Riviu Buku : WANG EMAS, Bertahan Ketika Gawat

Tajuk Buku : Wang Emas, Bertahan Ketika Gawat

Penulis : Mohd Zulkifli Shafie

Riviu Buku :

Bagi saya, inilah buku tentang emas yang bacaannya paling santai dan mudah difahami yang ada di Malaysia. Pendek kata, baca buku Wang Emas ni, satu malam pun terus boleh habis. Selain itu, ia juga buku tentang emas yang paling murah di Malaysia. Harga hanya RM25 bagi semenanjung, RM27 bagi Sabah Sarawak. Buku ini ditulis oleh mentor saya, En Mohd Zulkifli Shafie. Ia buku kedua terbitan beliau selepas buku Zero Hutang. Buku ini langsung tidak bercerita tentang analisa turun naik pada graf harga emas. Malah, ia fokus kepada pengalaman penulis sendiri dengan emas sebelum dari tahun 2010 dan bagaimana dengan menyimpan emas membuatkan penulis menjadi lebih kaya. Pendek kata, Buku Wang Emas ini menfokuskan bagaimana cara memanfaatkan emas dalam membina kekayaan, selain daripada 'Buy Low Sell High'. Nak dapatkan riviu buku Wang Emas lebih lanjut, boleh terus ke blog beliau, klik SINI.  

Antara Ilmu Penting Yang Saya Belajar Dari Buku Wang Emas

 

#1 Disiplinkan Diri Dalam Kewangan Dengan Emas

Buku ini banyak mengubah mindset saya tentang langkah sebenar mendapat keuntungan dari pelaburan emas. Kekayaan yang sebenar bukanlah disebabkan oleh kita bijak dalam membuat pelaburan itu dan pelaburan ini, tetapi kekayaan sebenar ialah akan dapat dikecapi oleh orang yang ada ilmu, attitude dan disiplin yang betul terhadap kewangan. Salah satunya, saya mampu disiplin diri dalam kewangan selepas saya mula menyimpan emas.  
Saya ingat dulu dari tahun 2011 hingga 2014, kesilapan pertama saya terhadap emas ialah mengharapkan harga emas sentiasa naik. Apabila harga emas menurun, saya agak stress dengan emas. Fuhh, ia umpama saya ber'judi' dengan emas kalau mindset saya begitu dulu. Namun, pada akhir 2014, saya bersyukur dulu terbeli emas walau tanpa mindset yang betul tentangnya sebelum itu.  
Namun, hakikatnya ada lebih 10 kebaikan dan kegunaan emas selain dari buy low sell high. Saya banyak pelajarinya dari buku ni. Selepas baca buku ini, harga emas turun naik dalam jangka masa pendek saya tak heran. Apa yang saya paling risau ialah kalau simpanan emas saya tidak bertambah dari bulan ke bulan. Banyak cara memanfaatkan emas dalam mengukuhkan kedudukan kewangan yang penulis berkongsi dalam buku Wang Emas ini.  

#2 Kisah Dua Kali Miskin Akibat Malapetaka Wang Kertas

Saya baca banyak buku tentang emas. Tapi, saya tak jumpa tentang kisah dua kali miskin dalam buku-buku emas yang lain. Kisah dua kali miskin ialah antara sebab kenapa penulis nekad untuk simpan emas. Duit simpanan beliau dalam bentuk RM hanya disimpan sebanyak 3bulan pendapatan sahaja. Selebihnya penulis tukar kepada bentuk emas.  Akibat risau Kisah Dua Kali Miskin terjadi untuk kali kedua. Secara ringkasnya, kisah 2 kali miskin ialah kisah yang terjadi di negara kita sendiri. Kisah diceritakan pengalaman Dato Husam Musa tentang neneknya jatuh miskin 2 kali akibat simpan duit kertas zaman pemerintahan British dan zaman Jepun.  

Antara Tertimoni Pembaca Buku Wang Emas

#1 Video Testimoni

Video ini ialah disampaikan oleh sahabat saya, En Shafiq dari Kuching Sarawak.   

#2 Testimoni dari Facebook

En Reduean Takrim berkongsi buku Wang Emas kepada mertuanya   En Abdur Rahman, masih belajar dan berumur 20 tahun. Memberi feedback terhadap kesan membuku Wang Emas

#3 Pengalaman Saya Dengan Penyimpan Emas

Saya pernah ajak seorang kenalan baru ke seminar mentor saya En Zulkifli di Kota Bharu. Saya nampak dia kurang berminat dengan emas sebenarnya. Namun, selepas seminar saya recommend untuknya membaca Buku Wang Emas. Labur lah sikitkan RM25 je. Alhamdulillah, esoknya terus dia tak fikir panjang. Terus mulakan simpanan yang pertama. Itulah antara kesan bila kita ada ilmu tentang emas. Bila dah ada ilmu, rasa takut kalau tak simpan emas. Namun, orang yang tiada ilmu, rasa risau nak mula simpan emas walau hanya 1gram sebagai permulaan.  

Cara Dapatkan Buku Ini

(1) Dapatkan di Kedai Buku

Boleh cari je dimana-mana kedai buku yang berdekatan. Samaada di Popular, di MPH atau di SMO (di Kelantan je saya rasa ada SMO. Harganya sama sahaja. RM25.

(2) Dapatkan Dari Saya

Kalau nak dapatkan dari saya, boleh wassap terus ke saya di +6014-500 5090. Buku tu saya akan pos kepada sahabat-sahabat pembaca semua. Kalau sahabat-sahabat di Tawau, mungkin saya boleh hantarkan ke rumah. Bagi sahabat di Sabah (luar area Tawau), postage RM8 manakala selain Sabah, cost postage RM12. Bagi pembeli emas Public Gold yang baru atau bagi pelanggan PG yang berdaftar dengan saya, saya bagi FREE GOLD FOLDER yang berharga RM15 kalau dapatkan Gold Folder tu dari Public Gold. Dapatkan dari saya. Jimat la RM15. Bila dah faham pasal emas, boleh terus guna Gold Folder tu untuk sahabat-sahabat semua simpan emas.   Wallhuaallam   Hafiz Tawau, Sabah 1 Ogos 2018 19 Zulkaedah 1439      

Artikel Berkaitan

Cara Berjimat Cermat Style Guru Kewangan

Ini cara berjimat cermat style sifu forensik kewangan. Minggu lalu, sempat saya menghadiri seminar Forensik Kewangan yang dianjurkan oleh Urusinsan Sdn Bhd. Seminar tersebut disampaikan seorang penulis buku kewangan iaitu Tuan Zaidi Ismail. Semasa seminar berlangsung, penceramah berkongsi ayatnya berbunyi begini“ Ramai yang silap, nak keluar dari masalah kewangan dengan cepat. Tetapi hanya fokus kepada ubah cara sara

Read More

4 Perkara Mudah Yang Sukar Dibuat Oleh Orang Kebanyakan Bila Terima Gaji

Mengurus duit gaji mudah je sebenarnya. Untuk pandai mengurus duit gaji tidak memerlukan ilmu seperti seorang saintis untuk membuat sebiji roket terbang ke bulan. Hanya perlu pandai sedikit ilmu kira-kira dan mengawal emosi bila terima gaji je, sudah cukup untuk kalian semua pandai mengurus kewangan. Namun, ramai yang tak mampu buat! Jadi, apa kesilapan biasa yang orang

Read More

Riviu Buku: Beginilah Rasullullah Berbisnes

Tajuk Buku: Beginilah Rasullullah Berbisnes Penulis : Hepi Andi Bastoni Riviu Buku : Sejujurnya, buku ini merupakaan buku bacaan yang agak berat. Tapi, isi kandungan buku ini sungguh menarik perhatian saya dan membuatkan saya terus beli bila nampak buku ni ada di Popular Bookstore Tawau. Walau bacaan yang agak berat, namun ini tips mudah untuk

Read More

Riviu Buku : Eat That Frog

Tajuk Buku : Eat That Frog Penulis : Brian Tracy Riviu Buku : Buku “Eat That Frog” sebenarnya buku berkaitan pengurusan masa dan pengurusan diri. Ia tiada kaitan dengan rancangan National Geografi ye. HEHE Buku ni ditulis oleh Brian Tracy. Orang yang cukup terkenal dalam kalangan orang bisnes. Saya banyak juga beli buku-buku tulis Brian

Read More

Riviu Buku : Cash Flow Quadrant

Tajuk Buku : Cashflow Quadrant Penulis : Robert T. Kiyosaki Riviu Buku: Buku ini banyak membuka minda saya tentang fokus kepada impian hidup, bukan hanya fokus kepada duit yang banyak semata-mata. Kalau dulu, matlamat utama saya pergi dan pulang kerja kerana untuk mendapat income, tapi sekarang fokus saya pergi dan pulang kerja ialah untuk belajar

Read More

Riviu Buku : Rich Dad Poor Dad

Tajuk Buku : Rich Dad Poor Dad Penulis : Robert T. Kiyosaki Riviu Buku Mempunyai dua orang ayah memberi peluang kepada Robert Kiyosaki membuka minda samaada untuk mengikuti jejak langkah ayah yang kaya (Rich Dad) ataupun yang tersepit dalam masalah kewangan (Poor Dad).  Apa yang menariknya, PoorDadnya merupakan seorang ayah yang hebat dalam kerjaya beliau dan

Read More