Buat Bisnes Santai atau Agresif

Buat Bisnes Santai Atau Agresif

Saya terbaca satu artikel dari mentor saya tentang, buat bisnes santai-santai, dan buat bisnes secara agresif, yang mana lebih penat?

Apa yang terlintas dalam hati saya untuk kali pertama, sudah pasti agresif tu lebih penat. Tapi, bila saya fikir balik, buat santai-santai tu penatnya lebih lama sebenarnya.

Ini adalah kisah dan pengalaman saya yang sudah lebih 7 tahun dalam bisnes Public Gold. Dan perkongsian saya dalam artikel ini sudah pasti berkisarkan tentang bisnes Public Gold.

Buat Setiap Hari, atau Seminggu Sekali

Bagi yang belajar dalam PG1S, kita akan belajar tentang topik 5 Night, iaitu 5 malam. Kenapa kita panggil 5 malam?

Kenapa tak dua malam? 5 malam maksudnya, kita buat bisnes setiap hari, selama 5 malam seminggu. Barulah ada kesan yang besar dan cepat ke dalam bisnes kita.

Cuba kalau kita buat 2 malam sahaja, dan lagi 5 malam kita rehat. Santai-santai tengok TV, tak fikir apa pasal bisnes?

2 malam buat bisnes, 5 malam tengok TV. Dan nak sambung balik 2 malam yang seterusnya, sudah pasti kita akan rasa berat.

Ibarat nak start awal balik. Bila dah berat, comfirm kita akan rasa penat! Ini baru cerita kalau kita rehat 5 hari, kalau rehat 10 hari? Rehat 30 hari? Baik tak perlu buat bisnes! Membazir masa sahaja.

Penat Sekejap, Atau Lama?

Cuba fikir balik, kenapa kita mula dulu? Adakah jalan yang kita pilih ini kita yakin boleh capai impian kita? Atau ada jalan lain yang lebih baik?

Kalau melalui bisnes Public Gold adalah jalan yang betul untuk capai impian, letak target, dan jalan terus saja.

Jangan berhenti-henti.

Banyak berhenti, kita akan penat. Sebab destinasi kita tak sampai-sampai. Buat sekejap berhenti, nak start balik ibarat kena mula balik dari gear 1.

Sebab tu saya jumpa dah ramai, siapa yang "berehat" dalam bisnes Public Gold, lepas beberapa bulan bila dia nak start balik.

1) Berat nak mula, nak catch up balik dari awal.

2) Tengok kawan-kawan lain dah ke depan dari kita.

Sebab tu saya selalu pesan dekat team saya, kalau tak serius buat bisnes Public Gold, tak perlu buat.

Jangan bazirkan masa dan tenaga dengan cara buat secara santai. Sebab santai selalu tak sampai. Dalam Public Gold, yang laju hanya sampai. Bukan santai tapi sampai.

Hafiz
Kota Bharu
30 November 23

Artikel Berkaitan

>