Silicon Valley Bank

Bank Yang Kukuh Pun Boleh Lingkup

Bank pun boleh lingkup.

Silicon Valley Bank (SVB), merupakan antara 15 institusi bank yang terbesar di USA diarahkan untuk menutup bisnes mereka.

Selain SVB, ada lagi dua bank yang diarahkan untuk perkara yang sama. Baca berita ini dekat sini.

Kalau di Malaysia.

Kita sering dimomokkan bahawa, "alah bank dibawah BNM, mesti selamat". Ada insuran.

Jadi...Jangan risau duit kita dalam bank tu. Comfirm selamat.

Betul ke?

Bila faham tentang emas. Saya tak kesah sangat tentang turun naik harga emas. Yang saya lebih risau adalah tentang nilai wang simpanan yang saya ada semakin menurun.

Kenapa? Baca ni sampai habis.

USD vs RM

Walaupun, SVB berusan dengan menggunakan matawang US Dollar (matawang paling dipercayai zaman ini) pun boleh jatuh lingkup.

Apatah lagi bank-bank di Malaysia bukan?

Kenapa saya cakap macam tu?

Pada asalnya, setiap USD yang dicetak perlu disandarkan oleh emas.

Setiap 35USD yang ingin dicetak. Perlu disandarkan oleh 1 Oz emas (31.1gram). Manakala, matawang lain dekat dunia pula di sandarkan oleh USD.

Saya pernah ulas panjang tentang perkara ini dalam artikel saya tentang sejarah matawang.

Namun...

Hubungan USD dan emas sudah tidak lagi wujud seperti yang saya pernah kongsikan dalam artikel sebelum ini.

USA melanggar perjanjian tersebut. Dan sekarang, USD dicetak tanpa sandaran. Nilainya sama tak ubah seperti tisu tandas.

Sebab dua-duanya asalnya dari pokok. Fuhh. Seram.

Selamatkan Kekayaan Ke Dalam Bentuk Emas

China tingkatkan jumlah backup emas

Dalam masa yang sama, China pun sekarang tengah tambahkan backup simpanan emas mereka. 

Ini mungkin tanda-tanda matawang kertas akan di reset tak lama lagi. Nauzubillah.

Kita memang tak mampu nak ubah kewangan dunia. Tapi, ekonomi diri dan keluarga kita dalam tanggungjawab kita sepenuhnya.

Dalam situasi ekonomi yang tidak menentu, apa lagi alat kewangan yang kalis krisis ekonomi?

Tentunya ialah emas, satu aset kewangan yang tetap bernilai walau apa jua ribut ekonomi melanda.

Menteri korup?

Ekonomi negara linkup?

Matawang jatuh nilai?

Tapi emas ia tetap bernilai sejak dari 1400 tahun dahulu lagi sehingga sekarang. Sebab nilai emas bergantung kepada berat dan ketulinannya emas tersebut sendiri.

Ia tidak bergantung kepada mana-mana alat kewangan yang lain.

Hafiz
Kota Bharu
19 Mac 2023

Artikel Berkaitan

>