Jangkaan Harga Emas 2023

Jangkaan Harga Emas Tahun 2023, Apa Kata Pakar?

Apa jangkaan harga emas lepas raya nanti oleh pakar-pakar ekonomi dalam dunia?

Harga emas sekarang
Kenaikan harga emas yang mendadak pada tahun 2023 disebabkan isu berbankan yang berlaku.

Pagi hari minggu hari ini, saya berkesempatan untuk ikuti live dari mahaguru emas Malaysia, Tuan Syukor Hashim.

Topik yang sangat menarik pagi ini ialah tentang isu semasa tentang emas, dan di akhir live beliau, ada kongsikan tentang jangkaan harga emas.

Daripada live Tuan Syukor Hashim tadi, ini sedikit ringkasannya, baca artikel ini sampai habis.

Krisis Perbankan US

Kenapa harga emas jatuh

Isu yang pertama ialah tentang krisis perbankkan di USA. Saya pernah ulas dalam artikel saya sebelum ini.

Fuhh. Keluarkan duit sendiri bank boleh jatuh lingkup? Sebab apa?

Pada hakikatnya,

Bank cuma simpan 10% dari duit yang kita melabur (baca: bagi) kepada bank untuk kecairan (eg : untuk kita guna duit raya)

Tak faham? Macam ni.

  • Contonya, kalau kita simpan di bank RM100k, maksudnya RM90k bank gunakan untuk pelaburan, seperti beli aset, beli saham, bond, dan sebagainya.
  • Dan cuma RM10k sahaja bank tinggalkan dalam bentuk cash untuk tujuan pengeluaran.
  • Jadi, apabila ramai yang keluarkan duit dari SVB. SVB terpaksa jualkan aset (pelaburan) mereka dalam keadaan rugi, dan tetap tak boleh dapat balik duit 90% tadi.

Faham?

Fuhh. Seram. Jadi ibarat kita bagi sedekah duit dekat bank sahaja. Dan takda jaminan duit kita dekat bank masih kekal hak milik kita seperti terjadi kepada SVB tadi. 

Belian Emas Dari Bank Pusat China

Bank Pusat China Beli Emas

Sekarang World Reserve currency ialah US Dollar.

Tapi ada satu block Bric untuk gunakan Yuen (matawang China) sebagai reserve currency. Ini akan menyebabakn US Dollar jatuh.

Kenapa US Dollar boleh jatuh? Fahamkan perkara ini betul-betul.

Apa menyebabkan US jadi super power sebelum ni?

  • Sebelum Perang Dunia Ke-2 (WW2), British adalah kuasa besar dunia. Tapi, semasa WW2, British perlukan kuasa tentera yang kuat untuk tampung peperangan dan mereka beli senjata dari US.
  • Dan British beli senjata guna emas fizikal menyebabkan banyak emas masuk ke US.
  • Hasilnya, US memiliki banyak emas. Hinggakan 70% emas fizikal di dunia ketika itu dimiliki oleh US. Dan US jadi negara paling berkuasa. Disebabkan US mempunyai backup emas yang paling tinggi dalam dunia.

Jadi, itu cerita WW2. Ini cerita sekarang.

China pula dalam proses membina world reserve currency yang kedua. Dan sebab itu China sekarang giat menambah jumlah simpanan emas mereka.

Itu negara China.

Kita sendiri macam mana? Dah ada berapa gram?

Apa akan jadi dengan Ringgit Malaysia?

Harga emas 10 tahun yang lalu

Harga emas 10 tahun yang lalu, dari 1000USD naik kepada 2020USD per oz (31.1gram)

Dalam live tersebut, ada yang bertanya kepada Tuan Syukor, "Apa terjadi dengan RM jika US Dollar dah tak laku nanti?"

Sekarang, RM ditimbal dengan US Dollar. Jadi, apabila nilai US Dollar menurun, nilai RM juga secara tak langsung akan menurun.

Ini kerana, nilai RM atau duit bergantung kepada :

  • Kekukuhan ekonomi sesebuah negara.
  • Kestabilan politik sesebuah kerajaan yang memerintah negara tersebut.

Mungkin dalam masa setahun atau dua tahun dari sekarang, apa-apa urusan jual beli antarabangsa selepas ini akan berlaku dalam Yuen. Bukan lagi dalam US Dollar.

Siap Siaga Demi Keluarga Kita

Ramalan Harga Emas

Ramalan harga emas untuk 2 minggu akan datang

Apa yang saya boleh simpulkan dari live tadi bahawa :

  • Alihkan sebahagian simpanan kepada bentuk emas fizikal dengan segera. Mungkin 20% dalam bentuk emas dah tak releven sekarang. Minimum 50% lebih sesuai dengan situasi genting sekarang.
  • Usah peduli tentang harga emas turun naik sekarang, sebab ia umpama ada tangan yang masih menahan supaya US Dollar masih kekal bernilai, namun hanya tunggu masa untuk meletup sahaja. Cuma tukarkan kepada emas fizikal untuk selamatakan nilai kekayaan kita dari apa-apa sahaja yang bakal berlaku.
  • Elakkan simpan emas digital, segerakan tukar kepada emas fizikal supaya lebih selamat.

Mungkin apa yang saya tulis ini boleh membantu masyarakat Malaysia membuat tindakan yang betul, sebelum krisis ekonomi dunia betul-betul tercetus sedikit masa lagi.

Hafiz
Kota Bharu
Ahad, 16 April 2023

Artikel Berkaitan

>