Hajimoon, feeling macam baru kahwin dulu

Gelak besar satu bilik....

" Malam ni kita ada brisk walk lepas isyak, jadi kena makan siap-siap lepas magrib", kata seorang rakan sebilik, Abg K.

" Oh yeke, nak kena bagitau wife siap-siap ni kalau nak makan awal, nanti tak pasal-pasal muncung mulut time night walk", jawab Abg N.

" Ya, betul. Kena bagitau....Kalau tak....Habis", tambah Abg K.

Haa? Kami terus gelak besar dalam bilik.Ha Ha Ha. Termasuklah seorang lagi rakan sebilik, umur 40an. Saya yang paling muda, tengah 30an.

Abg K dan Abg N, masing-masing dah umur sekitar 60. Saya ingat pasangan muda je merajuk-merajuk ni. Rupanya, semuanya sama saja. Dan saya rasa, 5 tahun pertama fasa untuk mengenal pasangan yang betul-betul kena banyak belajar memahami. Saling kena usaha untuk memamahi.

Itulah lumrah perkahwinan, tergigit lidah tu biasa. Yang penting saling bertolak ansur. 

Alhamdulillah, selepas hampir 12 tahun kahwin. Kami berdua dapat panggilan Haji. Banyak masa boleh sembang dan bincang dengan wife tentang impian hidup kami. Tanpa perlu sibuk mengurus anak. 

Teringat balik 3 tahun pertama kahwin dulu. Waktu belum ada anak. Banyak keluar berdua pergi explore dan window shopping. Waktu tu duit ngam-ngam. Hari ni, dari sudut duit, insyaAllah nak beli apa-apa yang perlu, nak try makan sedap-sedap pun tak perlu fikir pasal harga.

Tambah-tambah dekat Aziziyah. Kami duduk bilik asing-asing. Jadi, kejap-kejap mesej wife. Nak makan mesej lagi, nak turun jalan-jalan mesej lagi. Feeling-feeling baru bercinta gitu.

Hafiz Shafie
Aziziyah, Makkah
20 Mei 2026M
3 Zulhijjah 1447H

Artikel Berkaitan

Aziziyah, bandar yang meriah cuma setahun sekali

Pejam celik pejam celik, sudah masuk hari ke 3 kami di Aziziyah. Setiap hari penuh dengan aktiviti, dari PJH Jay Ibrahim. Setakat rutin sekarang, sekitar 9AM dan lepas solat Asar (4.15PM), kami ada ceramah agama. Ikut modul dari Tabung Haji.Study week, sebelum hari kemuncakAktiviti dekat sini ibarat “study week”. Minggu depan kami bakal menempuh hari

Read More

Berangkat ke Aziziyah, persiapan manasik Haji

Semalam 1 Zulhijjah, kami semua mula berangkat ke Aziziyah. Dan majoriti, jemaah PJH akan berada di sini selama 15 hari, dari 1 Zulhijjah sampailah 15 Zulhijjah. Aziziyah masih tanah haram. Maksudnya, setiap amalan yang kita buat dekat sini, pahalanya 100,000 kali ganda. Sama juga dengan pahala di Masjidil Haram.Tinggal sekejap Masjdil HaramHari terakhir di Masjidil Haram

Read More

Terima kad jemputan sebagai tetamu VVIP Allah (Throwback)

29 Oktober 2025, saya dapat SMS dari Tabung Haji, minta saya semak THijari untuk surat tawaran haji. Hati saya bercampur gembira, dapat surat panggilan haji, dan juga timbul sedikit ketidakselesaan. Dalam masa sama, otak saya terus fikir tentang macam mana nak  buat rayuan untuk wife, macam mana nak tinggalkan keluarga, mana duit saya cari untuk buat

Read More

7jam dalam bas, ujian pertama di tanah suci

6AM, 15 Mei kami semua Jemaah Haji KT88B, mendarat di Airport Jeddah. Keluar sahaja dari kapal, terus masuk ke kastam sekejap untuk cek hand carry, dan kami terus beratur masuk bas. Selepas memalui dua check point,  setiap jemaah mesti tunjuk kad nusuk kepada pihak polis untuk di scan. Semuanya berjalan lancar. Alhamdulillah.Dah dekat sangat dahSekitar 11am

Read More

Prihatinya Tabung Haji kepada Jemaah

Alhamdulillah, selamat mendarat di Airport Jeddah tadi, sekitar 6am waktu sini (Makkah). Sebaik sahaja mendarat, kami terus dibawa ke tempat khas untuk naik bas. Imgresen Arab Saudi dah selesai di KLIA 1 lagi. Tak sama macam pergi trip oversea yang lain. Kena sidai di imigresen sangatlah lama. Belum lagi kira waktu untuk menunggu ambil bag.TH lantik

Read More

Road to Haji, Muda atau Tua. Tetap Ada Cabaran

Saya banyak baca penulisan tentang haji, tentang travelog haji, majoriti mesti menulis tentang cabaran.  ” Haji ni, bayar pakej RM200k pun tetap akan ada banyak cabaran”, saya ingat kata-kata ustaz sewaktu kursus haji dari PJH Jay Ibrahim. Yang pergi Muasasah. Ada cabaran. Yang pergi pakej clock tower, ada cabaran dia. Dan semua cabaran itu, akan membentuk kita

Read More