Kata-kata Semangat Untuk Diri Sendir

Kata-kata Semangat Untuk Diri Sendiri Ini, Ubah Saya 360darjah

Saya terima kata-kata semangat untuk diri saya sendiri ini 5 tahun lalu, dan ia mampu mengubah diri saya 360darjah.

Pernah tak kita rasa terlalu selesa dengan kehidupan sekarang, ada kerja stabil, sudah berkahwin, ada rumah yang selesa. 

Hmm.

Cuba fikir kejap. Pejam mata. Tenang-tenang dalam 10 saat. Pernah?

Kemudian, dalam masa yang sama kita akan rasa seperti tidak ada motivasi lagi untuk terus bekerja keras untuk berjaya?

Pergi kerja pun rasa macam terpaksa.

Bukan tak seronok, bukan bermusuh dengan rakan pejabat, tetapi bila sudah buat kerja yang sama lebih dari 5 tahun, akan tiba satu tahap, kita rasa bosan, dan ingin buat kerja baru yang lain lagi.

Betul tak?

Sebelum dapat kerja,

Kita sanggup hantar 100 resume kepada 100 syarikat berbeza. 10 syarikat panggil temuduga, dan kita dapat 1 syarikat. Dan kita kekal di syarikat yang sama sejak 5-10 tahun lepas.

Sampai satu tahap.

Kita rasa rutin sama ini tak best. Walau kita dikategorikan sebagai 'selesa'.

Saya pernah rasa begini sebelum ini. Kalau anda pun pernah rasa, nanti boleh kongsikan di ruang komen.

Cerita saya pula macam ini....

Satu Kata-kata Semangat Yang Ringkas

Ada satu ketika, saya ke rumah abang saya (juga mentor saya dalam bisnes), pada ketika itu beliau sudah capai tahap bebas kewangan (tak kerja ada duit).

Beliau tanya saya,

" Hafiz seronok tak kerja sekarang? Kalau Hafiz nak tahu macam mana Hafiz 5 tahun lagi, Hafiz tengok senior Hafiz sekarang"

" Begitulah Hafiz nanti, kalau rasa best kehidupan macam dia, follow dia. Kalau tak best, cari orang lain yang Hafiz rasa best untuk follow"

Fuhh. Ringkas. Padu, dan padat.

Inilah saat saya fikir balik tentang masa, duit dan tanggunjawab saya terhadap keluarga.

Yang saya rasa selesa sebelum ini. Yang saya rasa saya sudah capai tahap untuk 'bermalas-malasan' rupanya, saya cuma tipu diri saya sendiri sahaja.

Kita tak perlu pun sebenarnya kata-kata semangat untuk diri sendiri. Cukup sekadar kita tahu apa matlamat hidup kita.

Tahun pertama kerja.

Semua benda seronok. Belajar benda baru. Belajar buat perkara baru. Jumpa kawan baru. 

Dan, tahun pertama juga.

Bos akan anggap kita ni sebagai training lagi. Buat silap tak kena marah, buat silap bos ok ok je lagi.

Nak tahu siapa kita akan datang, bagaimana kita akan datang, kita tengok siapa senior kita sekarang. Itu je. Cukup mudah.

Kalau tak happy dengan kehidupan senior kita. Cari seseorang. Cari orang lain untuk kita follow.

Mula Nekad Menjadi 'Best Version of Me'

Dari situlah, saya mula nekad untuk berubah. Ubah dari zone selesa saya, keluar menjadi Hafiz versi yang terbaik.

Kalau sebelum itu,

Waktu lapang, saya tengok TV, saya tukar waktu tengok TV kepada baca buku.

Kalau sebelum itu,

Saya suka habiskan masa di shopping mall, saya tukar kepada improve skill menulis dan improve skill bisnes.

Kalau sebelum itu,

Asalkan kawan ajak lepak je, saya terus ON dan habiskan masa berjam-jam di kedai mamak. Saya terpaksa tolak, saya spend quality time untuk keluarga.

Proses untuk berubah ini bukan sekelip mata, bukan ambil masa sebulan, tetapi ia perlukan masa yang lama, dan sentiasa ulang-ulang kerja baru, sehingga ia menjadi satu habit.

Dan bila ia sudah menjadi habit,

Kita akan membuat perkara yang lebih baik. Habiskan masa untuk menjadi yang terbaik. Dan akhir sekali, kita akan berubah, dari kita yang lama, kepada kita yang baru.

Buat Bisnes Tiada Hasil, Tetapi...

Bila saya dah mula mengubah diri.

Saya nekad untuk keluar dari kerja makan gaji, menjadi seorang pemilik bisnes 5 tahun dari detik itu.

Saya dapati,

3 tahun pertama saya buat bisnes. Tiada hasil. Income bisnes bukan lagi RM0, bahkan kalau dikira, tolak campur darab bahagi, mungkin income bisnes saya negatif.

Mujur saya masih ada income makan gaji ketika itu.

Rasa nak give up?

Memang ada rasa. Tapi bila difikirkan balik. Dalam 3 tahun pertama membina bisnes, dari sudut skill dan tabiat saya sudah berubah.

Kalau dulu, nak bercakap di depan orang pun memang bergegar lutut, sekarang saya dah mampu bercakap didalam dewan yang mempunyai 100 peserta.

Kalau dulu nak menulis satu posting di facebook pun memakan masa 3 hari untuk siapakan satu posting.

Sekarang,

Nak menulis satu artikel blog satu hari pun takda masalah. Kacang je rasa.

Untuk kawan-kawan yang baru nak bina bisnes. Mentor saya selalu pesan, buat sahaja perkara betul dengan sabar. InsyaAllah ada hasilnya.

Saya ambil masa berapa lama?

Saya ambil masa hingga 5 tahun barulah boleh nikmati income bisnes 5angka sebulan.

Bukan nya setahun pertama. Tapi 5 tahun!

3 tahun pertama saya dalam fasa prosess membina diri. Fasa untuk berdikara tanpa perlu ada kata-kata semangat dari faktor luar.

Begitulah

Hafiz
Kota Bharu, Kelantan
12 Oktober 2021

Artikel Berkaitan

>