Tip Untuk Orang Yang ‘Super Busy’, Tapi Nak Cari ‘Side Income’

cara buat side income

Siapa yang tak mahu kalau ada 'side income' kan?

Saya ada satu cerita.

Selama dua hari guru emas saya singgah di Tawau, banyak ilmu-ilmu baru yang saya terima. Fuhh, lain macam auranya bila 'kopi-kopi' dengan orang hebat ni.

En Syukor Hashim

Saya dan guru emas saya En Syukor Hashim santai-santai di Sri Titingan sambil saya minta nasihat dan tips daripada beliau.

Antara ilmu mahal yang beliau berkongsi kepada saya ialah ilmu pengurusan masa bagi orang yang super busy, tapi nak cari side income (buat bisnes)

Ilmu Mahal Dari Mahaguru Emas, En Syukor Hashim

Hanya kurang dari 4jam sehari yang membezakan aktiviti orang yang berjaya dan orang yang biasa-biasa.

Kalau kurang percaya. Boleh fahamkan apa yang beliau berkongsi ini.

Kita Semua Ada 24jam Sehari

Tak kisah kita seorang tukang sapu, kita seorang guru, kita seorang jurutera, mahupun kita seorang doktor. 

Allah bagi kita 24jam sehari.

Walau kita memang sibuk sampai tak sempat rehat, atau pura-pura sibuk sekali pun, pengurusan masa itu tetap kita sendiri yang tentukan, bukan orang lain.

Teori Aktiviti 8/24 Jam

Majoriti dari kita yang bekerja makan gaji. Kita ada tiga '8jam setiap hari' :

8jam Pertama 

Masa untuk bekerja, masa ke pejabat untuk dapatkan pendapatan bulanan.

8jam Kedua

Masa untuk rehat, tidur, makan

8jam Ketiga

Waktu inilah yang membezakan antara orang yang berjaya, dan orang yang biasa-biasa.

Apa Yang Orang Berjaya Buat Dalam 8jam Yang Ketiga?

Mesti ada yang perkatakan, driving dah 4jam pergi dan pulang kerja.

Doktor pulak biasanya kerja lebih masa. Ada yang terpaksa kerja lebih masa.

Baiklah.

Tolak semua aktiviti extra tadi, kita masih berbaki 2jam hingga 4jam sehari.

Saya harap, sudah tiada yang bangkang, hakikat sebenar bahawa, kita semua masih ada baki 2jam sehari.

Beza 2jam hingga 4jam sehari inilah masa berbaki untuk korang buat side income!

Orang yang berjaya, mereka akan lakukan dua perkara dalam 2jam yang masih berbaki ini. Iaitu :

(1) Very High Value Activity (2) High Value Activity

Manakala. Orang yang biasa-biasa, mereka suka lakukan 'No Value Activity'.

Aktiviti Yang Bernilai Tinggi Dalam Bisnes Public Gold

Disebabkan saya seorang dealer Public Gold, En Syukor bagi nasihat dari segi kerja seorang dealer Public Gold.

Aktiviti 'Very High Value'

Berkongsi ilmu tentang emas kepada kawan-kawan. Buat posting di FB atau blog. Ajak orang datang seminar atau update apa-apa promosi dari Public Gold.

Aktiviti-aktiviti ini ialah aktiviti yang mendatangkan duit dalam bisnes Public Gold.

Aktiviti 'High Value'

Baca buku-buku ilmiah, datang belajar di seminar atau datang kelas mingguan. Ini dipanggil aktiviti bernilai tinggi sahaja.

Ia tidak mendatangkan duit. Tapi, ia memberi 'vitamin' kepada otak kita.

Aktiviti 'No Value'

Haa. Ni aktiviti yang tak perlu buat waktu 2jam berbaki tu. Aktiviti seperti tengok berita di TV, duduk mengelamun. Itu dikira aktivi tiada nilai. 

Setiap Kita Masih Ada Minimum 2jam Sehari, Manfaatkan Sebaiknya!

Inilah tipsnya. Hanya gunakan 2jam setiap hari, buat aktiviti yang High Value dan Very High Value.

Kalau dari sudut bisnes lain, korang kena tanya orang yang sudah buat bisnes tersebut. 

Kalau anda masih sempat tengok TV, tengok berita-berita terkini tentang politik, sebenarnya anda melambatkan kejayaan anda.

Wallhuallam. Semoga bermanfaat.

Hafiz
Tawau, Sabah
11 February 2019
6 Jamadil Akhir 1440H

Kredit Foto: VAfromEurope
Saya dealer Public Gold yang aktif. Saya memberi nasihat tentang simpanan dan pelaburan emas yang betul tepat dan selamat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *