Riviu Buku: Beginilah Rasullullah Berbisnes

Tajuk Buku: Beginilah Rasullullah Berbisnes

Penulis : Hepi Andi Bastoni

Riviu Buku :

Sejujurnya, buku ini merupakaan buku bacaan yang agak berat. Tapi, isi kandungan buku ini sungguh menarik perhatian saya dan membuatkan saya terus beli bila nampak buku ni ada di Popular Bookstore Tawau. Walau bacaan yang agak berat, namun ini tips mudah untuk baca buku ni: " Buka bahagian isi kandungan, tengok semua isi kandungan, dan pilih tajuk mana yang paling menarik untuk dibaca " HEHE, ini tips penting untuk baca sesebuah buku. Kita tak perlu tahu semua perkara, kita hanya perlu tahu apa yang kita perlu tahu sahaja. Secara keseluruhannya, baku ini sangat sesuai dibaca bagi memberi motivasi kepada sahabat-sahabat yang sedang berusaha untuk membina bisnes dan juga yang sedang mencari income tambahan selepas makan gaji.  

Perkara Yang Penting Bagi Saya Dari Buku Ini

Ada banyak perkara yang penting dan sangat menarik bagi saya dari buku ini. Tapi, dalam artikel ni saya berkongsi yang paling penting sahaja ye.

#1 Nabi Muhammad Itu Orang Kaya

Tajuk buku pun berkaitan "Rasululllah", dan semestinya buku ini banyak menceritakan tentang baginda. Dalam buku ini, penulis menyampaikan bahawa, Nabi Muhammad mempunyai keunikan tersendiri dalam memahami erti kekayaan. Ada kalanya baginda menjadi orang kaya, pada keadaan lain baginda menjadi orang miskin dan pada saat tertentu baginda berada di posisi kedua-duanya. Namun, dalam mindset masyarakat Melayu Islam ditempat kita, Nabi Muhammad lebih dikenali sebagai orang yang "miskin" berbanding "kaya". Kesan dari mindset tersebut, ramai dalam kalangan masyarakat kita menggunakan "nabi dulu miskin" sebagai alasan untuk kita bermalas-malasan mencari kekayaan. Yang sebetulnya, Nabi Muhammad menjadi miskin selepas berjihad dijalan Allah. Bukan sebab beliau hanya sibuk menyampaikan ilmu Islam. Nabi Muhammad seorang mulit-jutawan sebelum baginda diangkat menjadi rasul. Buktinya " Baginda SAW membayar mahar kepada Khadijah sebanyak 20 ekor unta muda " Cuba kita kira berapa harga 20ekor lembut sekarang? Agak-agak seekor lembu RM2000, kalau 20 ekor RM40k kan? Jadi, nabi sebenarnya kaya. Fakta ini memberi motivasi yang cukup kuat untuk saya mencari kekayaan dengan berusaha ke jalan Allah.  

#2 Berniagalah Walau Anda Sudah Kaya

Berniagalah walau sudah kaya! Berniagalah walau jawatan anda sebagai seorang CEO dalam sebuah GLC company. Berniaga itu sunnah rasullullah. Orang berniaga bukan sekadar mencari duit, tetapi memudahkan urusan orang lain dari servis yang dijalankan mereka. Setiap dari kita mesti ada at least 1 bisnes milik sendiri. Bukan apa, kita tak tahu sampai bila syarikat yang kita kerja makan gaji sekarang sayang sama kita kan? Mungkin kita sudah jadi pekerja terbaik. Tetapi, akibat dari kekangan kewangan syarikat. Kita terpaksa diberhentikan. Jika berniaga bukan untuk diri, tetapi letakkan mindset berniaga untuk keluarga. Andai hari ini kita meninggal dunia, saya yakin jawatan kita sebagai CEO sekali pun tetap ada pengganti! Usah rasa bangga dengan jawatan setinggi pak menteri, walhal kalau kita sakit dan tak mampu lagi bertugas, kita tetap akan diganti. Namun, jawatan kita sebagai "ketua keluarga"? Tetap tidak akan ada pengganti walau kita sakit sekali pun. Nasihat dari penulis buku ini, mula berniaga sekarang! Income dari perniagaan nanti anak isteri boleh diwariskan nanti.  

#3 Beza Zuhud Dan Miskin

Antara perkara yang saya rasa masih ramai yang keliru ialah tentang zuhud dan miskin. Ramai yang masih mengganggap, zuhud dan miskin itu sama. Yang sebenarnya, zuhud dan miskin jauh beza. Zuhud itu muncul selepas kaya. Dia boleh kaya (mewah) tetapi tidak mahu. Sedangkan miskin itu belum kaya, dan dia tidak boleh kaya. 9 dari 10 sahabat nabi yang dijamin masuk syurga ialah orang kaya! Malah mereka multi jutawan. Tetapi mereka zuhud Bukan miskin. Hakikat zuhud bukanlah meninggalkan dunia, tetapi mereka tidak meletakkan dunia di hati. Sebab, dibandingkan dengan kebahagian akhirat, kekayaan duniawi amatlah sedikit bagi mereka. Walaupun begitau, mindset orang kita kebanyakannya kurang tetap. Asalkan kaya sahaja, akan dianggap jahat! Sebab banyak terpengaruh dengan TV. Hakikatnya, bukan kaya itu jahat. Tetapi, diri sendiri seseorang itu yang membuatkan mereka baik atau jahat. Ada juga yang miskin jahat kan?  

Ubahlah Mindset Kita

  Ubahlah minset kita bahawa kekayaan itu perlu ada bagi kita terutamaanya Melayu Islam. Dengan kekayaan, kita boleh bersedekah lebih banyak dari orang miskin bukan? Dengan kekayaan, kita boleh berjihad dan beribadah dengan lebih baik tanpa perlu memikirkan masalah kewangan kan? Jadi, mulakan bisnes sekarang! Buat sahaja bisnes apa sahaja yang kita mampu dengan modal yang minimum. Buat dulu, jangan tunggu perfect time untuk bermula!     Hafiz Tawau Sabah 19 October 2018 8 Safar 1440H

Artikel Berkaitan

Cara Berjimat Cermat Style Guru Kewangan

Ini cara berjimat cermat style sifu forensik kewangan. Minggu lalu, sempat saya menghadiri seminar Forensik Kewangan yang dianjurkan oleh Urusinsan Sdn Bhd. Seminar tersebut disampaikan seorang penulis buku kewangan iaitu Tuan Zaidi Ismail. Semasa seminar berlangsung, penceramah berkongsi ayatnya berbunyi begini“ Ramai yang silap, nak keluar dari masalah kewangan dengan cepat. Tetapi hanya fokus kepada ubah cara sara

Read More

4 Perkara Mudah Yang Sukar Dibuat Oleh Orang Kebanyakan Bila Terima Gaji

Mengurus duit gaji mudah je sebenarnya. Untuk pandai mengurus duit gaji tidak memerlukan ilmu seperti seorang saintis untuk membuat sebiji roket terbang ke bulan. Hanya perlu pandai sedikit ilmu kira-kira dan mengawal emosi bila terima gaji je, sudah cukup untuk kalian semua pandai mengurus kewangan. Namun, ramai yang tak mampu buat! Jadi, apa kesilapan biasa yang orang

Read More

Riviu Buku : Eat That Frog

Tajuk Buku : Eat That Frog Penulis : Brian Tracy Riviu Buku : Buku “Eat That Frog” sebenarnya buku berkaitan pengurusan masa dan pengurusan diri. Ia tiada kaitan dengan rancangan National Geografi ye. HEHE Buku ni ditulis oleh Brian Tracy. Orang yang cukup terkenal dalam kalangan orang bisnes. Saya banyak juga beli buku-buku tulis Brian

Read More

Riviu Buku : WANG EMAS, Bertahan Ketika Gawat

Tajuk Buku : Wang Emas, Bertahan Ketika Gawat Penulis : Mohd Zulkifli Shafie Riviu Buku : Bagi saya, inilah buku tentang emas yang bacaannya paling santai dan mudah difahami yang ada di Malaysia. Pendek kata, baca buku Wang Emas ni, satu malam pun terus boleh habis. Selain itu, ia juga buku tentang emas yang paling

Read More

Riviu Buku : Cash Flow Quadrant

Tajuk Buku : Cashflow Quadrant Penulis : Robert T. Kiyosaki Riviu Buku: Buku ini banyak membuka minda saya tentang fokus kepada impian hidup, bukan hanya fokus kepada duit yang banyak semata-mata. Kalau dulu, matlamat utama saya pergi dan pulang kerja kerana untuk mendapat income, tapi sekarang fokus saya pergi dan pulang kerja ialah untuk belajar

Read More

Riviu Buku : Rich Dad Poor Dad

Tajuk Buku : Rich Dad Poor Dad Penulis : Robert T. Kiyosaki Riviu Buku Mempunyai dua orang ayah memberi peluang kepada Robert Kiyosaki membuka minda samaada untuk mengikuti jejak langkah ayah yang kaya (Rich Dad) ataupun yang tersepit dalam masalah kewangan (Poor Dad).  Apa yang menariknya, PoorDadnya merupakan seorang ayah yang hebat dalam kerjaya beliau dan

Read More