Ini Sekadar Pandangan Aku Tentang “KPI Dalam Kerja Makan Gaji”

KPI

Bagi yang sudah bekerja.

Mesti korang tahu KPI tu apa kan?

Aku rasa, aku tak perlu cerita panjang lagi lah benda apa tu Key Performance Indicator.

Bagi aku, sebagai seorang yang telah bekerja dalam industri perladangan hampir 5 tahun, KPI individu tak begitu penting!

Apa yang lebih penting?

Mencapai visi dan misi syarikat itu lah tanggungjawab sebenar aku sebagai seorang executive di kilang sawit.

"KPI individu sepatutnya selari dengan misi dan visi syarikat"

Ya betul!

Secara atas kertas (baca: teori), memang KPI individu selari dengan misi dan visi syarikat.

Tetapi, kebiasaannya.

Keputusan akhir KPI seseorang individu itu tidak selari dengan apa yang diusahakan sebenar walau telah mencapai hasil yang menguntungkan syarikat.

KPI secara realitinya, ia lebih kepada hubungan baik (baca:ji**t) antara pekerja dan bos!

KPI sebagai motivasi utama kerja?

Kalau korang bermindset macam kat atas ni, cepat-cepat lah bertaubat. HAHA

Aku faham, apabila KPI tinggi, bonus juga lebih tinggi. Dan juga ebaliknya.

Tapi, bagi aku.

Bukan itu kiblat kerja kita setiap hari. Korang nak duit lebih, buatlah side income sendiri diluar waktu kerja.

Dalam waktu kerja, fokus betul-betul untuk menguntungkan syarikat.

Diluar waktu kerja, fokus betul-betul untuk bina masa depan keluarga.

"Kejar juga keberkatan dalam kerja, bukan sekadar gaji semata-mata"

​​​​Ini hanya nasihat aku sebagai seorang sahabat.

Tak guna korang KPI tinggi, tapi korang banyak duduk-duduk  dari bekerja.

Tak guna korang bonus tahunan tinggi, tapi tiada keberkatan dalam duit yang korang nikmati.

Wallhuallam

Hafiz
Tawau, Sabah
20 Januari 2019
14 Jamadil Awal 1440H
Saya dealer Public Gold yang aktif. Saya memberi nasihat tentang simpanan dan pelaburan emas yang betul tepat dan selamat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *