bab kewangan, nak bincang sama-sama pun susah. Isteri buat hal sendiri, suami buat hal suami sendir"
Fuhh, macam terkena on target atas dahi. Sejak tahu perkara ni, saya dan isteri sebulan sekali mesti bermuhasabah diri, tengok balik 'bajet bulanan mana yang perlu tambah atau dikurangkan. Supaya bulan-bulan seterusnya kami boleh berbelanja macam biasa walau hujung bulan. HEHE  

Saya Suka Buku Ini Kerana 

 
  • Saya tahu apa itu pendapatatan pasif dan aktif
  • Saya tahu 4 quandrant of income
  • Saya sedar yang pencen bukan soal umur, tapi soal kewangan
  • Terinpirasi dari penulis, yang beliau bermula ketika usia mereka 37 tahun, dan peroleh financially free ketika berusia 47 tahun.
  • Saya faham, rumah sebenarnya bukan aset selagi kita perlu menghabiskan wang untuk nya setiap bulan.
  • Dari sekolah rendah sampai universiti, kita tidak pernah diajar tentang soal kewangan.
Bagi saya, buku ini sangat sesuai dibaca kepada kita yang nak tahu apa tujuan kita bekerja. Jika berimpian ' financially free',  hanya fokus kepada pendapatan pasid bukan lah berada pada trek yang betul. Kita perlu mencari inisiatif lain untuk mula berniaga atau belajar cara kembangkan simpanan yang sedia ada dengan betul  

Cara Mudah Dapatkan Buku Ni

Cari di kedai-kedai buku berdekatan seperti Popular, MPH atau SMO     Hafiz 20 March 2017 Tawau, Sabah

Artikel Berkaitan

Cara Berjimat Cermat Style Guru Kewangan

Ini cara berjimat cermat style sifu forensik kewangan. Minggu lalu, sempat saya menghadiri seminar Forensik Kewangan yang dianjurkan oleh Urusinsan Sdn Bhd. Seminar tersebut disampaikan seorang penulis buku kewangan iaitu Tuan Zaidi Ismail. Semasa seminar berlangsung, penceramah berkongsi ayatnya berbunyi begini“ Ramai yang silap, nak keluar dari masalah kewangan dengan cepat. Tetapi hanya fokus kepada ubah cara sara

Read More

4 Perkara Mudah Yang Sukar Dibuat Oleh Orang Kebanyakan Bila Terima Gaji

Mengurus duit gaji mudah je sebenarnya. Untuk pandai mengurus duit gaji tidak memerlukan ilmu seperti seorang saintis untuk membuat sebiji roket terbang ke bulan. Hanya perlu pandai sedikit ilmu kira-kira dan mengawal emosi bila terima gaji je, sudah cukup untuk kalian semua pandai mengurus kewangan. Namun, ramai yang tak mampu buat! Jadi, apa kesilapan biasa yang orang

Read More

Riviu Buku: Beginilah Rasullullah Berbisnes

Tajuk Buku: Beginilah Rasullullah Berbisnes Penulis : Hepi Andi Bastoni Riviu Buku : Sejujurnya, buku ini merupakaan buku bacaan yang agak berat. Tapi, isi kandungan buku ini sungguh menarik perhatian saya dan membuatkan saya terus beli bila nampak buku ni ada di Popular Bookstore Tawau. Walau bacaan yang agak berat, namun ini tips mudah untuk

Read More

Riviu Buku : Eat That Frog

Tajuk Buku : Eat That Frog Penulis : Brian Tracy Riviu Buku : Buku “Eat That Frog” sebenarnya buku berkaitan pengurusan masa dan pengurusan diri. Ia tiada kaitan dengan rancangan National Geografi ye. HEHE Buku ni ditulis oleh Brian Tracy. Orang yang cukup terkenal dalam kalangan orang bisnes. Saya banyak juga beli buku-buku tulis Brian

Read More

Riviu Buku : WANG EMAS, Bertahan Ketika Gawat

Tajuk Buku : Wang Emas, Bertahan Ketika Gawat Penulis : Mohd Zulkifli Shafie Riviu Buku : Bagi saya, inilah buku tentang emas yang bacaannya paling santai dan mudah difahami yang ada di Malaysia. Pendek kata, baca buku Wang Emas ni, satu malam pun terus boleh habis. Selain itu, ia juga buku tentang emas yang paling

Read More

Riviu Buku : Cash Flow Quadrant

Tajuk Buku : Cashflow Quadrant Penulis : Robert T. Kiyosaki Riviu Buku: Buku ini banyak membuka minda saya tentang fokus kepada impian hidup, bukan hanya fokus kepada duit yang banyak semata-mata. Kalau dulu, matlamat utama saya pergi dan pulang kerja kerana untuk mendapat income, tapi sekarang fokus saya pergi dan pulang kerja ialah untuk belajar

Read More