Pengalaman Saya Untuk Cara Kumpul Duit Dengan Mudah

Mungkin ini adalah pengajaran bagi saya untuk cara kumpul duit dengan mudah.

Semalam saya keluar rumah untuk join latihan badminton bersama executive kilang dan ladang di tempat saya kerja.

Saya bawa isteri dan anak sekali.

Macam biasa, main badminton dekat je dengan rumah, tapi sebab alang-alang sudah keluar, habis je latihan terus pecut ke bandar Tawau untuk isi petrol kereta.

Cara Kumpul Duit Dengan Mudah

Alang-alang sudah turun ke bandar. Lepas isi petrol kereta, perut rasa lapar pulak.

Apa lagi,

Pergi lah cari mana-mana kedai. Kebetulan anak saya Fayyadh minta 'nak aiskrim nak aiskrim'. 

Tiba-tiba,

Saya cek duit dalam sampul belanja bulanan saya kosong je. Aduish, lupa isi duit masuk sampul, semuanya tertinggal dekat rumah.

Saya isi minyak pakai kad kredit.

Yang ada hanya duit syiling dalam kereta dan duit isteri saya je. Ada dia bawak sikit-sikit, boleh lah beli makan untuk alas perut.

Jadi, niat nak makan, terus tak jadi nak makan sangat, lagipun sudah malam dan duit tak cukup.

Hanya beli aiskirm untuk Fayyadh dan sedikit makanan ringan je.

Risiko Bila Ada Duit Di Tangan

Asal dapat gaji je. Saya simpan duit siap-siap masuk sampul.

Apabila saya fikir-fikir balik.

Memang cepat betul duit dalam sampul grocery bulanan habis, kalau saya kerap kali isi duit dalam sampul itu.

Saya isi RM50, sekali keluar rumah habis RM50

Saya isi RM100, sekali keluar rumah tinggal baki RM10.

Saya rasa, kalau masalah ini berterusan, memang inilah punca utama minggu terakhir sebelum dapat gaji, duit belanja bulanan kami sudah habis.

Terpaksa pinjam duit dalam sampul-sampul lain. (duit ada, cuma sudah dirancang untuk kegunaan lain)

Saya pernah share tentang teknik sampul, dalam artikel perkara yang anda patut buat sebelum sentuh duit gaji.

Minimumkan Duit Dalam Dompet

Selepas ini saya nekad dah.

Kalau tiada apa-apa perancangan untuk berbelanja, saya tak akan lagi bawak duit grocery bulanan tadi.

Bila rasa ada duit, otak saya ni cukup ligat untuk berfikir, apa yang saya boleh berbelanja lagi?  Sampai duit habis baru boleh duduk diam-diam pulak. 

Macam apa yang saya share kisah terjadi kepada saya malam tadi lah.

Mula-mula hanya nak isi petrol kereta, lepas tu nak beli aiskrim anak, lepas tu nak pergi makan. 

Walau semuanya ini pada mulanya bukan keperluan pun.

Cara Saya Pastikan Simpanan Saya Kekal Lama

Jongkong emas 5 gram dalam dompet ni saya berjaya kekalkan ia dalam dompet lebih dari duit tahun, sehingga dompet ini rosak.

Memang pepatah mengatakan, simpan sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Berbalik kepada kisah saya ini, kalau simpan duit sikit-sikit, sebenarnya lama-lama masih sikit. Simpan awal bulan, hujung bulan tarik balik duit tu. 

Cara saya untuk selesaikan masalah ini ialah, setiap kali dapat gaji, saya tukar siap-siap duit kepada bentuk emas.

Paling mudah setakat ni ialah dengan akaun emas fizikal GAP. Klik-klik je, dah dapat emas.

Aura emas ni tak sama macam duit.

Bila ada emas, saya tak fikir saya berduit, walau emas itu juga duit. Secara tak langsung, saya boleh elakkan nafsu boros berbelanja bila saya tukar kepada emas.

Emas itu juga duit, cuma dalam bentuk yang lebih baik!

Sekian. Semoga kisah saya ini boleh memberi manfaat.

Hafiz
Tawau, Sabah
6 Mac 2019
29 Jamadil Akhir 1440H

Kredit Foto: Nerdwallet

Artikel Berkaitan

ASB dan Emas Untuk Tahun 2023. Yang mana lebih untung?

Selepas ASB mengumumkan pengagihan keuntungan sebanyak 5.25% tempoh hari, ramai yang telah berkira-kira untuk tukarkan sebahagan keuntungan dividen ASB kepada emas. Dan tak kurang juga yang masih buat perbandingan antara ASB dan emas, mana yang lebih baik untuk tahun 2023. Dalam tempoh setahun. Sebenarnya, perbandingan antara ASB dan emas untuk tempoh setahun adalah satu perbandingan berat sebelah.

Read More

Adakah Sekarang (2024) Waktu Terbaik Untuk Jual Emas?

1 Dinar ni sekarang, harganya RM1400. Saya beli tahun lepas baru sekitar RM1200. Adakah saya jual emas ni sebab dah untung? Tak! Tapi saya tambah lagi simpanan emas saya. Sebab, kalau tukar 1 Dinar emas ni kepada duit (jual emas), ibarat saya downgrade aset saya.Waktu Terbaik Untuk Jual EmasSekarang harga emas antara yang tinggi. Dan sudah

Read More

Elak Miskin Selepas Bersara, Dah Bersedia?

Data dari KWSP, 60% pesara habis wang KWSP selepas 3 hingga 5 tahun sahaja. Ini satu fakta yang mengejutkan. Jadi, selepas dari 5 tahun bersara, ada yang terpaksa bekerja semula demi kelangsungan hidup. Kecuali siapa yang ada sumber income dari duit bersara bulanan macam kakitangan awam. Ataupun, ada juga yang jadikan anak-anak sebagai dana persaraan mereka. Kemana Hilangnya

Read More

Tidak Akan Jatuh Miskin, Bila Ada Emas

Emas kekal bernilai, atau berharga walau apapun bencana ekonomi berlaku. Nilai ringgit jatuh ke, nilai USD jatuh ke, atau sebaliknya berlaku. Nilai emas kekal sama. Memang betul simpan emas ni lambat kaya,  tapi at least, kita tak jatuh miskin secara tiba-tiba.Kuasa Beli Emas, Kuasa Beli Duit KertasDuit kertas sekarang, dicetak tanpa sandaran. Jadi, mana mungkin sekeping

Read More

Berjaya Bayar Hutang RM50k Dalam Masa 3 Tahun

Seorang guru berjaya selesaikan personal loan (hutang peribadi) lebih RM50,000 dalam tempoh cuma 3 tahun, hasil dari simpanan emas. Dengar macam tak logik bukan?Ibarat buat hutang sebiji kereta, dan selesaikan bayaran cuma dalam tempoh 3 tahun, yang biasanya orang lain buat 9 tahun. Bila dah ada ilmu, semua perkara menjadi mudah. Langsaikan hutang dengan tempoh yang singkat mungkin

Read More

Emas Sebagai Simpanan? (Pengalaman Saya)

Emas sebagai simpanan atau pelaburan? Mesti ramai yang keliru. Simpan emas ke melabur emas? Saya bukan pakar dalam kewangan. Saya juga bukan pakar dalam bidang emas. Apatah lah dalam mana-mana pelaburan. Cuma setakat pengalaman saya menyimpan emas sejak dari tahun 2011 hingga sekarang. Ini saya kongsikan tips dan pengalaman saya dari tak tahu langsung tentang emas. Hinggalah saya sekarang

Read More