Simpan emas untuk beli rumah, boleh ke?
Menurut guru kewangan, Tuan Zaidi Ismail, ada 3 jenis simpanan yang kita perlu buat untuk menjadikan kita lebih kaya iaitu :
1. Jangka pendek
2. Jangka sederhana
3. Jangka panjang
Emas untuk simpanan yang mana satu?
Emas boleh digunakan untuk simpanan jangka sederhana dan jangka panjang. Simpan emas untuk sekurang-kurangnya 2 tahun dan ke atas.
Baiklah. Saya fokus kepada simpanan jangka sederhana untuk artikel kali ini. Matlamat simpanan jangka sederhana adalah untuk :
Modal untuk memiliki harta seperti hartanah, bisnes atau mungkin saham.
Bagaimana Simpan Emas Untuk Beli Hartanah?
Hartanah boleh jadikan sebagai harta yang akan menjana pendapatan kepada kita.
Rumah yang bagus, boleh dijadikan mesin duit untuk kita kelak. Yang penting perlu ada ilmu untuk tahu cara beli rumah yang betul.
Andaikata,
Modal yang diperlukan untuk miliki rumah kos sederhana ialah RM20k. Jadi, kita mungkin ambil masa dua hingga 3 tahun untuk memiliki RM20k.
Saat inilah kita mula kumpul emas sehingga boleh capai target untuk memiliki modal beli rumah.
Simpan 1 Dinar 1 Bulan, Dalam Tempoh 20 bulan. Sepatutnya kita sudah ada RM20k kurang dari 2 tahun.
Mana Nak Cari Duit Simpan 1 Dinar 1 Bulan?
Macam ni, kalau anda tidak simpan dalam bentuk emas. Saya yakin, 5 tahun pun anda tak akan capai matlamat simpan RM20k.
Simpan emas, duit anda habis.
Tak simpan emas, duit anda juga tetap akan habis.
Haa. Betul tak?