Aziziyah, bandar yang meriah cuma setahun sekali

Pejam celik pejam celik, sudah masuk hari ke 3 kami di Aziziyah. Setiap hari penuh dengan aktiviti, dari PJH Jay Ibrahim. Setakat rutin sekarang, sekitar 9AM dan lepas solat Asar (4.15PM), kami ada ceramah agama. Ikut modul dari Tabung Haji.

Study week, sebelum hari kemuncak

Aktiviti dekat sini ibarat “study week”. Minggu depan kami bakal menempuh hari yang sangat penting, iaitu waktu wukuf di Arafah. Haji ialah wukuf di Arafah. Tiada wukuf, tiada haji. Jadi sekarang, ibarat “final sprint” sebelum “exam”.

Modul pengisian cukup lengkap. Ikut flow, memudahkan kami untuk faham satu per satu. Ilmu tentang fardhu ain, ilmu kesihatan fizikal dan mental, adab silaturahim. Semuanya kami ulang kaji balik dekat sini.

Setakat hari kedua penuh dekat sini, ilmu tentang manasik haji, belum masuk lagi setakat hari ni. Baru tentang persediaan haji.

Suasana di Aziziyah

Lepas tamat ceramah agama sesi kedua lepas Asar tadi, “ Bang, jom pi cari kopi “, saya macam berat hati nak keluar, sebab baru saja petugas kesihatan TH pesan, kurangkan aktiviti luar tadi. 

Tapi bila wife saya cakap, “Kita kena biasakan cuaca luar juga, tak boleh tak kena matahari langsung”…Hahh..Saya terus bersemangat. Ok jom. Saya terus pi siap-siap. Pakai topi, pakai lotion, sun block. Untuk elak kekerigan kulit.

Misi kami pertama, nak cari kopi. Dapat latte pun jadi. Jadi, saya buka maps. Dari dalam hotel lagi, bila keluar. Lahh, tak lah panas macam malam semalam. Petang hari ni sangatlah tenang. 

Jalan dalam 15 minit sahaja, dah jumpa macam-macam kedai makan. Saya dan wife ni, kalau travel oversea, memamg suka pergi tengok suasana di sekitar hotel. Suka tengok masyarkat setempat.

Saya dan wife fikir, takda waktu lain dah kita nak kenal Aziziyah. Hanya waktu haji juga. Datang buat umrah pun, tak akan menetap dekat Azizyah. Jadi, kami ambil peluang brisk walk area sini, sambil nikmati shawarma. Alhamdulillah. Seronok dekat Azizyah. Suasana baru.

Baru explore suku dari Aziziyah. Esok petang, kalau ada masa, cuaca tak terlalu terik. Kami pergi explore bahagian lain pulak.

Hafiz Shafie
Aziziyah, Makkah
20 Mei 2026M
3 Zulhijjah 1447H

Artikel Berkaitan

Nak pergi Haji dengan PJH atau Muasasah?

Syukur kepada Allah, saya dijemput oleh Allah untuk tunaikan haji untuk tahun 1447H atau 2026M. Waktu saya dapat surat jemputan dari pihak Tabung Haji, hati terus rasa berdebar-debar.  Macam-macam dalam fikiran. Saving cukup ke? Tanah nak kena jual ke? Berapa banyak emas nak kena gadai atau jual? Persoalan yang juga bermain dalam fikiran saya, nak pergi dengan

Read More

2 perkara penting untuk bakal Haji

Tak kira apa level kita. B40, M40 atau T20, apabila dapat surat tawaran Haji (P1), untuk terima surat tawaran tersebut, kita mesti lulus ujian kesihatan, dan sediakan duit secukupnya dengan segera. Itulah realiti sebenar, bagi semua jemaah haji. Jadi, yang muslim, perlu ingat tentang dua perkara ini.ASB, Emas dan Tanah?Saya nak cerita pengalaman saya tahun lepas.

Read More

Hajimoon, feeling macam baru kahwin dulu

Gelak besar satu bilik…. ” Malam ni kita ada brisk walk lepas isyak, jadi kena makan siap-siap lepas magrib”, kata seorang rakan sebilik, Abg K. ” Oh yeke, nak kena bagitau wife siap-siap ni kalau nak makan awal, nanti tak pasal-pasal muncung mulut time night walk”, jawab Abg N. ” Ya, betul. Kena bagitau….Kalau tak….Habis”, tambah Abg K. Haa?

Read More

Berangkat ke Aziziyah, persiapan manasik Haji

Semalam 1 Zulhijjah, kami semua mula berangkat ke Aziziyah. Dan majoriti, jemaah PJH akan berada di sini selama 15 hari, dari 1 Zulhijjah sampailah 15 Zulhijjah. Aziziyah masih tanah haram. Maksudnya, setiap amalan yang kita buat dekat sini, pahalanya 100,000 kali ganda. Sama juga dengan pahala di Masjidil Haram.Tinggal sekejap Masjdil HaramHari terakhir di Masjidil Haram

Read More

Terima kad jemputan sebagai tetamu VVIP Allah (Throwback)

29 Oktober 2025, saya dapat SMS dari Tabung Haji, minta saya semak THijari untuk surat tawaran haji. Hati saya bercampur gembira, dapat surat panggilan haji, dan juga timbul sedikit ketidakselesaan. Dalam masa sama, otak saya terus fikir tentang macam mana nak  buat rayuan untuk wife, macam mana nak tinggalkan keluarga, mana duit saya cari untuk buat

Read More

7jam dalam bas, ujian pertama di tanah suci

6AM, 15 Mei kami semua Jemaah Haji KT88B, mendarat di Airport Jeddah. Keluar sahaja dari kapal, terus masuk ke kastam sekejap untuk cek hand carry, dan kami terus beratur masuk bas. Selepas memalui dua check point,  setiap jemaah mesti tunjuk kad nusuk kepada pihak polis untuk di scan. Semuanya berjalan lancar. Alhamdulillah.Dah dekat sangat dahSekitar 11am

Read More