3 Golongan Yang Perlu Simpan Emas, Untuk Menambahbaik Kedudukan Kewangan

Ini antara pengalaman saya menyimpan emas sejak dari tahun 2011 sehingga sekarang dan juga pengalaman saya berkongsi ilmu tentang emas dengan orang ramai sejak dari tahun 2015. Ramai dah yang saya jumpa. Ada yang baru student, dah mula simpan emas. Ada yang gaji RM10k sebulan, nak simpan emas pun tak mampu, tapi tahu kebaikan simpan emas. Ada juga tersontot dengan skim emas. Ada juga yang menganggap emas tu sebagai sampah kalau harga emasnya tu menurun. Macam-macam golongan yang saya dah jumpa. Namun, inilah 3 golongan utama yang saya rasa paling wajib (tapi tak buat tak berdosa pun HEHE) untuk simpan emas.  

Golongan (1) Kerja dah lebih 5 tahun, tapi simpanan duit sebulan gaji pun belum ada.

Ini kisah benar. Saya pernah jumpa orang yang macam ni. Kenalan saya sendiri. Saya bahasakan namanya Mamat lah. Tak perasan dirinya boros. Nak cakap gaji kecik tak jugak. Setiap bulan gaji masuk lebih 5k. Tapi yang keluarnya (belanja) pulak lebih 5k (Sebab pakai kad kredit) HEHE. Nak cakap boros. Tak lah boros sangat. Bukannya bawak famili pergi melancong oversea sana sini pun. Tapi, Mamat pernah kad kreditnya kena block, dan baki akaun banknya hanya tinggal baki RM1. Semua duit dalam bank ditolak habis. Dan yang paling sedih, pada masa tu. Masih berbaki 14 hari nak tunggu next gaji. Saya pun kesian. Apa yang anak-anak Mamat yang 3 orang masih kecil dan bini seorang tu nak makan? Atas tanda simpati. Kami lah rakan-rakan yang tolong menghulur dulu sebelum dapat gaji. Dalam tengah-tengah sesak macam ni. Boleh pulak Mamat terfikir nak tukar henpon baru dan nak beli cd game ps4? Aduish, ini memang masalah Mamat sendiri. Agak tidak peka dengan status kewangan keluarganya. Kesian anak bini. Sejak dari kes tu, saya rasa sahabat saya Mamat dah cuba belajar simpan duit. Alhamdulillah. Saya pun rasa bersyukur. Mamat macam dah insaf. Tapi, bila-bila dirisik balik. Masih gagal untuk menyimpan. At least RM50 sebulan pun dia tak mampu. Walau gajinya RM lima ribu. Simpan awal bulan, hujung bulan korek balik. Simpan awal tahun sikit-sikit, lama2 masih sikit. Dan akhir sekali, masih gagal simpan duit walau sudah nekad nak baiki kewangan keluarga. Mungkin sebab dah terbiasa tak menyimpan, nak mula memang susah. Jadi, orang macam Mamat ni. Wajib simpan emas! Bukan sebab saya ni dealer emas Public Gold. Tapi, saya pun dulu boros jugak. Tapi tak seteruk Mamat. Saya belajar disiplinkan diri dalam menyimpan, dengan mula simpan emas. Aura emas ni lain macam wehh. Rasa seronok untuk simpan, rasa sayang untuk jual. Ini pengalaman saya sendiri. Bila ada emas. Saya rasa sayang nak jual emas, habis terdesak pun gadai je. Boleh baca tips gadai emas berdasarkan pengalaman saya ni. Bagi saya, simpan emas ni sangat sesuai untuk ubati penyakit boros macam cerita Mamat ni. Saya jamin, bila Mamat mula simpan emas, Mamat tak akan jual emas semata-semata nak beli cd ps4 yang berharga hampir RM300. Kalau duit, fuhh. Konfom habis lagi duit Mamat Yang dah mula simpan emas je akan faham, tentang masalah sayang nak jual emas ni. Bila dah mula dan disiplinkan diri menyimpan emas. InsyAllah nanti nak simpan duit next time kacang saja. Jadi, kalau rasa diri ni boros. Elok mulakan simpan emas. Takyah tunggu lagi. Simpan emas sekarang. Mulakan dulu dengan bajet kecil RM100 pun dah boleh simpan emas. Hanya orang simpan emas je akan faham seronoknya simpan emas untuk disimpan. Alaaa, macam kahwin. Orang yang dah kahwin je tahu seronok nya kahwin kan. Nak cerita tu susah. HEHE.  

Golongan (2) Ada matlamat kewangan jangka masa panjang, seperti nak pergi Haji atau Umrah. Nak beli rumah ke. Atau nak simpan duit untuk pengajian anak di Universiti nanti.

Okey tutup cerita Mamat yang susah nak menyimpan. Ini pula golongan kedua yang harus simpan emas. Kalau kita ada planning nak pergi Haji (yang muslim semestinya ada matlamat macam ni). Simpan duit tu dalam bentuk emas. Nak pergi haji tak pasti lagi bila tahunnya kan? Mungkin 10 atau 20 tabun lagi baru mendapat panggilan. Dari nilai duit kertas tu menyusut sambil kita tunggu giliran Haji, lebih baik selamatkannya dulu dalam bentuk emas. Kajian menunjukkan, kos tunai haji menurun 80% kalau dikira dalam bentuk emas. Namun, jika dikira dari sudut RM, ia ada sedikit menambahan. Jadi, kalau dah bajetkan duit RM400 sebulan, khas untuk duit pergi haji, hanya cukupkan baki minimum untuk melayakkan pergi haji. Selebihnya tukar dalam bentuk emas. Selain itu, bagi ibubapa yang prihatin dengan kos pengajian anak mereka di menara gading nanti. Nak elakkan anak buat pinjaman PTPTN, simpan duit pengajian anak tu dalam bentuk emas mulai dari anak tu kecil lagi. Apabila anak umur 20 tahun (bersamaan 240 bulan), kalau dah simpan 1gram 1bulan, maksudnya anak kita dah ada 240gram emas. Harga 240gram sekarang ni sekitar RM40k. Yess, RM40k memang kos pengajian mahasiswa sekarang ni untuk habiskan degree selama 4 tahun di univerisiti awam. Bila dah sampai waktu. Jual je emas2 tu. Tukar dari emas kepada RM.  

Golongan (3) Sudah ada simpanan selamat iaitu yang melebihi 6 bulan gaji.

Nasihat mentor saya, simpan RM hanya perlu sebanyak 3bulan hingga 6bulan gaji je maksimum. Contoh Mamat. Mamat lain lagi ni. HEHE Mamat punya gaji bulanan RM3k. RM3k ni dah cukup untuk Mamat setiap bulan untuk belanja dan boleh la menyimpan walau RM50 sebulan. Maksimum simpanan Mamat patut ada ialah RM3k darab 6 bulan sahaja. Iaitu RM18k. Selebihnya lebih baik Mamat tukar duit tu kepada hard aset iaitu emas atau hartanah. Robert Kiyosaki kata, rugi simpan duit dalam jumlah yang banyak, kerana nilai RM18k yang Mamat ada sekarang ni tak sama dengan nilai 10tahun lagi. Itu belum dikira lagi dengan masalah ketidaktentuan ekonomi seperti hyperinflasi yang berlaku di Zimbabwe tu. Fuhh, menakutkan. Ada RM sejuta pun boleh jadi pokai serta merta. Kecuali simpan dalam bentuk emas. Selamat. InsyaAllah  

Anda Berada Di Kategori Yang Mana?

Oleh itu, sebelum beli emas. Pastikan dulu apa matlamat kita menyimpan emas. Inilah 3 kategori yang perlu simpan emas. Beli emas bukan sebab ikut-ikut (macam saya awal-awal dulu), tapi biarlah beli emas sebab bermatlamat. Bila beli emas dengan ada ilmu. Harga emas naik kita rasa seronok, sebab barang yang kita beli sudah semakin mahal. Harga emas turun kita akan lebih rasa seronok, sebab boleh beli barang yang mahal dengan harga discount. Namun, bila tidak ada ilmu. Harga emas naik kita rasa menyesal sebab tak beli emas masa harga tengah murah. Harga emas turun pun kita rasa menyesal sebab barang yang kita beli kita rasa dah menjadi semakin murah. Anda di golongan yang mana? Kalau ada dalam salah satu diatas. Cepat mula! InsyAllah saya boleh bantu dengan segera.   Hafiz Tawau, Sabah 6 Julai 2018 Jumaat, 22 Syawal 1439

Artikel Berkaitan

Untung Saham, Tukar Kepada Emas

Encik S, nak tukarkan keuntungan saham sekitar RM70,000 kepada bentuk emas fizikal. Katanya nak secure duit tersebut dalam bentuk aset yang lebih stabil, di zaman ekonomi yang tak menentu sekarang. Itulah cari betul sebenarnya untuk manfaatkan alat kewangan. Emas, saham, wang kertas, ada fungsinya sendiri.Tukarkan Keuntungan Kepada EmasHari ini, ramai yang dah celik emas. Tahu fungsi emas

Read More

Pelaburan Emas Digital Yang Anda Kena Faham

Pelaburan emas syarikat itu ok tak? Pelaburan emas syarikat ini ok tak? Mana yang untung? Beli emas digital atau fizikal? Ini antara soalan yang sering di tanya bagi yang baru nak belajar dan korek ilmu tentang emas. Saya percaya, emas ni banyak selok beloknya, masing-masing ejen atau dealer nak promot produk masing- masing atas nama emas.Emas Digital

Read More

Mas Kahwin Dinar Emas. Ini Cara Dan Tipsnya

Mas kahwin guna dinar emas? Mungkin ini bagi saya dah biasa, sebab saya kenal emas sejak dari tahun 2010 lagi. Dan saya sendiri gunakan 20 Dinar emas, sebagai mas kahwin pada 2014 dahulu. Saya pernah ceritakan dalam artikel saya tentang keistimewaan gunakan emas sebagai mas kahwin sebelum ini. Cuma untuk artikel ini, saya akan kongsikan apa tips dan

Read More

Cara Gandakan Duit Dengan Emas? Wujud ke?

Cara gandakan duit dengan emas? Ada ke? Mesti ramai yang teruja untuk tahu lebih lanju tentang teknik gandakan duit dengan emas ni.  Hmm. Ok sekejap. Sebelum tu. Gandakan duit ni macam mana? Cuba jawab dulu soalan ini kepada diri sendiri? Beli emas, kemudian duit beranak dengan dengan sendiri. Dapat income bulan-bulan? Macam tu? Setakat pengalaman saya dengan emas sejak

Read More

4 Soalan Wajib Tanya Sebelum Mula Simpan Emas

Sebelum mula simpan emas, sebaiknya selesaikan 4 soalan wajib ini terlebih dahulu. Cuba tanya diri sendiri, dan cuba jawab untuk diri sendiri. Nak beli atau simpan emas, jangan ikut-ikut orang, jangan ikut apa yang orang kongsi di media social. Bukan sahaja emas. Apa-apa pelaburan sekali pun. Jangan ikut orang. Ini apa yang mentor saya selalu pesan. Saya pegang prinsip

Read More

Asas Pelaburan Emas Yang Patut Semua Orang Tahu

Nak mulakan pelaburan emas? Ini asas penting sebelum kita memulakan pelaburan emas, supaya kita tidak mudah ditipu oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Baiklah, ada 4 asas utama pelaburan emas iaitu : Asas Pelaburan Emas 1. Mesti Boleh Dapatkan Fizikal2. Beli Harga Rendah Jual Harga Tinggi3. Pelaburan atau Simpanan Emas4. Dapatkan Ilmu Secepat MungkinDapatkan Bimbingan Simpanan Emas

Read More