Rumah Itu Aset, Kereta Itu Liabiliti. Betul Ke Macam Ni?

Beza Aset dan liabiliti

Aset dan liabiliti.

Apa yang korang faham tentang dua perkataan ini?

Saya percaya, ramai yang ingat semua jenis rumah itu aset, manakala beli kereta itu bererti beli liabiti.

Sebab saya dulu pun salah bezakan antara aset dan liabiliti.

Maksud Aset dan Liabiliti Dari Sudut Kewangan

Menurut Warren Buffett,

Aset ialah sesuatu yang membuatkan duit masuk ke dalam poket kita, manakala liabiliti ialah sesuatu yang membuatkan duit keluar dari poket kita.

Atau dalam bahasa mudahnya.

Beli aset menebalkan poket korang, beli liabiliti menipiskan poket korang. (",)

" Rumah idaman ialah liabiliti, bukan aset!"

Ya. Betul.

Bukan semua rumah dikira sebagai aset. Rumah yang korang beli, dan duduk sendiri, bukan lagi dikira aset.

Ada satu kisah benar.

Sahabat saya, isterinya seorang guru. Hampir RM4ribu sebulan isterinya bayar hutang rumah kepada bank. Fuhh, banyaknya!

Mereka beli 2 biji rumah idaman. Satu buat pinjaman perumahan.

Satu lagi buat pinjaman kerajaan, selepas dengar ada ura-ura kerajaan PH nak tarik balik pinjaman kerajaan kepada kakitangannya.

Akhir sekali, yang duduk hanya satu rumah. Tu pun jarang-jarang duduk disebabkan mereka duduk rumah company yang percuma!

" Kereta tidak semestinya satu liabiliti "

Dalam bab kereta pulak.

Hakikatnya, beli kereta untuk pakai sendiri ialah satu liabiliti.

Tapi, memang inilah tujuan biasa orang ramai beli kereta kan? Untuk pakai sendiri dan untuk famili.

Tapi, ada orang beli kereta, sambil pakai sendiri, sambil dia buat duit dengan kereta. Buat Grab Car.

Dalam situasi ini, kereta juga dikira sebagai aset.

Sebabnya, dia beli kereta dan membuatkan duit masuk dalam poket dia.

Hasil dari income Grab Car, mereka boleh guna untuk bayar hutang bulanan kereta dan juga support maintenance kereta.

Tukarkan Liabiliti Menjadi Aset! Ikut Langkah Orang Kaya-kaya

" Orang kaya membeli aset, orang kebanyakan membeli liabiliti yang menganggap mereka membeli aset " - Robert Kiyosaki

Apa yang orang kaya buat untuk menambahkan kekayaan mereka?

Orang kebanyakan.

Rumah pertama beli rumah idaman, ubahsuai dapur, ubah suat parkir kereta, ubah suai ruang tamu. 

Akhir sekali, duit habis dekat kerja-kerja ubah suai liabiliti yang tidak berkesudahan.

Orang kaya-kaya pula.

Mereka juga beli rumah, tapi rumah pertama mereka ialah rumah biasa-biasa je.

Rumah yang menambahkan duit!

Jika mereka hanya mampu beli rumah pertama yang bernilai RM500k. Orang kaya hanya beli yang bernilai RM250k je. 

Dalam masa yang sama, beli juga rumah kedua yang bernilai RM250k dan guna untuk sewakan.

Akhir sekali, mereka ada dua biji rumah. Satu yang duduk dan bayar sendiri, satu lagi orang lain tolong bayarkan.

Bila sudah tiba masanya untuk pencen, 20 tahun akan datang barulah jual rumah-rumah yang mereka ada, untuk beli rumah idaman yang lebih tinggi nilainya dan ikut tempat yang mereka nak 'pencen'.

Sebab inilah.

Kenapa orang kaya semakin lama semakin bertambah kaya, manakala orang biasa-biasa semakin miskin dengan hutang bulanannya.

Ikuti Langkah Orang Kaya-kaya. Elakkan Bebanan Hutang Yang Tak Berkesudahan.

Antara kesilapan biasa yang ramai sahabat-sahabat saya buat ialah, terlampu gelojoh nak dapatkan kereta idaman, dan juga rumah idaman.

Akhir sekali, sakit kepala dengan hutang bulanan.

Untuk beli kereta.

Beli sahaja kereta baru jenama Malaysia. Kalau baru sahaja berumah tangga, saya rasa pakai Axia sudah cukup bahagia.

Untuk beli rumah pertama.

Beli sahaja dulu rumah 'low cost', biar cash flow bulanan kita sudah cantik dulu, baru beli rumah 'medium cost'.

Belajar sama-sama hidup biasa-biasa, fokus bina kekayaan sama-sama.

Jangan guna prinsip ALANG-ALANG!

Jauhkan dari 'alang-alang'.

Alang-alang nak beli kereta,

Beli terus MPV senang nanti kalau anak ramai, dah tak perlu beli kereta baru.

Saya percaya, tak sampai 5 tahun beli kereta MPV baru, anak baru 2, sudah rasa nak tukar kereta baru. HEHE

Alang-alang beli rumah.

Beli terus yang ada kolam renang. HAHA. Nanti rumah akan naik harga, tak mampu dah beli rumah.

Kesimpulan

Nak rasa tenang dengan pergi dan pulang kerja setiap hari, ikut langkah orang kaya-kaya dalam membeli aset dan liabiliti.

Elakkan dari membeli disebabkan makhluk 'alang-alang'. Beli ikut keperluan, bukan ikut kemahuan hati.

Sebelum membeli.

Ambil pen dan kertas dulu buat kira-kira. Tengok mampukah korang hidup selesa sampai hujung bulan jika buat hutang untuk liabiliti.

Wallhuallam

Hafiz
Tawau, Sabah
27 Januari 2019
21 Jamadil Awal 1440H

Kredit Foto : Philly Income Properties
Saya dealer Public Gold yang aktif. Saya memberi nasihat tentang simpanan dan pelaburan emas yang betul tepat dan selamat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *