Ekonomi Tidak Stabil, Emas Sebagai Benteng Kewangan Keluarga

Ekonomi Tidak Stabil, Emas Benteng Kewangan Keluarga

Dari tahun ke tahun, kita mesti dengar ekonomi tidak stabil.

Kita tengok sahaja Malaysia 5 tahun kebelakangan ini, baru sahaja ekonomi nak stabil, bertukar lagi kerajaan baru.

Sedar tak sedar, dalam masa yang singkat, kita sudah ada 5 perdana menteri.

Dari Najib Razak, Tun M kembali jadi PM, dan zaman Muhyidin Yassin, Sabri Yacob dan sekarang ialah Anuar Ibrahim.

Tampuk pemerintahan Malaysia, sentiasa bersilih ganti.

Kesanya, ekonomi Malaysia tidak stabil.

Pelabur luar tidak konfiden untuk masuk ke Malaysia.

Namun, itu semua bukanlah dalam kawalan kita sebagai rakyat marhean. Cuma apa yang kita boleh lakukkan dalam kewangan kita ialah dengan jadikan emas sebagai salah satu benteng kewangan keluarga kita.

Jadi, bagaimana emas boleh menjadi benteng kepada kewangan keluarga kita?

Emas ialah alat kewangan yang berdiri sendiri

Emas satu-satunya alat kewangan yang berdiri sendiri.

Kalau hartanah, nilainya bergantung kepada lokasi dan jenis hartanah tersebut. Hartanah di bandar sudah pasti lebih mahal dari hartanah luar bandar. Namun, kalau lokasi hartanah dalam bandar itu lokasi banjir. Nilainya juga akan jatuh.

Kalau saham pula, bergantung kepada prestasi sesebuah syarikat. Semakin cemerlang prestasi sesebuah syarikat. Semakin tinggi nilai saham syarikat tersebut.

Tapi emas tak sama.

Nilainya bergantung kepada berat dan ketulian emas. Andaikata, harga emas 100gram sekarang berharga RM30,000.

Kalau dipotong dua. Harganya menjadi RM15,000 dan RM15,000. Jumlah nilainya tidak terjejas walau dipotong dua.

Sebab..

Emas berdiri sendiri. Emas tidak perlu jaminan kerjaaan seperti wang kertas untuk pastikan ia bernilai.

Emas kalis inflasi, dan mengimbangi ketidakstabilan matawang negara

Emas kali inflasi, dan ia mengimbangi nilai ringgit Malaysia.

Macam susah nak faham kan? 

Baiklah saya terangkan dengan contoh yang lebih mudah.

Dulu sekitar tahun 2000...waktu saya sekolah rendah. RM1 sudah cukup untuk saya beli nasi lauk ayam dan air sirap. Pulang dari sekolah pula, masih ada baki untuk saya beli keropok lekor dan air sirap. 

Dengan cuma RM1 sahaja.

Sekarang? 

RM1 cuma kita boleh dapat air sirap segelas. Sebab, nilai wang kertas (khususnya RM) semakin lama semakin berkurang. 

Tahun 2000, air sirap yang sama cuma harga 20sen segelas. Sekarang tahun 2023 air sirap yang sama. Kita perlu bayar dengan RM1.

Sedangkan air sirap pun sudah naik harga. Apatah lagi emas bukan?

Sebenarnya bukan barang yang naik harga. Tapi, nilai duit kertas itu sendiri semakin lama semakin berkurang.

Emas ubat masalah kebocoran wang

Pengalaman saya bekerja sebagai jurutera kilang kelapa sawit. Gaji jurutera di kilang sawit boleh dikatakan agak besar.

Kalau sudah ada 5 tahun pengalaman. Biasanya, sekitar RM6k sebulan. Tiada kos rumah, tiada kos pengakutan, sebab semua syarikat sudah biaya.

Namun, berapa ramai yang sudah 5 tahun bekerja. Simpanan satu bulan gaji pun tidak ada.

Simpan duit sikit-sikit, lama-lama masih sedikit. Simpan duit, susah untuk capai matlamat tabungan.

Tap...Bila dah cuba tukar cara menabung emas. Pada mulanya, targetnya cuma 1gram 1bulan. tapi lepas setahun. ada lebih 24gram itu biasa sahaja. Itu terjadi kepada majoriti penyimpan emas.

Tapi, kalau simpan RM200 sebulan dalam akaun bank sebagai contoh. Hujung tahun biasanya tiada RM2400 dalam akaun bank. Ini realiti yang berlaku.

Itulah antara sebab kenapa orang yang menabung emas, menjadi lebih kaya. Sebab simpanan mereka susah untuk bocor.

Kesimpulan 

Jadi, zaman ekonomi tidak stabil ni bukan masih baru kita dengar. Dari saya kecil, sampai ke besar. Tidak pernah dengar orang cakap "tahun ni harga barang sudah turun"

Dari tahun ke tahun, kita sentiasa dengar. Harga barang semakin mahal. Ekonomi sudah tidak stabil. Ekonomi Malaysia semakin meruncing.

Sebagai orang yang berilmu. Segala tabungan untuk lebih dari 2 tahun ke atas. Simpan dalam bentuk emas fizikal adalah pilihan yang terbaik buat masa sekarang, untuk jadikan benteng ekonomi kewangan keluarga kita.

Artikel Berkaitan

>