Whatsapp Down! Satu Pengajaran Buat Usahawan

Whatsapp, Facebook, Instagram down, ini pengajaran penting untuk saya sebagai seorang usahawan.

Artikel kali ini mungkin sesuai untuk anda yang bergelar seorang usahawan, yang bukan usahawan pun boleh baca.

Sewaktu Kejadian, Whatsapp Down

Saya memang jenis tidur awal kalau tiada apa-apa meeting, seminar atau urusan untuk kerja.

10.30pm saya dah tidur.

Dan sekitar 4.30am hingga ke 5am, saya dah terjaga. 

Kalau tak sempat nak merancang apa aktiviti pagi tu, biasanya saya duduk depan komputer, dan adalah kerja nak buat. Banyak je.

Macam biasa,

Bila waktu pagi, sebelum mandi. On wifi dulu, dan cek phone kalau batery dah low. Prepare tool kerja dulu, dan terus persiapkan diri, mandi dan solat sekejap 2 rakaat.

Sama seperti orang lain,

Saya juga salah seorang yang restart wifi, restart henpon, dan siap shut down phone lagi. Haha.

Dan, semuanya tidak berhasil.

Saya cuba try test hantar wassap kepada isteri saya, dan masih tak dapat nak sent, tak keluar tanda 'right'.

Sebab malas sangat nak layan.

Saya terus cas saja phone. Dan buka saya punya blog, update yang mana patut. Sambil proses nak login blog, saya rasa pelik, youtube ok pulak. Laju je, tetapi kenapa watsap tak ok?

Masa tu saya dah syak, memang watsap yang problem ni. Bukan unifi saya yang problem.

Iktibar Bari Orang Bisnes

Hampir setiap hari, setiap jam memang saya akan buka wassap. 

Bahkan, ada beberapa maklumat penting pun saya buat group khas saya dan isteri, saya simpan di dalam wassap group tersebut.

Perkara yang paling saya risau ialah data-data tersebut. Data LHDN saya, semuanya saya simpan dalam group wassap.

Soal bab maklumat penyimpan emas, saya kurang risau sangat, sebab saya dah sediakan telegram untuk mereka.

Atau, nombor phone masih saya tersimpan dengan rapi.

Tapi, saya pun sendiri tak tahu siapa penyimpan emas saya, sebab dekat wassap tu saya guna wassap bisnes yang boleh buat labelling.

Dan bila dah sedar semua tool yang Mak Zuki bagi kepada kita tengah down seperti Facebook dan juga Instagram, saya duk terfikir, bagu juga saya ni bukan hanya bergantung kepada environment Mak Zuki.

Platform saya guna lebih kepada blog dan telegram.

Ini pengajaran buat saya sebagai orang bisnes. Jangan bergantung kepada 1 soc med sahaja.

Perlu ada beberapa branding di soc med lain juga, sebab kita tidak tahu, sampai bila Mak Zuki 'on pc dia'.

Sebaiknya, buat juga backup seperti ada Youtube dan atau Blog.

Begitulah

Hafiz
Kota Bharu, Kelantan
6 October 2021

Artikel Berkaitan

Buat Bisnes Santai Atau Agresif. Yang Mana Senang?

Saya terbaca satu artikel dari mentor saya tentang, buat bisnes santai-santai, dan buat bisnes secara agresif, yang mana lebih penat? Apa yang terlintas dalam hati saya untuk kali pertama, sudah pasti agresif tu lebih penat. Tapi, bila saya fikir balik, buat santai-santai tu penatnya lebih lama sebenarnya. Ini adalah kisah dan pengalaman saya yang sudah lebih 7

Read More

Cara Mengatasi Sikap Mudah Berputus Asa

Mudah sangat berputus asa? Artikel kali ini mungkin sesuai untuk anda yang mencari cara mengatasi sikap mudah berputus asa. Anda pernah tak begini? Buat bisnes A, baru buat dua tiga bulan, pastu stop. Tak lama lepas tu, buat bisnes B pulak. Pun sama. Stop juga.=) Biasa kita dengar tentang “Big Why Big Why Big Why”? Betul tak? Mesti biasa

Read More

Kata-kata Semangat Untuk Diri Sendiri Ini, Ubah Saya 360darjah

Saya terima kata-kata semangat untuk diri saya sendiri ini 5 tahun lalu, dan ia mampu mengubah diri saya 360darjah. Pernah tak kita rasa terlalu selesa dengan kehidupan sekarang, ada kerja stabil, sudah berkahwin, ada rumah yang selesa.  Hmm. Cuba fikir kejap. Pejam mata. Tenang-tenang dalam 10 saat. Pernah? Kemudian, dalam masa yang sama kita akan rasa seperti tidak ada

Read More

Tips Buka Akaun Semasa Maybank. 30 Minit Siap! Tak Perlu Beratur Panjang

Selesai juga urusan saya buka akaun semasa Maybank semalam. Memang dah lama nak buka, tetapi tertangguh-tangguh asbab PKP PKP PKPPPP tak habis-habis. Salah satu sebab tertangguh tu ialah sebab saya ada pengalaman yang kurang baik semasa buka akaun semasa SOTONG pada tahun lepas. Dan saya pilih bank SOTONG sebab kawan saya bagitau bank SOTONG paling murah kos

Read More