Cara Mengatasi Sikap Mudah Putus Asa

Cara Mengatasi Sikap Mudah Berputus Asa

Mudah sangat berputus asa? Artikel kali ini mungkin sesuai untuk anda yang mencari cara mengatasi sikap mudah berputus asa.

Anda pernah tak begini?

Buat bisnes A, baru buat dua tiga bulan, pastu stop. Tak lama lepas tu, buat bisnes B pulak. Pun sama. Stop juga.=)

Biasa kita dengar tentang "Big Why Big Why Big Why"? Betul tak?

Mesti biasa dengar kan?

Bila rasa down, ingat balik kenapa kita mula dulu? Haha. Motivasi begini dah biasa. Perkara normal.

Bersepah di media social!

Pastu, teringat balik big why, buat balik bisnes. Pastu stop. Masuk balik zone selesa sama seperti sebelum ini.

Dan proses ini diulang-ulang, sampai lah kita masih di takuk yang sama. Walaupun dah 10 tahun mencuba bisnes itu dan bisnes ini.

Cara Mengatasi Sikap Mudah Berputus Asa

Saya tak tahu pun sebelum ini, cuma apa yang mentor saya selalu pesan ialah, kunci membina kekayaan ialah bukan tentang membina poket, tetapi membina diri.

Membina diri?

Macam mana tu? Saya tak dapat nak imagine, dan tak dapat juga nak untuk berfikir sewaktu saya mulakan bisnes pada 2016 dahulu.

Untuk faham perkara ini,

Saya ambil masa bertahun-tahun juga. Cuma saya ambil sikap buat dulu, faham kemudian. Apa yang mentor saya pesan, saya buat, buat, buat, buat dan buat sahaja.

Duit? Income? Insentif dari bisnes. Saya tak peduli.

Sebab saya ada kerja hakiki saya sebelum itu, iaitu seorang jurutera kilang kelapa sawit. 

Apa yang mentor suruh buat? Ini antaranya:

1. Baca buku non fiction

2. Memilih dalam berkawan

3. Buat apa sahaja yang membantu saya close sale.

4. Ikuti semua program yang diadakan

Akhir sekali,

Saya rasa, saya tak pernah pun rasa berputus asa dalam menjalankan bisnes. Saya lalui proces membina diri yang dipaksa oleh mentor 3 tahun pertama dalam bisnes.

Saya tak fokus kepada result = income.

Kalau saya fikir pasal income, tahun pertama dalam bisnes, RM100 sebulan je? Adehh. Tak berbaloi.

Sudah pasti saya give up.

RM100 sebulan ini, kalau makcik jual nasi lemak tahu pun mereka boleh gelakkan saya.

Result vs Identity

Saya terbaca satu buku ini.

Buku tentang habit. Saya tak ingat bab apa, tetapi tajuk kecilnya berkaitan outcome dan identity.

Antara sebab ramai orang yang kecewa dalam berusaha untuk capai impian ialah mereka fokus kepada outcome, bukan fokus kepada mencapai identity baru.

Tak faham?  Saya bagi contoh :

Fokus untuk menjadi seorang pembaca buku, bukan sekadar membaca buku.

Fokus untuk menjadi seorang runner, bukan sekadar untuk join marathon.

Dapat tak apa yang saya cuba sampaikan?

Dalam bisnes pulak. Saya pasti, semua orang buat bisnes akhirnya matlamat mereka nak kaya (berduit) dan ada kebebasan masa.

Iaitu, financial freedom.

Saya tak tahu lah kalau anda buat bisnes sebab apa. Kot-kot ada sebab lain.

Kalau kita hanya fokus result (insentif atau income). Dapat rejection dua tiga kali, dahh. Kita pun cakap, buat bisnes ini tak jadi. Tak ada orang nak beli produk kita.

Walhal, 

Kita masih belum lagi berusaha, dan bekerja seperti orang yang dah berjaya sekarang, sewaktu mereka belum mencapai apa yang mereka sudah capai sekarang.

Betul tak?

Process beruasaha itu, adalah process untuk mengubah identity kita yang sekarang, kepada identity orang berjaya.

Dan kita perlu ingat.

Rasa Berputus Asa? Rome

Nak ubah identity, bukan ambil masa sehari. Bukan ambil masa sebulan. Tetapi ia mungkin bertahun-tahun. 

Kita ulang-ulang perkara yang mengubah identiti. Kita ulang habit baru yang baik dalam diri kita.

Akhir sekali, barulah kita capai matlamat kita terhadap sesuatu perkara tersebut.

Saya pun pelik, bila saya search dekat google, ramai yang cari tentang kata-kata semangat

Haha. Sekarang kalau takda semangat pun boleh google eh>

Begitulah

Hafiz
Kota Bharu, Kelantan
17 Oktober 2021

Artikel Berkaitan

>