kuat berusaha

Beribadah Seperti Esok Akan Pergi, Bekerja Seperti Hidup Selamanya

kuat berusaha

Semalam saya mendapat berita tentang kematian seorang sahabat saya yang mengalami kemalangan jalan raya.

Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan berada dalam kalangan orang yang beriman. InsyaAllah.

Beliaulah salah seorang sahabat saya yang selalu mengajak saya dan rakan-rakan sekolah rendah yang lain untuk 'kopi-kopi' apabila saya balik kampung.

Kerja Kuat! Diri Sendiri Yang Mengubah Nasib Kita

Dan paling saya sedih, beliau bakal melangsungkan perkahwinan hujung Mac 2019 ini, dan memang kami merancang untuk buat 'reunion' kecil sambil menyambut majlis kesyukuran beliau.

Tapi jodoh beliau bertemu Allah datang lebih awal.

Saya sangat kagum dengan cara dia bekerja. 8am hingga 5pm sebagai seorang pekerja. Dan selepas itu masa untuk beliau berbisnes.

Jarang jumpa anak muda yang gigih macam beliau sekarang ni. Cari duit sendiri walau ibubapanyanya masih begelar seorang pekerja kerajaan.

Kebanyakan anak muda suka ambil jalan pintas dengan hanya personal loan je bank atau PAMA je.

Banyak juga saya belajar ilmu-ilmu tentang jualan dari arwah, tak lokek ilmu orangnya. 

Allah Suka Orang Yang Berusaha

Nak cakap arwah sudah berjaya dalam bisnes, memang bukan sampai ke tahap tu lagi.

Namun, bagi saya pemergian beliau dalam usaha yang gigih untuk membina masa depan keluarga yang cerah dengan bakal isterinya, ialah satu pemergian yang Allah redhai.

Arwah sudah dikira berjaya (dengan usahanya), dan jujur dalam berniaga.

Seperti yang Nabi SAW sebut. Peniaga yang jujur dan amanah ialah matinya nanti berada dalam kalangan para syuhada.

Jadi, hanya untuk nasihat kepada diri saya sendiri dan sahabat-sahabat yang lain.

Dalam berniaga, bukan impian akhir kita yang paling utama, namun usaha gigih dan buat  benda betul secara sabar itulah matlamat kita berniaga

Wallahuaalam. Semoga bermanfaat. 

Hafiz
Tawau, Sabah
14 Mac 2019
7 Rejab 1440H

Artikel Berkaitan

>