cara gadai emas public gold

7 FAQ Tentang Cara Gadai Emas di Ar-Rahnu

cara gadai emas public gold

Salah satu faktor kenapa mentor saya sarankan untuk menyimpan emas sebagai wang kecemasan ialah :

Emas boleh digadai untuk dapatkan wang dengan serta merta.

Walaupun majoriti pakar kewangan kurang setuju.

Namun, lebih baik simpan emas dari langsung tiada simpanan akibat penyakit boros berbelanja. 

Setakat ini, orang lain saya tak pasti macam mana, emas ialah ubat paling mujarab untuk mengubati penyakit boros berbelanja.

Baiklah, untuk itu.

Harini saya akan share, berdasarkan pengalaman saya sendiri, 

 "Tentang apa persoalan yang biasa ditanya (FAQ) oleh sahabat-sahabat penyimpan emas tentang gadai emas di Ar Rahnu"

#FAQ 1: Dimana Tempat Untuk Gadai Emas?

Gadai emas dekat mana-mana Ar-Rahnu yang (halal), bukan kedai pajak gadai (haram).

Bukan juga bank kerana tidak semua bank yang ada servis Ar Rahnu. Berikut ialah antara Ar Rahnu yang ada di Malaysia.

1. Bank Rakyat

2. Pos Malaysia Ar Rahnu

3. Agrobank

4. Koperasi Tentera

5. YAPEIM

6. Permodalan Kelantan Berhad

7. Tekun Nasional

#FAQ 2: Apa Yang Perlu Bawa?

gadai emas pos arrahnu

Secara asasnya, anda perlu bawa emas je. Namun, ada Ar Rahnu perlukan juga sijil ketulenan dan resit belian asal.

Namun, saya pernah berkongsi pengalaman gadai emas di Pos Arrahnu Tawau, saya hanya perlu bawa emas dan tunjuk IC je.

Sekarang ni, dah banyak Ar Rahnu terima emas Public Gold tanpa menjalani ujian ketulinan pun.

#FAQ 3: Apa Jenis Emas Yang Diterima?

cara gadai emas

Semua jenis emas. Yang penting solid tanpa permata. Asalkan tulen.

Namun, kebanyakan Ar Rahnu uji dulu ketulinan emas anda dengan menggunakan alat yang dipanggil densimeter.

#FAQ 4: Berapa Banyak Duit Yang Dapat?

Sekitar 70% dari harga emas semasa yang dipaparkan di setiap Ar Rahnu. Ada juga yang beri pinjaman 65% dan ada juga sehingga 80%.

Polisi setiap Ar Rahnu berbeza-beza.

#FAQ 5: Berapa Caj Yang Perlu Bayar?

Caj murah je. 

Sekitar RM0.70/sebulan (bergantung kepada Ar Rahnu) untuk setiap RM100 nilai emas yang dipajak. 

Bukan nilai wang pinjaman. Caj ini ialah sebagai upah simpan.

Caj simpanan ialah tetap walau harga emas ada turun dan ada naik.

#FAQ 6: Berapa Lama Tempoh Pinjaman?

Biasanya 6 bulan. Tapi biasanya Ar Rahnu membenarkan tempoh gadai lanjutan sehingga 12 bulan.

Jika anda gagal tebus semula emas ini, emas anda akan dilelong. Anda bebas untuk tebus emas tu bila-bila masa dalam masa 6 bulan. 

Semakin cepat anda tebus emas, semakin kurang caj simpanan. Meh saya share contoh pengiraan caj simpanan :

Anda pinjam RM100 pada 1 Januari 2019.


Jika anda tebus pada 1 Februari 2019, cajnya ialah RM0.70.


Jika anda tebus pada 14 Januari 2019, cajnya RM0.35


Jika anda tebus pada 1 Julai 2019, cajnya ialah RM0.70 x 6 = RM4.20

#FAQ 7: Apa Perlu Buat Jika Tidak Mampu Untuk Tebus Emas Gadaian Tadi?

Jika anda tak mampu tebus semula dalam masa 6 bulan, anda perlu ke Ar Rahnu tadi, dan mohon untuk lanjutkan tempoh simpanan.

Anda perlu selesaikan dulu caj simpanan selama 6 bulan tadi, sebelum lanjutnya simpanan.

Maksudnya, anda perlu sign contract baru!

Boleh tengok balik perkongsian pengalaman saya gadai emas di facebok saya.

Sekian. Semoga bermanfaat.

Hafiz
Tawau, Sabah
27 Februari 2019
22 Jamadil Akhir 1440H

Artikel Berkaitan

>