Tunaikan Impian Isteri

Tunaikan Impian Isteri Dengan Membina Pasif Income

Waktu merisik, dua tiga bulan sebelum kahwin. Memang wife ada impian untuk capai sesuatu dari sudut kerjaya sebagai graduan akauntan bila dah bekerja.

Waktu tu wife sebut saya pun tak faham apa yang beliau nak capai, tapi saya mengiyakan sahaja.

Namun, dipendekan cerita, sebulan sebelum tarikh kahwin. Saya dihantar oleh syarikat untuk bertugas ke Sabah. 

Tarikh kahwin dah ada. Nak tak nak, kami terpaksa hidup sebagai PJJ. Masa tu kami tak decide lagi macam mana.

Kerjaya saya terpaksa bertugas di Sabah.

Wife saya pulak bertugas di Kota Bharu Kelantan.

Pengorbanan Seorang Isteri

Banyak cabaran bila hidup berPJJ dengan isteri. Siapa alami je akan faham. Bagi yang dah berkahwin lebih 5 tahun. 

Kita akan muda faham, 5 tahun pertama perkahwin ada tempoh yang kita banyak belajar kenal pasangan kita.

Sekecil-kecil perkara pun boleh bergaduh. Itu kalau yang tinggal sebumbung, yang tinggal berjauhan. Allah saja yang tahu.

Jadi. Lepas setahun berkahwin, wife saya decide untuk korbankan impiannya, dan tinggal bersama saya di Sabah.

Cari Pasif Income, Tunaikan Impian Isteri

Setahun pertama perkawhin, kami decide impian hidup bersama. 

Wife ada impian nak menjadi seorang pakar dalam bidang akaun, saya pula letak impian untuk menjadi bapa sepenuh masa.

Ada home office dekat rumah. Cuma boleh jana income dari rumah.

Jadi. Bermula tahun 2016, kami fokus untuk membina pasif income supaya kami boleh capai impian hidup masing-masing.

Sambil menabung emas. Sambil kami bantu masyarakat menabung emas. Sambil kami jana pasif income. 

Hinggakan saya mampu untuk tinggalkan kerjaya saya sebagai jurutera sawit.

Akhirnya Impian Isteri Saya Tercapai

Saya decide untuk letak jawatan pada tahun 2020, manakala isteri saya pula akan menyambung teruskan impianya yang tertangguh pada 2015 yang lalu.

Saya sangat gembira dengan pencaiapan isteri saya sebagai orang yang bertauliah dalam percukaian.

Lulus exam dengan cemerlang dan layak bergelar sebagai licensce tax agent.

Wife saya pun nampak lebih happy sekarang. Berbanding sekadar mengahbiskan masa seharian untuk jaga anak di rumah sebagai housewife dulu.

Hafiz
Kota Bharu
26 Mac 2023

Artikel Berkaitan

>