Rahsia Untuk Berjaya

Apa Rahsia Untuk Berjaya? Nampak Macam Mudah Je?

Rahsia untuk berjaya?

Tak kesah dari bidang apa sekali pun. Tidak ada lain nya kita cuma tiru apa yang orang dah berjaya buat.

"Saya dah tiru 100%, tapi kenapa tak berjaya macam dia?"

Cuma, kadang-kadang.

Kita nampak apa yang mereka buat dari sudut luaran. Setakat apa yang kita tengok dari SocMed dia, dari ucapan dia. Tapi, kita tak faham seperti mana yang dia faham.

Tiru Dan Faham Apa Mereka Buat

Sebagai contoh,

Waktu tengah beratur keluarkan duit dari ATM, orang depan kita masukkan 'pin' akaun dia. Kita cuma nampak dari screen ******.

Kita pun pergi curi kad ATM dia, dan masukkan pin ******. Comfirm tak jadi. Walaupun kita rasa kita buat perkara sama.

Bila saya terima pertanyaan dari dealer2 dibawah bimbingan saya. Saya teringat balik saya 5 tahun lepas, sama macam mereka!

Buat yang terbaik, tiru apa yang mereka mentor buat. Tapi, 3 tahun pertama saya bina bisnes hampir tiada result! Income yang diterima cuma lebih kurang RM300 sebulan.

Itu normal.

Anggaplah 10 Tahun Pertama Fasa Latihan

Sebab fasa kita belajar.

Saya percaya, dealer2 saya yang dah buat bisnes dengan cara yang betul. Dan selalu keep in touch dengan saya, mereka akan dapat apa yang saya dapat sekarang.

Dengan lebih cepat dan pantas!

Kuncinya = Nak berjaya, tiru orang yang dah capai yang kita nak. Buat apa yang mereka nasihat!

Kejayaan akan pasti datang.

Ia cuma persoalan masa.

Hafiz Shafie
KLIA 2
18 October 2022

Artikel Berkaitan

>