Pernah saya bersembang dengan seseorang yang berjawatan agak tinggi dalam sebuah syarikat GLC. Beliau memegang jawatan sebagai pengurus kanan.
Pengalaman kerja pun dah hampir 20 tahun.
Walaupun pangkat tinggi, gajinya lebih RM20k sebulan, beliau sangat tertekan dengan tugas yang dipikulnya sekarang.
“ Susah kerja macam ni, bagus jadi cikgu lagi senang “ keluh beliau, ( isterinya merupakan seorang guru).Saya hanya angguk-angguk je. Dan tak juga begitu setuju dengan keluhannya.
Semakin Tinggi Gaji, Semakin Tinggi Tanggungjawab
Inilah hakikat yang sebenar, ramai yang cari kerja dengan bermatlamat, semakin tahun, semakin banyak gaji.
Kalau masih dengan syarikat yang sama pun, dengan harapan tahun depan dapat kenaikan pangkat (sekali gus kenaikan gaji).
Akhir sekali, hanya fokus kepada gaji yang banyak, lepas 20tahun kerja barulah sedar bahawa sudah tersalah langkah.
Nak undur, dah tak boleh. Kecuali memiliki income pasif yang lain.
Dan sejak itu, saya mula nekad untuk keluar dari comfort zone saya.
Wajib Ada Beberapa Income Sendiri
Alhamdulillah, saya sekarang dalam process membina beberapa pasif income yang kukuh.
Setiap 27hb, saya dapat gaji kerja jurutera. Setiap 9hb saya dapat gaji hasil dari duit sewa rumah. Setiap 20hb saya dapat gaji hasil dari ajar orang simpan emas.
Kena tekan macam mana ditempat kerja, saya tak begitu stress. Saya buat aje kerja saya macam biasa, tak perlu K.B.J boss.
(K = Kipas, B = Bodek, J = Jilat)
Boss tak naikkan pangkat. Saya tak kesah sangat! Saya pergi kerja dengan keadaan happy sahaja.
Begitulah. Semoga bermanfaat.