3 Sebab Kenapa Simpan Emas Menjadikan Kewangan Seseorang Lebih Baik

Emas bukanlah “everything” tetapi ia merupakan “something” yang kita perlu guna bagi mempercepatkan lagi kita mencapai kebebasan kewangan.

Emas kita boleh dijadikan ia sebagai alat untuk mengukuhkan lagi kedudukan kewangan kita, sama juga seperti Tabung Haji, ASB atau Unit Trust. Cuma masing-masing ada tugas yang berbeza.

Saya percaya, setiap dari kita yang bekerja, sudah pasti akan ada satu impian suatu hari nanti untuk “tidak bekerja pun, tetapi ada duit”. Dalam istilah kewangan, ia dipanggil sebagai “bebas kewangan”.

Setidak-tidaknya, waktu dah masuk umur pencen (60an), kita tak perlu lagi pergi kerja tapi ada duit yang cukup untuk meneruskan kehidupan. Bukannya nak kaya raya, cuma boleh hidup selesa apabila dah capai umur pencen dengan sedikit wang yang ada, kerana pada ketika itu, kita sudah tidak ‘kuat’ untuk bekerja.

5 tahap kewangan yang disyorkan oleh mentor saya, penulis buku Zero Hutang

 

Dalam proses untuk mencapai kebebasan kewangan, ada 5 “tahap kewangan” yang kita perlu lalui.

Lebih cepat kita lalui semua tahap kewangan ini,, lebih cepat untuk kita boleh “pencen” atau bebas kewangan, tanpa perlu tunggu sampai umur pencen.

Percaya atau tidak, jika kita berjaya urus kewangan dengan betul, umur 30-an atau 40-an pun sudah boleh pencen dan berduit.

S

eperti apa yang mentor saya bagitahu “pencen bukanlah soal umur, tapi ia soal kedudukan kewangan”.

Oleh itu, bagaimana kita boleh menggunakan emas sebagai salah satu alat untuk “pencen awal”?

 

#1 Emas Sebagai Simpanan Untuk Dilupakan

Menurut mentor saya En Mohd Zulkifli Shafie, ada 5 tahap kewangan yang setiap dari kita perlu lalui untuk mencapai kebebasan kewangan seperti tadi.

Tahap kewangan yang pertama (baca : tahap kewangan paling PENTING!) ialah mestilah mempunyai aliran tunai bulanan yang positif.

Aliran tunai positif bermaksud, setiap bulan kita ada lebihan duit untuk menyimpan. Contoh yang mudah yang saya selalu kongsikan di seminar-seminar saya ialah kisah Si A & Si B seperti gambar di bawah.

Contoh aliran tunai yang positif dan aliran tunai yang negatif oleh Si A dan Si B

Dalam contoh di atas, Si A sudah melepasi tahap pertama dalam proses mencapai kebebasan kewangan. Maksudnya, Si A lebih kaya dari Si B dari bulan ke bulan.

Manakala, Si B akan menjadi semakin miskin dari bulan ke bulan walaupun pendatapan Si B lebih besar.

Oleh itu, persoalannya sekarang untuk mencapai bebas kewangan yang dimpikan oleh semua, ia bukan soal berapa banyaknya pendapatan, tapi berapa banyakkah gaji yang kita boleh simpan?

Pengalaman saya dan ramai rakan-rakan penyimpan emas yang lain, menyimpan emas 1gram 1 bulan lebih mudah dari menyimpan RM200 sebulan.

Yang ajaibnya, simpan emas 1gram 1bulan, 10 bulan sepatutnya ada 10gram, tapi majoritinya tak sampai 10bulan sudah ada 10gram. Sebaliknya, simpan RM200 sebulan, teorinya 10bulan kena ada RM2,000.

Tapi, hakikat yang sebenar, majoritinya tak ada RM2,000 dalam akaun.

Masalah utama ramai penyimpan duit ialah, simpan sikit-sikit, lama-lama masih sikit. Ia juga disebabkan susah untuk disiplinkan diri seperi apa yang ditulis dalam buku “Richest Man In Babylon” seperti risiko untuk terboros berbelanja apabila simpan duit lebih tinggi berbanding simpan emas.

Oleh itu, untuk mencapai tahap kewangan yang pertama (Aliran Tunai Positif), penyimpan emas lebih mudah berbanding orang yang simpan duit.

 

#2 Emas Mengekalkan Kuasa Beli

Bagi yang faham fungsi sebenar simpan emas, mereka tidak akan pandang dengan turun naik harga emas. Turun naik harga emas hanya persoalan masa, ia dalam jangka masa pendek sahaja (kurang dar 3 tahun).

Apa yang mereka nampak, nilai(bukan harga) emas tidak akan pernah turun walau kita simpan 1000 tahun (lebih dari 5 tahun) lamanya.

Setiap kali seminar, mesti saya akan bertanya kepada peserta. “Siapa tahu, harga karipap 10tahun akan meningkat?” Majoritinya akan menjawab “ya”, kecuali yang tengah main henfon (“,). Saya tanya lagi ” Macam mana akak tahu harga karipap akan naik? Adakah akan buat analisa harga karipap? (“,). Part ni semua terdiam.

Yang sebetulnya, bukan harga emas yang naik, tapi nilai duit itu sendiri yang menyusut.

Contoh yang paling biasa ialah teori 1 Dinar 1 ekor kambing.

Pada zaman 1400 tahun dahulu (Zaman Nabi SAW), 1 Dinar mampu membeli seekor kambing. Tahun lalu, saya buat kenduri akikah anak saya, seekor kambing yang cukup umurnya berharga sekitar RM700-RM800.

Kalau nak dibandingkan harga emas sekarang, 1 Dinar memang berharga sekitar RM800. Ia mampu untuk kita dapatkan seekor kambing sahaja, bukan 10ekor kambing walau harga emas telah naik beribu kali ganda berbanding 1400 tahun dahulu.

Jadi, inilah menyebabkan kenapa simpan emas boleh mengukuhkan kedudukan kewangan kita, kerana emas mampu menyimpan nilai berbanding simpan wang kertas, ia tidak mampu menyimpan nilai apabila perubahan zaman.

 

#3 Kekayaan Emas Tidak Akan Musnah

 

Pernah dengar kisah matawang Zimbabwe? Sekarang apa terjadi dengan rakyat Zimbabwe yang menyimpan duit negara mereka? Rakyat Zimbabwe nak dapatkan 3 biji telur perlu membawa berguni duit.

Tahu apa terjadi dengan duit negara-negara Asia Barat yang sedang bergolak sekarang? Matawang Iran atau Syiria? Adakah ia masih bernilai waktu negara mereka sedang berperang sekarang ni? Sudah tentu tidak ada siapa yang mahu menyimpan matawang mereka.

Opps, ada yang cakap “Tu negara luar, bukan negara kita (Malaysia)”

Tak pernah terjadi kepada negara kita? Jawapannya “Pernah!”.

Waktu pemerintahan Jepun dulu, siapa simpan matawang Jepun yang banyak, mereka akan jatuh lingkup apabila British ambil balik pemerintahan Tanah Melayu.

Inilah sebab utama kenapa saya nekad untuk terus simpan emas walau hanya 1gram 1bulan. Iaitu akibat kisah 2 kali mesti seperti apa yang mentor saya berkongsi dalam buku beliua iaitu buku Wang Emas.

Disebabkan kes-kes begini, mentor saya nasihatkan, simpan duit hanya untuk kegunaan semasa sahaja. Simpan duit maksimum sebanyak 3 bulan pendapatan sahaja, selebihnya tukarkan ia kepada bentuk emas atau tanah (dan hartanah).

InsyaAllah, kekayaan yang selama ini kita kumpul akan terus kekal.

 

Asal Duit Jadi Emas

Sejak dari betul-betul faham tentang masalah yang dihadapi dengan wang kertas, saya mula nekad untuk menyimpan emas minimum 1gram 1bulan dengan konsisten tanpa mengira soal turun naik harga emas dalam jangka masa pendek.

Orang yang faham pasal emas akan rasa takot kalau tak beli emas, sebaliknya orang yang belum faham pasal emas akan rasa takot nak beli emas.

Menurut pakar kewangan, Tuan Azizi Ali, beliau menyarankan untuk kita menyimpan at least 10% dari gaji kita dalam bentuk emas. Simpankan kekayaan dalam bentuk wang kertas hanya untuk kegunaan masa terdekat (simpan sebanyak 3 bulan pendapatan) sahaja.

 

Hafiz
Tawau, Sabah
Ahad, 24 January 2018
10 Syawal 1439

Artikel ini saya ulaskan lagi dari FB live mentor saya tentang tajuk ini, olahan dan penarangan beliau dalam FB live saya kumpulkan dalam artikel ini bagi memudahkan sahabat-sahabat pembaca untuk membuat rujukan selepas ini.

 

Saya dealer Public Gold yang aktif. Saya memberi nasihat tentang simpanan dan pelaburan emas yang betul tepat dan selamat.

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *