Akaun Semasa Maybank

Tips Buka Akaun Semasa Maybank. 30 Minit Siap! Tak Perlu Beratur Panjang

Selesai juga urusan saya buka akaun semasa Maybank semalam. Memang dah lama nak buka, tetapi tertangguh-tangguh asbab PKP PKP PKPPPP tak habis-habis.

Salah satu sebab tertangguh tu ialah sebab saya ada pengalaman yang kurang baik semasa buka akaun semasa SOTONG pada tahun lepas.

Dan saya pilih bank SOTONG sebab kawan saya bagitau bank SOTONG paling murah kos untuk print statment.

Silap saya juga, saya tidak pergi tanya sendiri staff bank RIMAU. Rupa-rupanya, bank RIMAU lagi mudah, murah dan senang untuk uruskan statment.

Orang yang takda majikan macam saya, memang perlukan statment detail, duit keluar masuk untuk tujuan permohonan loan terutamanya.

Jadi, untuk artikel ini, saya nak kongsikan tips, macam mana untuk membuka akaun semasa Maybank, 30 minit sahaja dah selesai urusan di branch, tak perlu beratur dan tunggu lama.

Buat Permohonan Dulu Secara Online

Sejak Covid melanda dunia ini, SOP nak masuk mana-mana bank memang sangatlah ketat.

Nak beratur kat dalam bank memang tak boleh, dan hampir semua bank, sediakan ruang untuk beratur di luar bank.

Staff bank akan susun kerusi sekitar 10 hingga 20 kerusi dekat luar. Maka, berpanas atau berhujan lah kita di kaki lima bank, sebelum tiba giliran.

Untuk buka akaun semasa Maybank, bagi kes macam saya, untuk enterprise, boleh terus ke website Maybank, pilih Bussines.

Daftar Akaun Semasa Maybank

Skrol ke bawah, di bahagian Open an Account, pilih SME First Account i.

SME First Account i

Kemudian, pilih Apply Now dan maka bermulalah untuk isi borang tersebut, isi sampai kita peroleh Nombor Pin untuk verification dalam SMS kita.

Borang Akaun Semasa Maybank

Kalau nak mudah, terus klik butang link yang saya kongsikan ini sahaja. 

Booking Appointment

Sebaik sahaja kita isi borang tersebut, sepatutnya kita perlu aktifkan akaun dalam masa 10hari.

Kalau tak, pendaftaran kita terbatal.

Dan terpaksa tunggu dulu 20hari lagi untuk sistem buang maklumat pendaftaran kita sebelum ini, dan barulah buat pendaftaran baru.

Jadi, sebaik sahaja borang telah diisi, terus booking appointment dengan branch Maybank berkenaan, boleh booking secara online atau boleh call Maybank jika slot kita tiada kekosongan dalam tempoh 10 hari tersebut.

Biasanya, kalau tiada kekosongan slot dalam sistem. Staff Maybank akan beri anggaran tarikh, dan dia akan call kita untuk tumpang slot orang lain yang telah cancel.

Keperluan Untuk Buka Akaun

Ada beberapa keperluan yang kita perlu sediakan kepada staff Maybank untuk mereka meluluskan kita buka akaun semasa untuk enterprise tadi. 

Sewaktu saya memohon, takda perlu bagitau Introducer ke apa-apa pun. Staff bank yang tolong semuanya.

Antaranya ialah :

  1. Sijil SSM
  2. Maklumat Peniagaan SSM
  3. Fotokopi IC depan belakang
  4. Cop rasmi enterprise kita
  5. Bukti perniagaan
  6. Phone & Apps (Maybank2u & Maybank QRPay)
Cop Rasmi Hafiz Shafie Ent

Untuk cop rasmi enterprise tu, semasa saya buka akaun Bank Sotong, mereka tak minta pun. Tetapi, untuk Bank Rimau, mereka wajibkan.

Semasa temujanji, saya terlupa pulak untuk buat cop tersebut. Mujurlah staff Maybank baik hati, bagi peluang saya terus pergi buat cop dekat kedai berdekatan.

Kalau tak, terpaksalah saya cancel buka akaun semasa Maybank, dan terpaksa tunggu lagi lebih 30 hari.

Untuk bukti perniagaan saya pula, disebabkan saya dah ada pengalaman dengan Bank Sotong sebelum ini, saya tak letak ejen jual beli emas, sebab perlu banyak dokumen sokongan lain seperti surat kelulusan Pejabat Daerah.

Satu hal lagi.

Jadi, untuk Bank Rimau ini, saya sekadar tulis 'Personal Blogger'. Dan perlu tunjuk blog saya kepada staff untuk proses kelulusan tersebut.

Pengalaman Dengan Bank Rimau dan Bank Sotong

Saya tak pasti orang lain macam mana, setakat pengalaman saya sendiri, berurusan dengan bank Rimau lebih selesa cepat dan dan pantas, berbanding bank Sotong.

Saya tak tahu kenapa, samaada SOP bank Sotong memang begitu atau disebabkan staff bank Sotong yang saya perlu berurusan tu seorang wanita.

Jadi, bila wanita ni. 

Faham-fahamlah kan. Banyak sungguh pertanyaannya. Banyak yang tak boleh. Saya terpaksa buat SSM baru pulak tu.

Semasa dengan Bank Rimau, saya berurusan dengan staff lelaki. Sempoi dan memudahkan. Saya datang tu, siap isi borang semua dah. Tinggal saya cop, sign dan activate sahaja.

Begitulah

Hafiz
Kota Bharu, Kelantan
7 Oktober 2021

Artikel Berkaitan

>