Nasi Ayam Penyet Kota Bharu

Kalau Datang Sini, Boleh Datang Kedai Ayam Penyet Kota Bharu

Dekat Kelantan ini, dah lama juga saya kempunan nak makan Nasi Ayam Penyet (Kota Bharu) yang padu.

Maklumlah, saya 4 tahun di belajar di Johor, dan hampir 6 tahun saya di Tawau Sabah.

Dekat dua buah negeri ini,

Antara menu lunch untuk untuk orang kampung seperti saya ini adalah ayam penyet. 

Ada nasi, ada ulam, ada sambal. Selesai!

Nasi Ayam Penyet Harga Murah, Tapi Macam Makan Dalam Mall

Harga Nasi Ayam Penyet Kota Bharu

Bukannya langsung tiada Nasi Ayam Penyet di Kota Bharu, Kelantan. Ada tu ada, tapi adalam Aeon Mall tu.

Harganya agak kayangan.

Yang tempat saya pergi ini. RM8 je.

Pergi Makan Nasi Ayam Penyet

Nak berjalan masuk tu jauh. Kena parking dekat luar Mall, dan berjalan ke dalam mall hampir 100m.

Kalau waktu lunch hour pergi.

Comfirm lah ramai orang juga ke sana untuk lunch di kedai-kedai lain. Waktu rehat sejam sahaja, memang tak sempat.

Jadi,

Kalau anda nak cuba makan Nasi Ayam Penyet sedap dan padu di Kota Bharu ini, saya boleh recommend makan dekat ini.

Nak Cepat dan Mudah Parking

Kalau kita yang jenis nak kejar masa, dekat Wing Solo Lembah Sireh ni sesuai. Parking mak aih. Banyaknya parking.

Terus parking depan kedai.

Kalau yang jenis bawak anak macam saya ini. Lagilah mudah. Sambil bersilat dengan anak waktu makan, sambil boleh tengok-tengok kereta.

Haah. Yang mengidap Ayam Penyet. Boleh cuba. Lele Penyet pun ada. Ikan Keli lah Lele tu. 

Ini lokasinya.

Semoga bermanfaat.

Hafiz
Kota Bharu Kelantan
26 Oktober 2021

Artikel Berkaitan

>