Footgolf Malaysia, Pengalaman Best Bersukan Sambil Berukhwah

Beberapa hari lepas, Sabtu 20 November 2021, saya berpeluang untuk mendapat pengalaman baru dengan menyertai permainan footgolf Malaysia.

Eh, ada ke footgolf negara luar? Haha. Mesti ada juga kan? Tak kan Malaysia je negara paling awal mulakan permainan ini.

Ishh. Memang best. Walaupun pada mulanya saya masih berkira-kira nak pergi ke tak. Yelah, kena cari transport lagi untuk ke Kuala Lumpur.

Saya tinggal di Kota Bharu Kelantan.

Kawan-kawan punya pasal. Saya ambil keputusan untuk ke sana juga. Main ke tak main tu nombor dua, yang penting boleh berukhwan dengan kawan-kawan yang dah lama tak jumpa selepas 7 tahun habis belajar.

Footgolf, Permainan Santai Dan Sesuai Untuk...

Sebenarnya, kami alumni UTM Aeronautik Konvo 2014 ni dah lama plan nak reunion. Dari tahun 2018 lagi nak reunion, tak pernah jadi.

Masing-masing ada komitmen dengan keluarga. Masing-masing sibuk berkerja. Itu normal lah bagi umur-umur pertengahan seperti kami sekarang.

Nak booking main futsal sambil reunion pulak, semua dah tak larat nak lari. Lagi satu, risiko untuk cedera bila lama tak bersukan ni juga tinggi.

Dan keluarlah idea dari salah seorang kawan ini, "jom main footgolf".

Saya memang tak tahu ape-ape pasal golf mahupun footgolf, asbab nak reunion tak jadi-jadi, saya setuju aje.

Dan yang paling bagus dekat sini.

Bagi yang berkeluarga, boleh bawak sekali anak-anak kejar bola dekat padang. Jadi, sambil berfootgolf, sambil boleh bawak keluarga beriadah sama-sama.

Jadi, kepada anda yang nak cari ape aktiviti sesuai untuk renion dengan kawan-kawan, berfootgolf ini saya rasa antara aktviti paling sesuai sekarang!

Footgolf Malaysia Price

Tempat kami bermain hari Sabtu lepas ialah di Bukit Jelutong Golf Club (BJGC). Untuk tahu harganya, boleh rujuk di website Bukit Jelutong Footgolf.

Lepas kenal dengan permainan footgolf ni, saya buat-buat research sikit, ada satu lagi padang footgolf di area Lembah Klang selain Bukit Jelutong iaitu di Bukit Utama.

Harganya lebih murah berbanding Bukit Jelutong.

Jadi, kalau tanya saya.

Ok tak main footgolf. Jawapanya, ok sangat kalau nak lepak-lepak dengan kawan-kawan sambil membina network.

Risiko cedera sangat rendah. Tapi yang penting capai matlamat reunion. Kos pun agak berbaloi.

Begitulah

Hafiz
Kota Bharu, Kelantan
22 November 2021

Artikel Berkaitan

Tempat Menarik di Dubai. Tips Honeymoon VVIP Percuma!

Apabila saya terima email comfirmation bahawa saya menerima award untuk bercuti secara percuma ditaja penuh Public Gold, perkara pertama yang saya buat ialah mencari apa “tempat menarik di Dubai?”Kalau ikutkan, saya dan isteri diberi percutian percuma ke Rusia, cuma akibat peperangan antara Rusia dan Ukraine berlaku. Public Gold tukar plan asal, dan tukar kepada percutian

Read More

Cerita Tentang Misi Saya Mencari Emas di Gua Emas Kalai, Jeli Kelantan

Hari Sabtu lepas (23 Oktober 2021), saya bersama ahli KBHiking membuat satu aktiviti untuk meredah hutan ke Gua Kalai, Jeli Kelantan. Menurut orang kampung selaku guider kami semasa aktiviti tersebut, Gua Kalai ini mula diterokai sejak sebelum perang Dunia Pertama lagi. Dan gua emas ini mula dikorek, digali dan di’curi’ hasilnya oleh orang Perancis. Hmm. Pelik juga cerita

Read More

Kalau Datang Sini, Boleh Datang Kedai Ayam Penyet Kota Bharu

Dekat Kelantan ini, dah lama juga saya kempunan nak makan Nasi Ayam Penyet (Kota Bharu) yang padu. Maklumlah, saya 4 tahun di belajar di Johor, dan hampir 6 tahun saya di Tawau Sabah. Dekat dua buah negeri ini, Antara menu lunch untuk untuk orang kampung seperti saya ini adalah ayam penyet.  Ada nasi, ada ulam, ada sambal. Selesai!Nasi Ayam

Read More