Mengatasi Ketagihan Gadget Untuk Anak

Cara Mengatasi Ketagihan Gadget Untuk Anak

Dah macam-macam cara juga saya cuba untuk elakkan anak saya bermain gadjet, disamping saya sendiri boleh manfaatkan masa untuk bekerja.

Kerja saya sekarang memang banyak guna phone atau PC. Jadi, cabaran untuk remove handphone dari anak-anak tu agak tinggi.

Setakat pengalaman saya, ini antara 3 cara paling berkesan untuk elakkan anak kita ketagih gadjet.

(1) Pilihan Mainan Yang Betul

Dulu, saya belikan anak mainan yang memerlukan tenaga untuk mereka bermain. Saya pernah belikan trampoline, belikan kuda yang mereka perlu naik dan lompat-lompat.

Kononnya matlamat saya, bila dia penat. Dia tak larat nak tengok gadget. Tapi saya silap.

Sebenarnya saya silap, mainan macam ni memenatkan mereka. Dan mereka akan cepat bosan. 

Bila dah bosan. Mereka cari handphone balik.

Mainan yang sepatutnya kita beri kepada mereka ialah maianan yang perlukan mereka berfikir. Mainan yang perlukan mereka solve problem. 

Macam lego, puzzle.

Mainan begini. 2 jam pun mereka tak terasa. 

(2) Luangkan Masa Bersama Anak

Bab ni. Saya akui. Tak mudah. Tapi apa yang saya buat, waktu solat magrib, kita ajak mereka follow sekali. Mengaji dan sama-sama mereka bermain. Sambil tunggu waktu solat isyak.

Sambil bermain. Sambil bagitahu siap-siap.

" Lepas papa solat Isyak. Papa nak buat kerja, nanti abang sambung main dengan adik ye"

Dan betul.

Kita luangkan masa dengan mereka sekejap. Dan kita boleh fokus buat kerja selepas tu.

Ia berhasil.

(3) Cari Peluang Untuk Aktiviti Petang

Waktu petang. Kalau kita nak pergi riadah. Ajak sekali anak-anak. Mereka ikut sama.

Atau, boleh bawak mereka ke taman. Biar mereka pijak tanah. Biar mereka berkotoran dengan pasir.

Kotor takpa. Tak bahaya.

Bila mereka dah penat bermain petang. Malam pulak mereka berfikir untuk solve puzzle. Sekitar 9.30pm macam tu, tenaga mereka dah low, dan terus nak tidur dah.

Inilah 3 tips yang saya amalkan sejak 2 bulan yang lalu. Anak saya yang dua orang ini dah tak tengok phone.

Kecuali wekeend sahaja. Sambil rehat sekejap. Itupun limit 2 jam sahaja waktu wekeend. Kalau kami tak keluar mana-mana.

Kalau keluar. Memang langsung tak tengok phone.

Haa. Begitulah. Semoga bermanfaat.

Hafiz
Kota Bharu, Kelantan
11 December 2021

Artikel Berkaitan

>