Nabi yang kaya memang ada. Yang kita selalu dengar ialah sudah pasti Nabi Sulaiman AS.
Kisah Nabi Sulaiman yang memiliki harta kekayaan yang banyak, sehingga tidak terkira jumlahnya kalau ingin dikira.
Namun, kita jarang dengar pula kisah kekayaan Nabi kita, Nabi Muhammad SAW. Yang kita selalu dengar, Nabi Muhammad miskin, sampai ke ikat batu di perut untuk tahan lapar.
Nabi Muhammad Pernah Miskin, dan Pernah Kaya
Ya betul. Memang Nabi Muhammad pernah kaya, pernah miskin dan juga pernah berada dalam keadaan pertengahan.
Keadaan pertengahan ini bermaksud tidak kaya dan tidak miskin.
Yang kita selalu dengar Nabi SAW miskin tu sebenarnya, sewaktu awal penghijrahan ke Madinah.
Sebab baginda dan para sahabat, terpaksa tinggalkan segala harta di Mekkah dan membina kehidupan baru, membina kekuatan di Madinah.
Nabi Muhammad dan Perniagaan
Baginda mula berniaga, mula bekerja sejak seawal usia 12 tahun. Pada usia muda itu, baginda sudah belajar berniaga dan bekerja dengan bapa saudaranya.
Sehingga pada usia 17 tahun, dikatakan bahawa baginda sudah ada bisnes sendiri, dan sudah mendapat kepercayaan oleh hartawan-hartawan dari penduduk Makkah untuk berdagang hingga ke bumi Syam.
Salah satu contohnya ialah, baginda juga mendapat suntikan modal dari Siti Khadijah untuk menjalankan perniagaan dengan kaedah 'profit sharing'.
Ketika usia baginda 25 tahun, baginda sudah mencapai status jutawan dan bebas kewangan!
Bukti Kekayaan Baginda Nabi
Antara kekayaan Nabi Muhd SAW sebelum kenabian adalah :
1. Jumlah mahar yang dibayar kepada Siti Khadijah ialah sebanyak 20 ekor unta muda.
Jom kita kira, berapa nilai 20 ekor unta.
Andaikata, seekor lembu sihat sekarang di Malaysia ialah RM5000 (minimum). RM5000 x 20 bersamaan RM100,000.
Tapi ni harga lembu. Kalau unta?
Fuhh. Kalau di Malaysia, seorang anak muda yang memberikan mahar RM100k kepada isteri? Kaya ke miskin?
2. Diceritakan bahawa lebih 1500 ekor unta dibahagikan kepada kaum Quraisy sesudah perang Hunain.
3. Suatu ketika, datang seseorang kepada baginda, dan meminta sesuatu. Baginda memberikan kambing yang banyak sampain memenuhi jalan antara dua bukit.
4. Muhammad dikhabarkan menerima 90k dirham. Dan wang itu diletakkan dalam tikar sahaja. Baginda memberi kepada sesiapa yang meminta, tanpa menolak, sehingga wang itu habis.
5. Pernah menerima hadiah berupa 100 Dinar emas dari penguasa mesir atas dasar persahabatan dan hubungan diplomatik.
Selain bisnes, baginda juga banyak menerima hadiah dari sahabat-sahabat baginda.
Haa.
Begitulah. Nabi kita pernah kaya!
Cuma baginda tidak letakkan kekayaan itu di dalam hati.