31 Jenis Emas Yang Viral Tahun 2020, Mungkin Boleh Disimpan Sebagai Kenangan

Banyak sangat kenangan untuk tahun 2020 ini, salah satunya ialah fenomena orang Malaysia beli emas.

Eh, bukan orang beli emas, tetapi orang borong emas!

Mana tidaknya, kedai emas siap sediakan makanan dan tempat duduk  khas bagi suami mithali yang sedang menunggu isteri mereka memilih emas. 

Bermacam nama yang ada, dan saya rasa bukan semua wanita tahu pun nama, apatah lagi lelaki, suami dan bakal suami dekat luar sana, sudah pasti tidak tahu nama jenis emas (barang kemas tersebut).

Ini saya sediakan senarainya, gambar dan nama sekali. Gambar-gambar ini saya kredit kepada sumber siakapkeli.my

Jenis Nama Barang Kemas Viral 2020

Haa, inilah semua yang 30 tu. Nama-nama jenis barang kemas yang ada di kedai emas.

Eh, ada satu lagi yang viral juga. Bukan barang kemas je, jongkong dan dinar emas Public Gold pun viral  pada tahun 2020.

Jongkong dan Dinar Emas Public Gold Viral  2020

Ini antara keluaran dinar emas Public Gold tahun 2020, ia dipanggil local dinar.

Jika sebelum ini,

Dinar emas Public Gold perlu ditempah khas dari Turkey, disebabkan Covid 19, tahun 2020 Public Gold terpaksa keluarkan local dinar (kilang di Malaysia), bagi memenuhi permintaan emas yang sangat tinggi pada tahun 2020.

Emas ni pula sempena duit Moratoriam yang rakyat terima tahun 2020, ia kenangan manis juga untuk semua.

Bukan senang nak bebas hutang. Dapat moratorium tu dikira bebas hutang la sekejap.

Emas 1gram design Russia. Ia sebagai motivasi untuk dealer Public Gold seperti saya untuk melayakkan percutian ke Russia tahun 2021. InsyaAllah.

Ini yang terbaru. Saya belum sempat booking pun lagi. Cantik!

Yang goldbar 1gram Avenger macam ni pun ada. Public Gold telah mendapat kelulusan khas untuk mencetak emas edisi Disney. 

Wah, satu pencapaian baru buat Public Gold pada tahun 2020 ini, selepas 12 tahun menjadi syarikat pengeluar utama emas dinar dan jongkong 999 di Malaysia.

Kongsikan Pengalaman Anda

Ini antara kenangan yang tidak boleh dilupakan oleh saya sebagai dealer Public Gold. 

Jika anda nak dapatkan emas-emas edisi khas seperti diatas, boleh terus  daftar je percuma di DAFTAR PG MALL PERCUMA, kemudian pilih je apa-apa emas yang anda nak.

Opss, bukan goldbar dan dinar je ada. Emas 916 yang 30 jenis kat atas tu pun ada.

Setakat bulan December 2020 ini, saya nak tanya, dah berapa gram emas anda terkumpul? Sila share diruang komen. =)

Hafiz
Kota Bharu, Kelantan
13 December 2020
27 Rabiulakhir 1442H

Artikel Berkaitan

Siapa ada cash RM100K dalam bank? Selamatkan cepat-cepat.

Tak pernah habis. Setiap tahun ada saja isu tentang kenaikan harga barang. Malah sekarang,  bukan lagi setiap tahun, tapi hampir 2-3 bulan sekali. Mesti dengar lagi berita tentang ini. Dulu RM100, cukup belanja barang dapur penuh satu troly. Harini, kalau RM100, dapat satu plastik kecil sahaja. Siapa ada cash RM100k, RM200k atau RM1juta? Artikel ini untuk anda.

Read More

Ekonomi Tidak Stabil, Emas Benteng Kewangan Keluarga

Dari tahun ke tahun, kita mesti dengar ekonomi tidak stabil. Kita tengok sahaja Malaysia 5 tahun kebelakangan ini, baru sahaja ekonomi nak stabil, bertukar lagi kerajaan baru. Sedar tak sedar, dalam masa yang singkat, kita sudah ada 5 perdana menteri. Dari Najib Razak, Tun M kembali jadi PM, dan zaman Muhyidin Yassin, Sabri Yacob dan sekarang ialah Anuar

Read More

Jangkaan Harga Emas Tahun 2023, Apa Kata Pakar?

Apa jangkaan harga emas lepas raya nanti oleh pakar-pakar ekonomi dalam dunia?Kenaikan harga emas yang mendadak pada tahun 2023 disebabkan isu berbankan yang berlaku. Pagi hari minggu hari ini, saya berkesempatan untuk ikuti live dari mahaguru emas Malaysia, Tuan Syukor Hashim. Topik yang sangat menarik pagi ini ialah tentang isu semasa tentang emas, dan di akhir

Read More

Awas! Skim Cepat Kaya Bertopengkan Emas!

Kali pertama saya dengar tentang satu syarikat ini (saya bahasakan XYZ), saya tidak ada apa-apa syak wasangka seperti mana syarikat-syarikat emas lain yang baru saya dengar. Bila ada yang bertanya tentang mana-mana syarikat emas lain selain Public Gold, saya cuma bagitahu tentang 5 kritiria penting emas untuk pelaburan atau simpanan. Macam biasa, dah bertahun – tahun. Jawapan

Read More