Saya mula kenal Public Gold dari tahun 2011. Tahun ini (September 2021) kira-kira saya dah 10 tahun ada pengalaman simpan emas Public Gold.
Hari ini, saya dijemput untuk ikuti PG Bussines Conference bersama founder Public Gold, Dato Wira Louis Ng.
Antara yang dijemput bersama ikuti zoom ini ialah founder Master Dealer aktif Public Gold yang lain sekali.
Program ini khas untuk semua lebih 600k pelanggan Public Gold di seluruh Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei.
Untuk ikuti ulangan penuh tadi, boleh terus tonton di Youtube Video di bawah.
Saya bukan nak ulas panjang tentang content conference tadi. Tapi saya nak kongsikan pengalaman saya dah 10 tahun bersama Public Gold.
Untuk bacaan lebih pantas, boleh terus klik 'Table of Contents' dibawah :
Pengalaman 10 Tahun Menyimpan Emas Public Gold
Masuk tahun 2021 ini,
Saya sudah masuk tahun ke 10 saya menjadi seorang penyimpan emas Public Gold.
Banyak perubahan yang berlaku dalam Public Gold.
Dari sudut sistem jual beli yang memudahkan masyarakat menyimpan emas, malah dari sudut memudahkan masyarakat marhean seperti saya untuk menjana income sambil menyimpan emas Public Gold.
Saya ingat lagi dulu,
Masa mula saya menyimpan emas, item paling kecil ialah 1 Dinar 916 (sekarang Public Gold tidak keluarkan lagi).
Nak beli emas, memang rumit. Ejen tolong orderkan (lock harga) by call kepada staff Public Gold.
Baru lah saya sebagai penyimpan emas kena bank in duit dan berkepada ejen.
Sekarang?
Wahh. Cukup mudah. 5 Minit je boleh siap semua itu. Ini cara beli emas Public Gold 2021. Dan kita hanya tunggu emas tu sampai di rumah dengan tenang.
Semakin Hari Semakin Baik
Semakin hari, semakin baik. Dalam 10 tahun, tak pernah ada satu zaman yang Public Gold tidak hadapi masalah.
Namun...
Yang penting, semua yang beli emas, mesti dapat emas. Tidak ada rekod Public Gold tipu customer dari mula ditubuhkan tahun 2008 hingga tahun 2021.
Setiap masalah yang dihadapi, membuatkan Public Gold bertambah baik, tambah baik dan tambah baik.
" Bisnes ini bukan saya punya, tapi bisnes ini kita semua punya " - Dato Wira Louis Ng (Sept, 2021)
Dan Public Gold janji akan berikan yang terbaik untuk pelanggan mereka.
Saya ingat lagi.
Saya menjadi seorang dealer Public Gold yang aktif sejak dari tahun 2016. Pada ketika itu, nak daftarkan customer pun kena hubungi staff.
Kalau branch tersebut terlalu ramai customer staff perlu handle. Pendek kata, just untuk buat belian emas GAP, perlu ambil ambik masa 2 3 har juga lah baru boleh beli emas GAP untuk customer baru.
Sekarang?
Aduih. Mudah sangat. 5 Minit dah selesai. Tekan-tekan. Terus gram emas kita di process. Kalau nak keluarkan emas. Esok lusa terus boleh klik withdraw emas, dan emas tersebut sampai di rumah kita.
Update Terbaru Tentang Public Gold
Sempena conference tadi. Public Gold umumkan beberapa tools dan sistem baru khas untuk 600k penyimpan emas Public Gold.
Antaranya :
(1) Help Ticket (PG Customer Service)
Jika sebelum ini, untuk dapatkan update tentang tracking emas, atau untuk selesaikan apa masalah.
Kita hanya boleh minta bantuan staff.
Seperti yang saya beritahu, kebiasaanya staff akan ambil masa mungkin 1 atau 2 hari baru reply.
Dengan help ticket sistem ini,
Sebagai penyimpan emas, kita boleh hubungi Wassap PG Customer Service atau Help Ticket, dan akan mendapat respond yang pantas dari introducer atau upline Founder Master Dealer masing-masing.
(2) New Info Dalam My Account
Dekat My Account. Andaikata Introducer anda tidak aktif, anda boleh dapatkan contact number upline active Master Dealer anda secara terus.
Jika ada apa-apa perlukan bantuan atau persoalan tentang Public Gold.
(3) Gold In Transit (GIT)
Sistem GIT Public Gold ditambah baik. Dan penyimpan emas akan terima tracking number dalam masa 3 hari bekerja sahaja.
Dan emas tersebut akan dihantar oleh courier service dalam masa 15 hari bekerja.
Dan Public Gold beri jaminan untuk keselamatan emas yang di pos dengan insuran sebanyak RM5k.
(4) PG Apps - Coming Soon
Dalam masa terdekat, Public Gold akan keluarkan apps untuk memudahkan penyimpan emas membuat urusan jual beli emas secara atas talian.
Jika apps sebelum ini khas untuk GSAP sahaja, namun untuk kali ini. Apps khas untuk Public Gold.
Jika saya sebelum ini dah terbiasa guna website, sebab fungsinya lebih banyak berbanding GSAP Apps.
Namun dalam masa tedekat. Kita akan lebih mudah dengan menggunakan apps yang bakal dilancarkan nanti.
Peluang Jana Income RM5k Sebulan
Saya boleh katakan, ini adalah peluang untuk anda memulakan langkah pertama untuk menjadi salah seorang Master Dealer dalam G100 Network.
G100 Network meletakkan target untuk melahirkan 1000 Master Dealer sebelum tahun 2024.
Anda boleh menjana income pasif RM5k sebulan dalam tempoh 18 bulan dari sekarang sahaja.
Ishh. Macam mana tu?
Saya dah ulas panjang dalam artikel saya yang ini tentang kelebihan manjadi dealer Public Gold, yang membolehkan anda jadikan ia sebagai replacement income dari kerja hakiki anda sekarang.
Atau.
Boleh jadikan ia satu tool yang memboleh anda bebas kewangan, dan nikmati hidup disamping keluarga dengan hanya bekerja dari rumah seperti saya sekarang.
Untuk memudahkan urusan anda, boleh terus tekan butang dibawah :
Peluang Dapatkan 1 Dinar Dengan RM110 Sebulan
Selain promosi untuk menjadi seorang dealer Public Gold, anda juga boleh juga dapatkan item 1 Dinar seperti di atas, dengan bajet sekitar RM110 sebulan sahaja.
Dengan kaedah EPP10.
EPP10 dah lama Public Gold tutup, tetapi kali ini. Sempena PG Bussiness Conference tadi, Public Gold bagi peluang kepada kita dalam tempoh 3 hari sahaja, sehingga 20hb September 2021 (Isnin), 12 tengah hari.
Sebarang pertanyaan lanjut.
Boleh terus hubungi saya dengan menekan link dibawah.