Solusi T20 Yang Tak Boleh Menabung

Dekat dalam kilang, dia lah antara orang nombor 1. Nak gunakan duit syarikat, kena lalu dia dulu. Pendek kata, kalau dia tak sign, bajet syarikat tak boleh keluar.

Baru grad, terus beli kereta paling mampu. Kereta jenama H. Belum apa-apa, beli rumah dengan hutang maksimum. Walau nampak hidup “mewah”, kalau tengok gaji, kira golongan T20, tapi realitinya simpanan RM1000 pun tidak ada.

Setiap bulan, rasa selesa sebab ada gaji. Tapi hakikatnya, kerja ibarat kais sebulan makan sebulan. Simpanan kecemasan langsung tak bersedia. Dapat gaji bulan ni, comfirm habis.

Rasa Berduit, Sangat Bahaya

Ini cerita benar.

Ini pengalaman saya melihat ramai senior-senior saya di tempat kerja, langsung tak bersedia dari sudut kewangan sekirannya dibuang kerja, atau sudah tidak mampu untuk bekerja. Comfirm akan terpaksa pinjam duit kawan-kawan.

Nak beri nasihat.

Saya rasa tak layak, sebab waktu tu, saya sekadar junior engineer. Yang baru grad. Dari sudut income, cuma suku dari income mereka.

Tapi, hanya orang terdekat sahaja yang tahu. Pernah account bank kena block, terpaksa pinjam duit kawan-kawan. Walaupun dia antara yang senior. Dan bergaji besar.

Pasangan pun sama. Sama-sama rasa kaya. Walaupun, suaminya cuba kaya dari sudut hutang. Bila takda sumber pendapatan. Habis kosong, malah mungkin negatif.

Simpanan Untuk Dilupakan

Apa yang saya belajar dari mentor saya, Tuan Mohd Zulkifli,

Untuk kita menjadi kaya, sebenarnya ia bukan tentang berapa besar gaji kita, tapi ia tentang berapa banyak kita boleh menabung.

Gaji besar, hutang besar, setiap bulan tak mampu menabung, kita tidak akan kaya dengan cara begitu.

Waktu saya mula bekerja junior engineer dulu, hampir 10 tahun lalu. Saya memang paksa menabung minimum 50% dari gaji.

Memang hidup dibawah kemampuan. Sebab, saya faham kita kena sentiasa sediakan payung sebelum hujan.

Tabungan tersebut, ada yang saya menabung dalam bentuk cash, ada ada juga dalam bentuk aset fizikal, seperti hartanah dan emas.

Hasil dari paksa menabung. Selepas 5 tahun, saya memiliki tabungan dengan jumlah setahun pendapatan. 3 bulan dalam bentuk cash, dan selebihnya dalam bentuk emas.

Kita Sebenarnya Ada Duit, Tapi Tiada Ilmu

Saya tak percaya kalau orang cakap mereka tiada duit, kalau mereka sihat, dan ada kerja, sepatutnya mereka ada duit.

Takda duit, boleh guna tulang empat kerat untuk berusaha. Sedangkan pendatang asing pun boleh hidup kaya di bumi Malaysia, apatah lagi kita bukan?

Hakikatnya, kita tiada ilmu untuk menabung duit. Kita menabung tengok nombor, menabung dalam bentuk cash. Memang senang nak bocor.

Nak cepat bertambah simpanan, saya syorkan menabung dalam bentuk emas. Dan banyak bukti hidup, mereka yang menabung dalam bentuk emas, simpanan mereka sampaikan mereka sendiri pun tak percaya boleh menabung sebanyak tu.

Hafiz Shafie
Kota Bharu, Kelantan
22 Mei 2025

Artikel Berkaitan

Pempengaruh, kaya memberi kebaikan, atau ambil kesempatan?

Saya sangat benci sekiranya pempengaruh sangat mengambil kesempatan terhadap pengikut mereka disebabkan oleh pengaruhnya. Bagi saya, ini adalah golongan yang tak jujur dengan ilmu. Disaat saya menulis ni, saya baru terima saya jemputan oleh satu jenama sifu saham untuk ikuti kelasnya tentang emas. Saya baru nak cuba daftar, saya ingatkan ia percuma. Rupa-rupanya berbayar hingga hampir

Read More

Macam mana nak jadi kaya? Tanya seorang sahabat

Baru landing dari KL selepas leaders forum untuk December 2024, saya luangkan masa sekejap mengopi dengan rakan-rakan gym saya. Sad but true, kawan saya kehilangan RM1000 disebabkan oleh satu pelaburan yang beliau join. Hint : pernah jadi penaja pasukan Terengganu FC sebelum ni, tapi di tarik balik. Aduih. ” Patut tanya Hafiz dulu sebelum labur”. Dalam hati saya,

Read More

Pindah Duduk Kampung Atau Kekal di Bandar?

Bila kewangan dah cukup stabil, sebagai seorang dealer Public Gold, mereka ada banyak pilihan nak tinggal dekat mana,  samaada duduk kampung atau bandar.  Yang penting, ada access internet yang laju, dan senang untuk bergerak ke public transport, yang paling senang kalau dekat dengan airport. So, nak tinggal dekat mana?Kampung atau BandarSaya hari ni duduk di kampung. Tapi

Read More

Income CEO pun jadi kosong kerana

Gaji T20 atau income sebagai CEO bulan ni, bulan depan mungkin boleh jadi kosong. Itulah ciri-ciri gaji kita dari pendapatan aktif. Kita kena aktif, baru boleh jana income. Kita kena aktif, baru duit masuk dalam poket. Jadi, selagi mana ia bersifat aktif, banykkan tabungan, bersedia jika berlaku apa-apa musibah kepada kita. Bila kita sudah tidak mampu bekerja, ada pelbagai

Read More

Gaji Naik, Semakin Miskin atau Bertambah Kaya?

Menabung, kita simpan duit. Bekerja, melabur, berniaga adalah aktiviti kita yang menghasilkan duit masuk poket. Tapi kena ingat, melabur ada risiko. Berniaga pun ada risiko rugi dan lingkup. Malah, makan gaji, ada risiko kita tidak akan dibayar lagi pada bulan-bulan akan datang. Minggu ni, penjawat awam bersorak disebabkan oleh kenaikan gaji. Naiknya gaji, bermakna naik lah juga

Read More