Dinar Emas PG Design Lama

Beli Emas, Untung Bulan Bulan

Dinar emas Public Gold

Kalau dapat tawaran beli emas dan dapat income bulan-bulan, sahabat semua perlu hati-hati. Saya yakin, ia 100% penipuan.

Namun, perkara ini memang wujud sekitar tahun 2012 hingga 2014 dulu, ramai yang dah lingkup, yang untung hanya pengelola program tersebut sahaja.

Konsep Sebenar Pelaburan Emas

Pelabur (jual beli) emas hanya buat untung apabila beli emas pada harga murah, dan jualnya semula pada harga lebih mahal.

Itu sahaja. Tak lebih dari itu.

Namun. Persoalannya. Bila nak beli? Apa tujuan anda beli emas? Dekat mana nak beli? Itu semua faktor yang membuatkan pembeli emas mendapat untung!

Tersalah beli emas. Boleh rugi. Tak ada tujuan beli emas pun boleh sakit hati.

Simpan Emas, Bukan Labur

Emas merupakan sebahagian alat kewangan je. Banyak lagi alat kewangan lain yang anda boleh buat untung selain emas.

Namun, dalam emas, kenapa ramai pakar kewangan menasihatkan untuk anda beli emas ialah bukan untuk melabur dalam emas, tetapi untuk menyimpan emas.

Simpan emas sebagai alternatif lain selain duit kertas, sebagai pelindung kekayaan anda jika berlaku bencana ekonomi atau ketidaktentuan terhadap ekonomi dunia.

Sekian. Semoga Bermanfaat.

Hafiz
Kulim, Kedah
6 February 2020
11 Jamadil Akhir 1441H

Artikel Berkaitan

>