Tempat Menarik di Dubai

Tempat Menarik di Dubai. Tips Honeymoon VVIP Percuma!

Apabila saya terima email comfirmation bahawa saya menerima award untuk bercuti secara percuma ditaja penuh Public Gold, perkara pertama yang saya buat ialah mencari apa "tempat menarik di Dubai?"

Email Comfirmation Dubai PGLS

Kalau ikutkan, saya dan isteri diberi percutian percuma ke Rusia, cuma akibat peperangan antara Rusia dan Ukraine berlaku. Public Gold tukar plan asal, dan tukar kepada percutian di Dubai.

Saya pada mulanya tidak begitu teruja dengan negara arab itu. Sebab negara yang panas, dan dalam pemikiran saya. Dubai adalah sebuah negeri yang penuh bangunan, dan sudah pasti kami cuma akan dibawah bercuti dalam "mall".

Namun.

Sangkaan saya silap. Dubai sebenarnya memang sebuah negeri khas untuk pelancongan. Banyak tempat menarik dekat sana. Yang saya tak terfikir pun sebelum ni.

Sampaikan pemerintah mereka menggelarkan Dubai sebagai "State of Tourism" kalau tak silap saya.

Tempat Menarik di Dubai

Apa yang menarik dekat Dubai? Fuhh. Banyak. Hampir semua tempat menarik di Dubai kami melawat. Dan yang bestnya ia percuma! Public Gold bayar 100%.

Kami tinggal gerakkan kaki waktu jalan-jalan. Dan buka mulut waktu makan-makan. Haha.

Ok lah. Saya cuba ingat balik, dari hari pertama hingga hari ke 8 kami di sana. Tempat-tempat menarik yang kami sampai.

1. Gold Souq Dubai

Gold Souq Dubai

Ini sekarang tempat shoping-shoping. Waktu kami baru sampai Dubai. 

Hari pertama kami dibawa ke sini. Kalau nak shoping baju murah, boleh beli dekat sini. Yang penting kena pandai nego.

2. Dubai Frame

Dubai Frame

Saya ingatkan ia sekadar frame. Kita ambil gambar dekat bawah. Dah balik. Rupa-rupanya, dekat atas tu boleh naik. Dan, siapa yang gayat, tempat ni tak sesuai untuk anda.

Luar Dubai Frame

Fakta menarik tentang Dubai Frame, bila kita sampai kat atas, sebenarnya kita berada di tengah-tengah antara Old Dubai dan New Dubai.

3. Burj Khalifa

Burj Khalifa

Ini yang paling femes lah kan. Siapa tak tahu. Ini bangunan paling tinggi dekat Dunia. 

Dan, sebelum masuk ke Burj Khalifa, kita kena masuk melalui Dubai Mall. Dubai Mall ada lah shopping mall terbesar di dunia.

4. Dessert Safari

Desser Safari Dubai

Bagi yang mengandung, dan ada anak kecil. Tempat ni mungkin tak sesuai untuk anda. Tapi, mungkin boleh guna laluan biasa. Dan sekadar lihat sunset di gurun selepas melalui jalan berliku di gurun.

Macam kalau kita nak adventure masuk hutan. Kalau orang arab, nak adventure masuk gurun. View sunset dekat sini cantik wehh.

5. Museum of Future

Museum of Future

Dekat sini ialah tempat bagaimana kita lihat Dubai pada tahun 2072. Fuhh, pemimpin mereka memang mempunyai visi yang besar.

Dan yang saya terkejut. Dalam imaginasi future Dubai, mereka akan ada hutan khatulistiwa macam Malaysia!

6. Dubai Miracle Garden

Dengan negara yang kering kontang. Datang sini rasa sejuk lah sikit. Kalau nak snap gambar lawa-lawa. Yang datang untuk honeymoon. Boleh cuba masuk sini. 

Tempat yang "instagramable". Hehe.

7. Syeikh Zayed Mosque, Abu Dhabi

Syeikh Zayed Mosque

Dekat sini, takda apa sangat bagi saya seorang muslim. Macam melawat masjid. Benda biasa. Dan saya rasa, ini masjid paling besar yang pernah saya masuk sebelum ini.

8.  Ferari World

Ferari World

Wahh. Ini yang diidamkan saya. Last naik roller coaster masa dekat USS, Singapore je. Masa belajar di UTM Skudai dulu.

Dan. Sampai 4 kali saya ulang-ulang naik the faster roller coaster in world. Pendek kata, dekat UAE ni. Semuanya fastest, biggest. Semua dia tapau lah.

9.  Dubai Aquarium

Tempat ni macam Aquari dekat KLCC je. Tapi yang saya tak boleh brain, dia claim largest aquarium in the world? 

Saya rasa Aquaria KLCC lagi besar. Tapi takpa. Dekat dalam tu ada lah sedikit kelainan. Sebab ada "haiwan-haiwan Dubai waktu malam" macam "dhob".

Yang lain biasa je bagi saya.

10.  Burj Al Arab

Burj Al Arab

Ini hotel paling mahal dekat dunia. Satu-satunya hotel 7 bintang yang ada dekat dunia ni. 

Fuhh. Bila saya masuk hotel ni. Terkaku rasanya. Bilinya lagi besar dari rumah saya! Haha. Bilik dua tinggkat. Kau ada? 

Bila masuk bilik. Nak cari bini pun boleh sesat. Haha. Besar sangat biliknya.

Trip VVIP dari Public Gold?

Kenapa saya cakap ini adalah trip VVIP dari Public Gold yang kami dapat percuma sahaja?

Jom kita buat kira-kira kos yang kalau kami bayar sendiri 10 tempat yang dekat atas :

Total tiket masuk untuk tempat-tempat menarik ini ialah AED934.5 seorang. Saya menerima dua tiket percuma.

Jadi cost saya dan isteri untuk masuk ke tempat menarik di Dubai ni AED1896 tambah AED4000 (Burj Al Arab 1 malam).

AED5869 (RM7032)! Saya kena bayar jika saya merancang untuk pergi sendiri.

Dinner Cruise

Dinner atas Cruise. Sambil dinner. Sambil round Dubai di area Marina Bay

Eh. Ini belum lagi kira cost-cost yang lain seperti :

  • Tiket Flight KLIA - Dubai
  • Kos makan VVIP 3x sehari
  • Transport ke sana ke sini
  • Dinner atas cruise
  • Dinner padang pasir
  • Finner dinner waktu Gala Dinner
  • Kos tidur 5 malam di hotel 5 bintang

Saya sempat sembang dengan salah seorang Top Managment Public Gold. Berapa harga yang PG keluarkan untuk kami seorang ni?

Dia jawab, "RM25k seorang". Maksudnya RM50k untuk kami berdua!

Macam Mana Nak Dapatkan Percutian Secara Percuma Ini?

Saya pun tak sangka. Sebegini rupa Public Gold bagi award kepada dealer-dealer mereka. 

Opss. Kami sebenarnya tak dipanggil dealer oleh Public Gold (PG). Kami digelar sebagai PGBO (Public Gold Bussines Owner).

Dato Wira Louis Ng menggagap kami bisnes partner mereka. Bukan dealer (atau ejen) seperti syarikat-syarikat lain dekat luar sana.

Breakast with Dato

Hari terakhir di Dubai. Saya berkesempatan breakfast dengan Founder Public Gold di Burj Al Arab

Jadi. Macam mana cara nak qualify trip ni? Ada 3 cara sebenarnya, tapi saya kongsikan cara paling senang anda nak capai iaitu :

Cara Dapat Trip Honeymoon Percuma

  1. Sudah pasti, anda perlu jadi seorang dealer Public Gold dahulu. Caranya dan kelebihan dealer Public Gold, boleh rujuk link ini. Cara jadi dealer Public Gold.
  2. Capai jualan peribadi minimum RM2juta setahun dan tambahan RM6juta jualan group.

Yang paling mudah pun rasa susah nak capai?

Ishh. Saya pun dulu rasa susah. Saya menjadi dealer PG yang aktif sejak dari tahun 2016, dan tahun 2020 baru saya capai jualan macam tu.

Namun, dengan education system yang team saya (G100 Network) sediakan. InsyaAllah anda boleh capai dalam tempoh 18 bulan sahaja!

Happy Spouse Happy Life

Pada asalnya saya buat bisnes PG ni bukan untuk dapat trip oversea. Saya cuma nak dapat financial freedom.

Tak pergi kerja. Tapi ada duit untuk tanggung nafkaf anak isteri. Bila pulang dari Dubai. Saya dapat rasa wife saya happy sangat. 

Walaupun di saat saya menulis artikel ini dah masuk minggu ke 3 kami pulang dari Dubai. Tapi, aura tu rasa lagi keseronokan bercuti VVIP secara percuma di taja penuh Public Gold.

Happy Wife Happy Life

Siapa yang baca artikel saya sampai habis ni, dan telah atau bakal menjadi penyimpan emas Public Gold? Ada impian nak bawak pasangan "honeymoon" percuma VVIP? Tapi rasa tak mampu nak keluarkan RM50k semata-mata untuk bercuti?

Anda kena buat bisnes Public Gold!

Alang-alang dah simpan emas. Why not kongsi kebaikan simpan emas sekali kepada masyarakat?

Saya sedia bantu anda!

Misi saya nak lahirkan lagi 95 Founder Master Dealer (FMD) Public Gold sebelum 31 March 2024. Jana income purata RM5k sebulan dalam tempoh 2-3 tahun. Capai bebas kewangan bersama Public Gold. Bercuti with style bersama Public Gold!

Siapa dekat sini nak sahut cabaran saya? Bawak spouse bercuti percuma bersama Public Gold? Cuba tulis di ruang komen "saya nak".

Hafiz
Kota Bharu Kelantan
20 June 2022

Artikel Berkaitan

>