Tak Sangka! Impian Saya Tulis Dulu, Berlaku Sekarang

Kerjanya mudah,

Tetapi bagi impak yang luar biasa, tapi sayang, ramai yang tak buat!

Dulu mentor saya pesan, 

"Impian mesti kena tulis, Impian mesti kena setiap hari tengok, Impian mesti tampal di tempat yang selalu kita tengok "

Saya rasa agak berat nak buat, sebab rasa macam tak perlu pun tulis impian. Buat semak dinding rumah aje.

Saya fikir,

Hanya sekadar berimpian dalam kepala pun dah okey. Rupanya impian kalau tak tulis, senang lupa!

Apabila lupa,

Impian kita tak akan tercapai. Impian akan menjadi sekadar angan-angan.

Apa Yang Saya Tulis, Betul-betul Jadi Kenyataan

Saya ingat lagi, semasa saya menyertai program Jutawanemas Leadership Training di Kundasang Sabah, pada tahun 2016.

Peserta dipaksa menulis impian, dan membawa dreamchart masing-masing.

Saya segan nak tulis, apatah lagi nak bentangkan dihadapan kawan-kawan lain.

Namun, disebabkan dipaksa.

Saya tulis semua impian yang saya nak capai pada tahun 2020

Iaitu, 4 tahun dari tarikh yang saya dipaksa membuat dreamchart tadi.

Antara impian saya tahun 2020:

(1) Berbackpack ke negara Jepun sempena Olimpik 2020

(2) Menjadi bapa sepenuh masa, bekerja disamping anak-anak

(3) Mempunyai home office sendiri, boleh jana pendapatan dari rumah

(4) Menyempurnakan impian isteri
saya untuk melancong ke luar negara

Ini antara impian besar saya!

Alhamdulillah, dengan izin Allah. Saya mampu untuk capai impian pada September 2020.

Tinggal yang melancong keluar negara je yang tak capai, itupun disebabkan Covid-19.

Tulis Impian, Elak Menyesal Di Hari Tua

Hari ini,

Hampir 2 bulan saya bekerja dari rumah. Sudah hampir dua bulan juga saya bergelar sebagai bekas seorang jurutera.

Sebaik sahaja saya menghantar surat perletakan jawatan itu, sejujurnya masih ada niat dihati untuk mencuba  nasib di syarikat baru, untuk meneruskan career sebagai jurutera dalam bidang yang berlainan.

Namun, syukur kepada Mu ya Allah.

Dengan side income saya pun sudah melebihi income saya semasa menjadi jurutera.

Ditambah pula,

Dengan situasi kewangan saya yang tidak pernah berhutang (kecuali hutang rumah, yang ada penyewa yang bayar), saya dah nekad untuk simpan sahaja resume sebagai jurutera tu dalam laci meja.

Saya bayangkan, jika saya tiada impian (sudah pasti tidak akan tulis impian juga) :

1. Mungkin saya tiada masa untuk beriadah seperti harini.

2. Mungkin saya tertekan akibat bebanan kerja, dan berpenyakit darah tinggi dan jantung (seperti senior-senior saya di tempat kerja)

3. Saya hanya pergi kerja untuk bayar hutang, sama seperti kawan-kawan tempat kerja yang lain.

4. Dan mungkin anda pun tak akan membaca penulisan saya di blog ini lagi, kerana kemungkinan besar blog ini pun tidak wujud!

Sebab itulah kenapa mentor saya pesan,

" Tulis Impian Sekarang, Elak Menyesal Di Hari Tua " 

Bahaya Jika Tidak Ada Impian

Dalam hidup,

Kalau tiada impian, tindakan kita setiap hari hanyalah untuk memenuhi impian orang lain.

Kalau kita bekerja,

Perasan tak di office kita ada lekatkan MISI dan VISI syarikat?

Ya, itu impian syarikat.

Kalau kita tiada impian?

Maksudnya 30 tahun kita bekerja hanya untuk memenuihi impian orang lain (baca syarikat)!

Akhir sekali,

Bila dah capai umur pencen, kita akan rasa 30 tahun kita bekerja tidak memberi apa-apa makna dalam hidup kita.

Yang lebih teruk, 

Jika kita masih perlu bekerja untuk menyara hidup, walaupun sudah mencapai umur pencen. Disebabkan kita langsung tidak bersedia dari sudut kewangan.

Cara Menulis Impian

Berbalik kepada kisah saya menyertai program di Kundangsang , Sabah 4 tahun lalu.

Apa yang speaker sampaikan, antara cara paling baik untuk menulis impian ialah :

TIPS MENULIS IMPIAN


1. Bayangkan doktor mengesahkan kita akan hidup hanya berbaki 6 bulan sahaja lagi.

2. Anggaplah duit dan masa bukan halangan.

2 tips ini menjadikan impian kita lebih releven.

Apa kita rasa kita nak buat bila berada dua situasi ini?

Sila kongsikan diruang komen. =)

Hafiz
Pasir Mas, Kelantan
28 October 2020
11 Rabiulawal 1442H

Artikel Berkaitan

Bank Yang Kukuh Pun Boleh Lingkup

Bank pun boleh lingkup. Silicon Valley Bank (SVB), merupakan antara 15 institusi bank yang terbesar di USA diarahkan untuk menutup bisnes mereka. Selain SVB, ada lagi dua bank yang diarahkan untuk perkara yang sama. Baca berita ini dekat sini. Kalau di Malaysia. Kita sering dimomokkan bahawa, “alah bank dibawah BNM, mesti selamat”. Ada insuran. Jadi…Jangan risau duit kita dalam bank

Read More

Apa Rahsia Untuk Berjaya? Nampak Macam Mudah Je?

Rahsia untuk berjaya? Tak kesah dari bidang apa sekali pun. Tidak ada lain nya kita cuma tiru apa yang orang dah berjaya buat. “Saya dah tiru 100%, tapi kenapa tak berjaya macam dia?” Cuma, kadang-kadang. Kita nampak apa yang mereka buat dari sudut luaran. Setakat apa yang kita tengok dari SocMed dia, dari ucapan dia. Tapi, kita tak faham

Read More

Simpan Emas Untuk Beli Rumah, Boleh Ke?

Simpan emas untuk beli rumah, boleh ke? Menurut guru kewangan, Tuan Zaidi Ismail, ada 3 jenis simpanan yang kita perlu buat untuk menjadikan kita lebih kaya iaitu : 1. Jangka pendek2. Jangka sederhana3. Jangka panjang Emas untuk simpanan yang mana satu?Emas boleh digunakan untuk simpanan jangka sederhana dan jangka panjang. Simpan emas untuk sekurang-kurangnya 2 tahun

Read More

10 Tahun Pengalaman Saya, Simpan Emas Public Gold

Saya mula kenal Public Gold dari tahun 2011. Tahun ini (September 2021) kira-kira saya dah 10 tahun ada pengalaman simpan emas Public Gold. Hari ini, saya dijemput untuk ikuti PG Bussines Conference bersama founder Public Gold, Dato Wira Louis Ng. Antara yang dijemput bersama ikuti zoom ini ialah founder Master Dealer aktif Public Gold yang lain

Read More