Kali pertama saya dengar tentang satu syarikat ini (saya bahasakan XYZ), saya tidak ada apa-apa syak wasangka seperti mana syarikat-syarikat emas lain yang baru saya dengar.
Bila ada yang bertanya tentang mana-mana syarikat emas lain selain Public Gold, saya cuma bagitahu tentang 5 kritiria penting emas untuk pelaburan atau simpanan.
Macam biasa, dah bertahun - tahun. Jawapan saya tetap sama.
Namun, jawapan tersebut menjadi tidak releven kalau ia bukan beli emas dan dapat emas secara fizikal.
Prinsip Saya Dalam Emas
Saya mula kenal emas tahun 2010. Dan emas pertama yang saya miliki juga pada tahun 2010. Lebih 10 tahun saya kenal emas.
Salah satunya ialah tentang teknik manipulasi ar rahnu yang digunakan oleh Tok Berlagak yang mengaburi mata masyarakat bahawa mereka ada skim cepat kaya.
Dan tak bermaksud saya tahu semua perkara. Tapi, saya tahu banyak cerita sepak terajang dalam dunia emas sepanjang 10 tahun yang lalu.
Sedangkan jual beli emas fizikal secara COD pun banyak tipu helahnya. Apatah lagi beli tak perlu keluarkan fizikal?
Macam-macam saya dengar, tapi saya tak pernah lagi tertipu dalam dunia emas.
Alhamdulillah. Mungkin saya ni bukan orang berduit waktu saya tiada ilmu tentang emas dulu.
Saya tak mudah ter’scam’ macam kawan-kawan yang lain ketika zaman Tok Berlagak.
Prinsip saya dalam emas ni sangat mudah, pusing macam mana sekali pun. Beli emas mesti boleh dapat emas fizikal.
Boleh tu maksud saya, kalau kita nak, boleh dapat dalam tempoh kurang 10 hari.
Dan, tidak ada keuntungan lain (dari sudut RM) dalam emas selain beli harga murah dan jual harga tinggi.
Tapi, ada banyak lagi keuntungan lain bukan dari sudut RM bagi seorang penyimpan emas salah seorangnya seperti kisah seorang cikgu yang berjaya bayar hutang RM50k dengan emas.
Tiada Keajaiban Dalam Pelaburan Emas
Kalau ada yang tanya saya tentang syarikat XYZ, saya tak pernah halang. Dan boleh pergi cuba. Yang penting, beli emas mesti dapat emas!
Cuma apa yang saya nak pesan setakat pengalaman saya, antara ciri scam pelaburan emas yang sebelum ni ialah :
(1) Keuntungan Tetap
Tawarkan keuntungan secara tetap. Sebagai contoh, RM1000 sebulan. Harga emas naik turun dah letak ke tepi.
Kalau tidak ada.
Silakan sahaja, yang penting, berbalik kepada prinsip asal emas, iaitu beli emas dan mesti dapat emas fizikal.
(2) Keuntungan tak masuk akal.
Keuntugan tidak masuk akal. Hingga lebih 100% setahun.
Tapi, syaratnya kena guna platform mereka. Beli emas, dan dapat emas dalam akaun.
Nak keluarkan kepada fizikal. Tidak ada. Tak untung kalau keluarkan fizikal kata ejen mereka.
Sedangkan menurut Warren Buffet, kalau jumpa mana-mana pelaburan yang boleh bagi untung lebih 20% setahun pun dah sangat hebat.
Kalau 100%? Hati-hati. Cuma masa akan menunggu.
Timbul Persoalan Dalam Diri Saya
Kalau kalian beli emas, dapat emas fizikal. Tiada masalah. Emas ada dalam tangan.
Apa-apa terjadi. Tak perlu risau.
Tetapi, ada produk dari XYZ yang menawarkan tentang :
(1) Leverage
Emas tidak ada leverage. Beli 1kg, dapat 10kg tapi dalam akaun. Guna lah istilah macam mana sekali pun untuk bagi nampak betul.
Beli emas ni memang tidak boleh nak leverage.
Tapi, kalau beli 1kg fizikal, dapat 10kg fizikal. Itu sangat bagus.
Saya orang nombor 1 akan buat. Haha. Syarikat ni lagi bagus dari badan kebajikan.
(2) Dapat gaji pajak 100%?
Pajak emas nak untung lebih?
Nasihat ni betul untuk untung lebih ejen sahaja. Saya dah terangkan panjang lebar dalam video saya sebelum ni tentang asas pajakan. Bila boleh untung? Dan apa risiko rugi.
Dalam vide saya bawah ini adalah tentang pajak emas fizikal ya. Ini kan pulak pajak emas secara digital?
Saya pernah ikuti live beberapa ejen XYZ, dan bertanya tentang sampai bila nak kena pajak? Jawapan mereka tiada ada tamat tempoh.
Whattt?
Bertahun-tahun pun tiada masalah. Ini pun timbul satu lagi keraguan dalam diri saya.
Penafian Dari Saya
Tujuan saya menulis artikel ini adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang asas kepada emas. Tidak kisah syarikat mana sekali pun, asas emas itu cukup mudah.
- Beli emas dapat emas fizikal
- Satu-satunya untung dalam emas (dari sudut RM) ialah cuma dengan cara buy low sell high.
Jadi, bagi tidak menimbulkan apa-apa isu dalam dari artikel ini. Penafian dari saya :
- Saya cuma ingin jelaskan prinsip saya dalam emas sebagai orang yang dah lebih 10 tahun dalam emas, dan memiliki lebih 14,000 network penyimpan emas.
- Saya tak halang sesiapa untuk yang nak cuba pelaburan emas yang sangat menguntungkan dari XYZ. Saya cuba ingin bagi terbuka minda bagi yang ingin ambil tempoh bertenang sebelum mencuba.