Footgolf

Footgolf Malaysia, Pengalaman Best Bersukan Sambil Berukhwah

Beberapa hari lepas, Sabtu 20 November 2021, saya berpeluang untuk mendapat pengalaman baru dengan menyertai permainan footgolf Malaysia.

Eh, ada ke footgolf negara luar? Haha. Mesti ada juga kan? Tak kan Malaysia je negara paling awal mulakan permainan ini.

Ishh. Memang best. Walaupun pada mulanya saya masih berkira-kira nak pergi ke tak. Yelah, kena cari transport lagi untuk ke Kuala Lumpur.

Saya tinggal di Kota Bharu Kelantan.

Kawan-kawan punya pasal. Saya ambil keputusan untuk ke sana juga. Main ke tak main tu nombor dua, yang penting boleh berukhwan dengan kawan-kawan yang dah lama tak jumpa selepas 7 tahun habis belajar.

Footgolf, Permainan Santai Dan Sesuai Untuk...

Sebenarnya, kami alumni UTM Aeronautik Konvo 2014 ni dah lama plan nak reunion. Dari tahun 2018 lagi nak reunion, tak pernah jadi.

Masing-masing ada komitmen dengan keluarga. Masing-masing sibuk berkerja. Itu normal lah bagi umur-umur pertengahan seperti kami sekarang.

Nak booking main futsal sambil reunion pulak, semua dah tak larat nak lari. Lagi satu, risiko untuk cedera bila lama tak bersukan ni juga tinggi.

Dan keluarlah idea dari salah seorang kawan ini, "jom main footgolf".

Saya memang tak tahu ape-ape pasal golf mahupun footgolf, asbab nak reunion tak jadi-jadi, saya setuju aje.

Dan yang paling bagus dekat sini.

Bagi yang berkeluarga, boleh bawak sekali anak-anak kejar bola dekat padang. Jadi, sambil berfootgolf, sambil boleh bawak keluarga beriadah sama-sama.

Jadi, kepada anda yang nak cari ape aktiviti sesuai untuk renion dengan kawan-kawan, berfootgolf ini saya rasa antara aktviti paling sesuai sekarang!

Footgolf Malaysia Price

Tempat kami bermain hari Sabtu lepas ialah di Bukit Jelutong Golf Club (BJGC). Untuk tahu harganya, boleh rujuk di website Bukit Jelutong Footgolf.

Lepas kenal dengan permainan footgolf ni, saya buat-buat research sikit, ada satu lagi padang footgolf di area Lembah Klang selain Bukit Jelutong iaitu di Bukit Utama.

Harganya lebih murah berbanding Bukit Jelutong.

Harga Footgolf Bukit Utama

Jadi, kalau tanya saya.

Ok tak main footgolf. Jawapanya, ok sangat kalau nak lepak-lepak dengan kawan-kawan sambil membina network.

Risiko cedera sangat rendah. Tapi yang penting capai matlamat reunion. Kos pun agak berbaloi.

Begitulah

Hafiz
Kota Bharu, Kelantan
22 November 2021

Artikel Berkaitan

>