Daripada emas, dan tukar kepada sebuah rumah. Macam mana caranya? Saya nak kongsikan strategi, macam mana orang simpan emas, hingga boleh jadi rumah.
Ini kisah salah seorang penyimpan emas tegar, sahabat saya. Tuan Bashir, seorang engineer di Penang. Dan dari pengalaman beliau, kita boleh belajar satu perkara yang sangat penting.
Upgrade kepada harta
Antara salah satu sebab kita jual emas ialah, apabila simpanan emas kita sudah capai target gram yang kita rancang. Dan kita tukarkan (atau cairkan) emas tersebut kepada harta yang lebih bernilai.
Antara contoh mudah faham tentang istilah harta ialah :
- Rumah yang disewakan.
- Pelaburan terhadap bisnes kita sendiri.
Harta (aset) ialah apa-apa sahaja yang membuatkan duit masuk dalam poket kita.
Emas itu sendiri tidak menjana pendapatan. Simpan emas tidak membuatkan duit masuk dalam poket kita. Emas cuma penyimpan nilai. Jadi, hasil dari tabungan emas, orang ada ilmu akan tukarkan emas tersebut kepada harta yang lebih baik dari emas.
Daripada emas, jadi rumah
Tuan Bashir, dia cerita kepada saya. Dia fokus menabung hingga ada 1kg emas. Yang mana, sewaktu dia target menabung 1kg emas, harga emas ketika itu cuma RM300k. Hari ni December 2025, harga emas sudah mencecah lebih RM600k untuk 1kg emas.
Tambah beliau lagi, dengan kenaikan harga emas, dalam tempoh 3 tahun sahaja, dia bukan sahaja boleh buat sebuah rumah, malah dia dapat dua buah rumah.
Dan daripada rumah tersebut, dia jadikan sebagai rumah sewa yang boleh jana pendapatan kepada beliau.
Itulah antara kelebihan bila simpan emas. Iaitu :
- Simpanan senang untuk capai target. Walaupun income Tuan Bashir 5 angka sebulan, beliau rasa mustahil untuk simpan sampai ada RM300k. Tapi, sebab target beliau dalam bentuk emas, dia mampu capai simpanan tersebut.
- Kenaikan harga emas yang mana lebih 40% setahun. Dan keuntungan emas lebih dari 30% setahun. Ini jauh lebih menguntungkan berbanding simpanan di Tabung Haji atau ASB.
Emas, deposit beli rumah
Saya memang tak banyak simpan cash. Namun, saya tak terkira berapa simpanan emas yang saya ada.
Dan, pengalaman saya, walaupun saya nak beli rumah dibawah harga pasaran, antara faktor bank untuk luluskan pinjaman perumahan ialah :
- Rekod CTOS/CCRIS yang baik
- Berapa jumlah saya bayar cukai kepada LHDN.
- Jumlah income purata bulanan.
- Berapa saving yang saya ada?
Item (1), (2), (3) saya tidak ada masalah, boleh submit terus sahaja, dan memang sudah ada rekod dengan bank, namun untuk item (4), sejujurnya, simpanan cash saya cuma cukup-cukup untuk saya lepas syarat untuk dapat tawaran haji sahaja.
Jadi, hasil dari simpanan emas saya, saya terus gadaikan sementara sejumlah emas yang saya ada, untuk buktikan kepada pihak bank tentang 'proof of saving' yang saya ada.
So, betullah orang kata. Bila kita ada emas, kita pasti ada duit.

