Saya mula beli emas semasa tahun pertama di UTM Skudai lagi (tahun 2011).
Memang masa tu beli tanpa ilmu, sekadar nampak “buy low sell high”. Tapi, setelah 4 tahun bergelar mahasiswa dan pada tahun akhir di univerisiti, baru saya sedar manfaat simpan emas kepada saya pada masa tu bukan sahaja disebabkan kenaikan harga emas, tapi ia lebih jauh dari tu.
Memang betul lah apa yang guru saya, En Mohd Zulkifli Shafie kata ” Simpan emas tanpa ilmu pun dah untung, kalau simpan emas beserta dengan ilmu, berlipat kali ganda untung!”
Yes, ia terjadi kepada saya sendiri, selepas 4 tahun beli emas sekadar ‘spekulasi harga emas yang sentiasa naik‘, baru saya dapat belajar bahawa ada banyak manfaat simpan emas yang saya peroleh semasa saya masih bergelar seorang mahasiswa berbanding sahabat-sahabat saya yang tidak mula menyimpan emas.
Memanfaatkan Emas Bagi Mahasiswa
Apa yg boleh saya kongsikan dari pengalaman saya sendiri, 3 manfaat paling utama simpan emas sewaktu masih belajar ialah :
#1 Emas Sebagai Persediaan Awal Untuk Berkahwin
Saya dan isteri, Noor Hafizah bt Hassan mendirikan rumah tangga 3 bulan selepas graduasi. Saya antara orang yang terawal kahwin dalam kalangan kawan-kawan waktu belajar dulu. HUHU
Masa tu belum dapat kerja tetap lagi, sekadar sebagai “trainee engineer” je.
Salah satu sebab ibu bapa saya angkat lampu hijau untuk berkahwin ialah saya sudah ada simpanan sendiri, dan simpanan saya dalam bentuk emas yang samada boleh dijadikan hantaran atau boleh dijual untuk dijadikan wang persediaan untuk majlis perkahwinan.
Haa, jadi dalam tempoh 3 bulan menjadi jurutera pelatih, saya simpan duit elaun 90% (sebab belum ada gaji) pada masa tu hanya untuk duit “belanja kahwin” je.
Duit hantaran kahwin saya dah tak perlu fikir lagi sebab saya sudah ada emas 15 Dinar hasil saya kumpul sejak dari tahun pertama universiti lagi.
Berapa nilai 15 Dinar emas jika diconvert kepada ringgit?
Tak banyak sangat pun, tapi saya yakin, jika saya simpanya dalam bentuk ringgit, sudah pasti jumlahnya tidak sebanyak ini.
Meh kita kira sama-sama, berapa nilai 15 Dinar sebaik saya tamat belajar, dan berapa purata harga (dalam RM) yang saya keluarkan untuk mendapat 15 Dinar tersebut.
” 1 Dinar bersamaan 4.25gram. Saat pertama saya memulakaan simpanan emas, iaitu harga 1 Dinar sekitar RM450/pcs.
Dan disebabkan kenaikan harga emas, ketika saya tamat dari universiti, harga 1 Dinar sekitar RM600. Jika ambil average duit (RM) untuk saya kumpul 15 Dinar ialah RM550/1 Dinar. Jadi, RM550 X 15 Dinar bersamaan RM8250″
“Harga emas semasa saya ingin melangsungkan perkahwinan sekitar RM700 untuk 1 Dinar, jadi jumlah emas ditukar kepada RM yang saya kumpul ialah sebanyak RM10,500.
Wahhh, bagi fresh graduate, ada RM10k dalam akaun walau belum mula kerja sangatlah banyak! Korang cuba tanya senior-senior yang sudah kerja lebih 3 tahun, ada tak saving RM10 dalam akaun? HUHU”
Bagi mahasiswi pulak, jangan ingat korang tak perlu menyimpan sebab maskahwin semua dari pihak lelaki. Meh saya bagi satu tips khas bagi mahasiswi yang ada perancangan untuk berkahwin diawal usia :
Apabila korang mula simpan emas sejak dari belajar, selepas graduate dan merancang untuk berkahwin terus.
Apa kata jual balik emas-emas yang korang ada tu kepada bakal suami awak tu. Kan lebih baik si dia beli emas dari bakal isterinya sendiri dari beli dengan orang lain? HIHI
Dan duit dari jual emas kepada bakal suami tu, terus boleh digunakan untuk buat persediaan kahwin! Tak perlu lagi bergantung kepada mak ayah kan?
[Tips Penting – Jangan bocorkan rahsia ni kepada bakal mertua!]
Gunakan emas sebagai “mas kahwin” walau hanya 4 Dinar , orang tak akan cakap “alaa, sikitnya mas kahwin”.
Sebab ianya emas, ia tetap dianggap barang yg mahal! Tapi, pastikan telah mendapat persetujuan dari pihak keluarga bakal mertua untuk gunakan emas sebagai maskahwin. HIHI
#2 Emas Sebagai Ubat Penyakit Boros Berbelanja (Pengaruh Rakan)
Saya yakin, kalau saya tak beli emas semasa study dulu. Simpanan saya ZERO!
Tidak ada apa-apa yang saya boleh bekalkan sebagai persediaan masuk ke alam baru yang jauh lebih mencabar iaitu alam pekerjaan.
Saya dulu aktif bersukan, saya kaki naik gunung, saya main bola, dan saya juga ‘kaki kayuh’ mountain bike.
Kos-kos sukan lasak macam ni sangat tinggi! Disebabkan ia sukan lasak, barang keperluannya tak boleh guna yang cap ayam. Nanti menyesal separuh jalan. Itu belum dikira dengan pengaruh rakan-rakan lagi.HIHI
Jadi, sebaik sahaja biasiswa masuk.
Saya paksakan diri dulu beli emas walau hanya 1 Dinar. Lebihan tu baru saya agihkan duit untuk makan. Dan lain-lain saya banyak terboros untuk beli alatan sukan saya tadi. O
leh itu, setiap akhir sem walau saya tiada duit, tapi at least saya ada emas, sebagai bekal kepada masa depan!
Opss, satu lagi. Saya bersyukur kepada Ilahi, saya ini jenis yang tidak giler sangat dengan gajet, yang kebanyakan mahasiswa-mahasiswa sentiasa up to date tentang gajet-gajet yang paling latest dan of course ia paling mahal! Kalau saya juga sangat minat dengan gajet lagi lah kering poket.
Oleh itu, bagi mahasiswa yang rasa susah sangat nak menyimpan, banyak pengaruh rakan untuk berbelanja itu dan berbelanja ini, satu-satunya ubat paling mujarab ialah SIMPAN EMAS!
Tidak pernah saya jumpa orang yang simpan emas, nak jual emas balik sebab nak beli gajet baru. Mujarab betul simpan emas bagi orang yang ada penyakit boros berbelanja kan?
#3 Emas Sebagai Penyelamat Kejatuhan Matawang
Saya ingat lagi pada tahun 2011, emas pertama saya ialah dalam bentuk 1 Dinar yang berharga sekitar RM450. Dan pada tahun 2014 semasa saya melangsungkan perkahwinan, harga 1 Dinar dah nak mencecah RM600.
Dan disaat saya menulis artikel ni (tahun 2017), harga 1 Dinar dah mencecah RM800!
Kenapa boleh sampai RM800 untuk 1 Dinar?
Tahun 2015-2016, kejatuhan nilai RM sebanyak 30%. Kalau saya simpan RM, maksudnya kuasa beli yang saya ada berkurang 30%! Nombor pada simpanan saya memang tidak berkurang, tapi nilai sebenar simpanan saya semakin menyusut.
[Tips Penting]
Disaat kita menamatkan pembelejaran dari universiti, disaat ini lah kita perlukan banyak duit.
Duit untuk masuk rumah sewa, duit untuk transport pergi cari kerja. Pendek kata, kalau tidak ada simpanan, boleh garu kepala. Jadi, simpanan yang macam mana lebih baik? Emas atau wang kertas?
Berbalik Kepada Realiti, Bukan Ikut Drama TV
Apa yang saya kongsi ni ialah pengalaman saya sendiri yang menyimpan emas sejak dari tahun pertama di univerisiti lagi. Saya bersyukur kerana saya terbeli emas dulu, walau beli hanya disebabkan spekulasi (ikut-ikut).
Kalau dalam TV, mahasiswa terus dapat kerja sebaik sahaja balik dari oversea.
Tapi, di dalam dunia realiti berapa ramai kawan-kawan saya yang mengangur walau baru pulang sebagai graduate oversea. Saya sangat setuju dengan posting facebook seorang pakar hartanah, Dr Azizul Azli tentang drama TV, boleh baca posting beliau dekat SINI.
Mahasiswa yang bijak, ialah mahasiswa yang ambil berat tentang ilmu kewangan.
Ilmu kewangan sangat penting untuk survive hidup sepanjang hayat. Namun, ia tidak akan pernah di ajar-ajar dalam mana-mana institusi pendidikan awam secara formal. Ia perlu belajar sendiri.
Ambil Langkah Pertama Sekarang! Mudahnya Ada Akaun Emas GAP
Ini rupa bentuk emas yg pertama saya dulu, iaitu emas 1 Dinar (4.25gram) berketulinan 916. Masa tu, emas yg paling kecil ada di pasaran ialah 1 Dinar (sekitar harga ±RM400 pada masa tu) je, 1gram jongkong emas macam sekarang belum ada.
Dan yg paling bagusnya untuk mahasiswa/i sekarang , nak beli emas boleh mula dengan bajet RM100 je, sekitar 0.5gram!
Dan ia sudah mendapat sijil patuh shariah oleh Amanie Advisor, yang diketuai oleh Dr Mohd Daud Bakar, seorang tokoh kewangan yang disegani di peringkat antarabangsa.
Tak macam dulu, saya kena ada sekitar RM500 (untuk 1 Dinar emas) baru boleh mula simpan emas. Sekarang mudah! Caranya, guna kaedah akaun emas fizikal GAP.
Jadi, nasihat saya untuk bakal-bakal graduan, mula dulu gram emas yang pertama walau hanya 1gram, mungkin yang pertama ini menjadi titik noktah permulaan anda menjadi mahasiswa yang celik emas dan pandai kawal duit!
Wallhuallam
Hafiz
Tawau, Sabah
16 October 2017
[ Artikel ini diupdate pada 14 July 2018]