Pagi tadi, seawal 8.45am.
Saya sudah terpacak di Maybank Kota Bharu. Untuk membuka 'current account' Maybank, atas nama syarikat saya "Mohamad Hafiz Shafie Enterprise"
Syarikat saya ini saya telah daftar sejak dari Oktober 2020. Hampir genap setahun sudah nama syarikat saya ini berada dalam maklumat SSM.
Setibanya saya disini,
Fuhh. Saya terpaksa berbaris di paling belakang. Hampir sekitar 20 orang lagi orang didepan saya.
Dan Maybank akan mula beroperasi mulai jam 9.30am. Lagi 45minit baru pintu Maybank akan dibuka oleh Pak Gard.
Servis Maybank Terbaik
Setakat saya compare CIMB dan Maybank. Sistem beratur, sistem daftar current account Maybank ni lebih sistematik berbanding CIMB.
Nanti saya tulis tentang cara buka current account Maybank. Nanti tak sampai pula motif saya tentang tajuk ini. =)
Jam dah menunjukkan pukul 9.15am.
Pak Gard keluar dari pintu Maybank. Dan mula bertanyakan tujuan masing-masing untuk berurusan kali ini.
Entah macam mana.
Disebabkan tujuan saya adalah untuk membuat current account Maybank. Saya antara orang paling awal dipanggil oleh Pak Gard, untuk masuk ke dalam, selesaikan urusan.
Saya dapat potong que secara halal.
Staff Maybank Terlalu Caring
Sebaik sahaja saya masuk ke dalam.
Ada seorang staff (staff A) entertain saya. Bertanya tentang status pendafataran saya di Maybank secara online.
Saya pun buka phone, dan tunjukkan.
Malangnya, saya terpaksa isi borang lagi sekali. Secara online, kerana borang yang saya isi sebelum ini sudah tersilap.
Sebaik selesai isi borang. Saya dibawa untuk berjumpa staff yang kedua (staff B).
Staff B cek borang saya.
"Ehh, salah ni nama syarikat awak. Tak boleh nama syarikat awak macam ni"
Alamak. Saya pun dah pelik bila staff B cakap macam tu. Saya jawab,
" Betul la ni nama syarikat saya. Apa yang saya salah pulak. Memamg boleh saya daftar syarikat ini tahun lepas"
"Dah betul dah ni"
Saya bagitau dengan yakin sekali.
" Salah ini. Tak boleh"
Staff B bagitau lagi.
" Eh. Kenapa tak boleh. Sebab apa? "
Saya tanya staff B dengan nada yang agak tinggi.
Staff B jawab,
" Nanti orang tak nak transfer duit kat awak, sebab nama syarikat sama dengan nama awak. Nanti orang ingat bisnes awak tak valid, orang ingat awak scammer"
Fuhh. Mengucap panjang saya.
Saya dah lah beratur lama. Tiba-tiba dia cakap nama syarikat saya salah. Jadi saya tanya dia lagi,
" Ohhh. Tiada masalah tu. Yang penting saya boleh buka current account. InsyaAllah orang boleh je transfer duit ke saya tanpa ada masalah "
Setiap Orang Tidak Sama
Bersambung perbualan saya dengan staff B. Dia bagitau saya,
" Macam ini, pengalaman saya kerja sini. Ramai dah, tak lama lepas tu orang datang balik untuk tukar nama current account "
" Sebabnya, ramai customer mereka tak nak transfer duit bila nama bank guna nama personal. Itu je. Kalau awak nak buka juga, saya boleh je nak proceed"
Saya angguk tanda faham.
Saya pun dah faham. Staff B sebenarnya terlalu baik. Dia takut saya jadi banyak kerja.
Dia takut saya akan sama dengan orang lain.
Saya bagitau dia lagi
" Takpa Encik, Encik proceed je guna nama account bank saya nama syarikat. InsyaAllah saya tiada masalah dari sudut untuk orang transfer duit dekat saya"
Jangan Bagi Nasihat, Bila Tidak Diminta
Itulah pengajaran yang saya dapat pagi ini. Bukan terkena pada batang hidung orang lain, namun terkena pada diri saya sendiri juga.
Staff B terlalu baik hati.
Dia risaukan saya sebenarnya.
Tapi, dia tak tahu macam mana nature of bisnes transaction saya. Dia ingat saya sama dengan bekas-bekas pemegang current account Maybank yang lain.
Dalam situasi lain pun saya.
Kita rasa kita nak tolong bagi nasihat dekat orang. Kita takut dia nanti jadi itu dan jadi ini.
Akhir sekali.
Nasihat yang kita ingin berikan akan disalahertikan sama terjadi macam saya tadi.
Pengalaman saya nak tolong orang pun.
Kalau perlu sangat pun, saya akan bagitahu setakat pengalaman saya sendiri bla bla bla..., dan kita cuma cerita itu sahaja.
Tak perlu advice orang tentang itu dan ini. Cuma kita bagi peluang mereka bertanya sahaja.
Sebab itulah, betul kata mentor saya sebelum ini
Jangan bagi nasihat kalau orang tidak mintak nasihat dari kita!
Begitulah