Kalau bukan kerana Public Gold, mungkin saya tak akan sampai di negeri kita ini.
Saya anggap Indonesia macam tanah air sendiri. Sebab dulunya kita semua dibawah satu kerajaan, iaitu Kerajaan Melayu Champa. Yang berpusat di Champa, Vietnam sekarang.
Saya nak kongsi pengalaman saya setelah sejak beberapa bulan lepas mula berbisnes di Indonesia. Saya tulis ini sebagai catatan untuk rujukan saya sendiri akan datang sekurangnya.
Berlumba Setiap Hari
Di setiap bandar di Indonesia sangat pada. Mungkin 10 kali ganda padat dari Malaysia. Saya ke Jakarta, Bandung, Makkasar dan Surabaya. Surabaya paling kurang padat, tapi jauh lebih padat dari Malaysia.
Orangnya ramai, persaingan sangat tinggi. Kalau jadi orang biasa-biasa di Indonesia, mungkin sekadar boleh alas perut. Tak kenyang tapi tak lapar.
Saya tak jumpa lagi peminta sedekah bawak tabung di Indonesia. Yang ada cuma mereka bekerja, beri servis kepada kita, baru minta duit.
Mungkin masyarakat di sini pun kurang mampu untuk beri duit 'percuma', jadi semuanya mesti bekerja. Baru dapat makan. Kalau dapat.
Yang rajin di sini belum tentu kaya, yang malas comfirm miskin. Sebab tiada siapa yang nak bantu anda bila anda malas di sini.
Kalau di Malaysia?
Yang rajin improve diri, comfirm kaya. Paling kurang 10 tahun. Yang malas pun tak lapar kalau di Malaysia. Sebab rakyat Malaysia kalau tiada makanan, comfirm ada yang datang memberi.
Bersyukur Cara Saya
Saya sangat bersyukur dilahirkan di 'kampung Malaysia'. Cara saya bersyukur, saya gunakana kudrat saya, otak saya, untuk membimbing masyarakat Malaysia kukuhkan kewangan dengan emas.
Sudah pasti melalui platform Public Gold.
Saya percaya, rakyat Malaysia ni ibarat lahir dalam lombong emas dan perak. Tinggal nak rajin je untuk kutip emas dan perak di sebelah rumah.
Cara saya bersyukur, saya sebarkan manfaat emas kepada seramai yang mungkin, supaya masyarakat Malaysia ni sedar bahawa, sebenarnya kita sudah berada dalam lombong emas dan perak.
Jangan asyik salahkan kerajaan, kalau kita bangun pagi solat subuh dan sambung tidur balik
Jangan asyik salahkan ekonomi tak bagus, kalau kita masuk kerja pukul 8, dan 8 suku keluar pergi breakfast sampai pukul 10 pagi. Belum jam 12 dah ready nak keluar pergi lunch.
Saya percaya, semua rakyat Malaysia yang rajin boleh capai bebas kewangan dalam tempoh kurang dari 10 tahun.
Tapi saya bersyukur juga, saya bebas kewangan selepas 6 tahun saya buat