Hari Sabtu lepas (23 Oktober 2021), saya bersama ahli KBHiking membuat satu aktiviti untuk meredah hutan ke Gua Kalai, Jeli Kelantan.
Menurut orang kampung selaku guider kami semasa aktiviti tersebut, Gua Kalai ini mula diterokai sejak sebelum perang Dunia Pertama lagi.
Dan gua emas ini mula dikorek, digali dan di'curi' hasilnya oleh orang Perancis.
Hmm. Pelik juga cerita ini kan?
Kita tidak pernah dijajah oleh perancis. Yang kita tahu ialah kita cuma dijajah oleh Portugal, Belanda, British, Jepun dan Komunis.
Tang bila pulak Perancis jajah Tanah Melayu?
Bagaimana Perancis Sampai Ke Jeli Kelantan?
Cerita dia macam ini.
Suatu ketika dahulu. Perancis memang sudah datang ke kawasan Tanah Melayu ini. Cuma bukan di Malaysia.
Tetapi di bahagian Thailand. Selatan Thai.
Walaupun Thailand tidak pernah dijajah, tetapi, kerajaan Thailand beri laluan kepada negara luar (penjajah) untuk menggunakan tanah mereka, demi menyerang Tanah Melayu.
Seperti biasa, Thailand mengamalkan prinsip neutral. Tak menyebelahi mana-mana pihak. Sebab itulah mereka tidak pernah di jajah.
Dalam masa yang sama.
Pihak Perancis juga mengambil kesempatan untuk membawa pulang hasil bumi kita asia ini ke negara meraka.
Perancis meneroka gua emas ini dari negara Siam. Sampailah, mereka mengorek hingga ke bukit emas ini (Gua Kalai).
Bukit emas ini terletak antara sempadan Malaysia dan Thailand.
Semasa Perang Dunia Kedua,
Barulah sempadan Siam di ukur, dan mereka dapati gua emas yang mereka korek ini telah melepas sempadan negara Siam.
Dan sejak dari situlah.
Operasi mengorek gua ini oleh Perancis di Gua Kalai ini dihentikan. Disebabkan oleh telah melepasi sempadan negara.
Dan pada waktu yang sama.
Tentera Malaysia juga telah bom laluan untuk merentas gua yang menghubungkan Malaysia dan Thailand, kerana gua ini juga digunakan oleh Komunis untuk menyelinap masuk ke negara kita.
Malaysia Bumi Yang Kaya Raya, Cuma..
Ok baik, habis cerita tentang bagaimana Perancis boleh sampai ke tanah air kita.
Lepas mendengar cerita dari orang kampung, saya terus terdetik dalam hati.
Malaysia ini satu bumi yang kaya raya. Bumi yang penuh dengan sumber alam semula jadi.
Nak air?
Korek bawah tanah.
Nak minyak?
Ada dalam laut. Dekat darat pun ada. Minyak sawit.
Sebab itulah, sewaktu saya ingin keluar dari kerja makan gaji kepada dunia usahawan sepenuh masa, satu perkara yang saya yakin ialah :
"Dekat Malaysia ini, asalkan kau pandai guna otak, asalkan kau rajin. InsyaAllah kau tak akan mati sebab kebuluran"
Yang penting.
Usaha sahaja. Buat kerja yang kita suka. Yang boleh bagi manfaat kepada masyarakat.
Rezeki ada dimana-mana.